Assalamualaikum & Salam Sejahtera..
Selasa, 31 Mac lalu penulis berkesempatan sekali lagi ke Bukit Gantang. Dalam kesibukan tugas dipejabat, dapat jugak penulis berkejar ke sana untuk bersama - sama dengan rakan - rakan yang sedang berjuang untuk kemenangan Barisan Nasional.
Penulis sempat melihat beberapa kawasan di DUN Changkat Jering & DUN Kuala Sepetang. Bendera BN & PAS sama banyak. Terasa kemeriahannya. Kebanyakan kampung/peti undi disni menjadi kawasan angkat kepada BN/UMNO Bahagian/Negeri lain.
Parlimen Bukit Gantang terletak betul² bersebelahan dengan Parlimen Taiping. Difahamkan juga hotel², homestay, rumah kampung, lot² sudah habis ditempah untuk dijadikan pejabat mahupun tempat tinggal petugas masing - masing.
Kumpulan Wanita UMNO dilihat semakin agreasif dengan kempen dari rumah ke rumah. Dan tidak kurang juga yang dihalau oleh tuan rumah. Pada petang berkenaan, penulis sempat bersembang dengan beberapa kumpulan wanita UMNO yang telah berada di Bukit Gantang sejak 3 minggu yang lalu. Mereka merasakan diterima baik oleh penduduk setempat. Kebanyakannya positif dan menyatakan sokongan kepada calon BN Ismail Safian.
UMNO Bahagian Parit yang ditugas untuk menjaga peti undi di Sek. Keb. Sultan Abdullah telah berada disini sebaik sahaja selesai Perhimpunan Agung UMNO yang lalu. Dikampung sekitar ini penduduknya mempunyai ikatan persaudaraan dengan Ismail Sapian. Ada Mak Lang nya, Mak Su, Tok Chik, Tok Ngah dan memacam lagi. "Saya tak masuk UMNO, tapi saya akan mengundi Ismail Sapian!!"..itulah antara kata-kata yang didapati dari penduduk sekitar ini yang mana peti undi nya tidak pernah dimenangi oleh BN sejak 4 pilihanraya yang lalu.
Pondok polis juga kelihatan ditengah² kerancakan dan kemeriahan bilik gerakan BN atau PAS di sini.
Terdapat juga berbagai-bagai poster, sepanduk, dan risalah² yang agak kasar bunyinya. Cuma penulis tidak berkesempatan untuk mengambil gambar.Dah terbaru, risalah mengenai salah laku Ismail Sapian semasa beliau menjadi SU Majlis Perbandaran Manjung. Rasuah, gangguan seksual dan sebagainya. Tetapi yang sedikit janggal kenapa tiada laporan polis atau beliau ditangkap sekiranya rasuah atau salahlaku berkenaan dibuat oleh beliau. Jadi, dapat penulis simpulkan ianya sekadar risalah untuk menyerang peribadi Ismail Sapian. Dan jika benar beliau kaki rasuah dan kaki betina, biarlag SPRM atau Polis membuat siasatan dan heret beliau ke mahkamah. Memang dasar pembangkang yang suka mengadakan cerita dan membuat kabar angin. Mereka semakin terdesak nampaknya.
Penulis juga berpeluang ke Bilik Gerakan BNBBC (Kelab Penyokong Kerajaan) yang terletak di Pekan Simpang (tapak pasar malam Simpang). Sebuah lot rumah kedai yang disewa yang digunakan untuk menyelaras beberapa aktiviti penerangan dan gerak kerja pilihanraya. Pada sebelah malam diadakan pemeriksaan kesihatan percuma kepada penduduk setempat didepan rumah kedai berkenaan. Semakan daftar pemilih dan edaran pamplet serta risalah.
Apapun, ada sinar kemenangan buat BN di BUkit Gantang kali ini. Tiada yang mustahil. Apapon tahniah kepada semua jentera BN yang bekerja kuat tanpa mengenal erti jemu dan penat.
Berjumpa lagi....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan