Selasa, Oktober 13, 2009

Bagan Pinang, Perhimpunan Agung UMNO & MCA!!

Kesibukan kerja dipejabat sedikit menghalang untuk menulis di blog ini. Namum kemenangan BN di Bagan Pinang merupakan satu berita gembira dan lebih kepada penawar selepas kekalahan demi kekalahan pada beberapa PRK sebelum ini.
Walaupun pada awal, penulis tidak bersetuju dengan pencalonan Isa Samad sebagai calon di Bagan Pinang tetapi penulis akur, akhirnya Isa Samad telah membawa kemenangan mutlak di sana. Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pengundi di Bagan Pinang, jentera BN, petugas BN, perayu undi BN, sahabat² Bloggers dan smua yang terlibat dalam memastikan kemenangan BN di Bagan Pinang tempoh hari.
Penulis juga melihat kemenangan ini sebagai penawar dan tonik mujarab buat BN/UMNO untuk bangkit dan kembali meraih sokongan rakyat. Bukan pula bererti BN/UMNO ditolak tetapi UMNO didapati sedikit lesu dan kurang bermaya sebelum ini.
Minggu ini pula, semua perwakilan UMNO akan berkumpul di PWTC untuk melaksanakan tanggungjawab mereka sebagai ahli UMNO dan wakil Bahagian masing². UMNO juga telah membuat beberapa pindaan perlembagaan untuk dibentangkan pada perhimpunan kali ini. INi juga merupakan masa dan ruang terbaik bagi UMNO untuk menilai pencapaian dan prestasi semasa UMNO dan Najib sebagai Presiden UMNO setelah mengambil alih tanggungjawab dari Abdullah Badawi.
MCA telah selesai dengan Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) yang mana kita akan menyaksikan MCA bakal di pimpinan oleh Presiden Parti yang baru. Semoga dengan selesainya kemelut ini, masyarakat cina akan kembali memberikan sokongan yang padu kepada MCA.

Tiada ulasan:

Catat Komen