Khamis, November 26, 2009

Selangor Halang Sertai Program BTN.

Selangor hari ini memutuskan untuk menghentikan penyertaan para pelajar institusi pengajian tinggi miliknya ke program anjuran Biro Tatanegara (BTN), kata exco pendidikan tingginya Dr Halimah Ali.Keputusan yang berkuatkuasa serta-merta itu dibuat dalam mesyuarat exco kerajaan negeri susulan desakan sekumpulan ADUN Pakatan Rakyat di negeri itu yang mendakwa program kendalian biro bawah Jabatan Perdana Menteri itu membangkitkan sentimen perkauman.
Tiga buah pusat pengajian tinggi yang dimiliki kerajaan negeri itu: Universiti Industri Selangor (Unisel), Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) dan Kolej Antarabangsa INPENS.Dalam sidang medianya di Shah Alam selepas mesyuarat itu, Dr Halimah menyifatkan program BTN sebagai "indoktrinisasi kerajaan (pusat) BN untuk menimbulkan fenomena yang agak racist (perkauman) dan memecah belah penduduk pelbagai bangsa.
"Selasa minggu lalu, sekumpulan wakil rakyat muda tiga parti dalam gabungan pembangkang itu menulis surat kepada Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk membuat desakan demikian.ADUN-ADUN yang membuat desakan itu: Amirudin Shari (PKR-Batu Caves), Lau Weng San (DAP-Kampung Tunku), Nik Nazmi Nik Ahmad (PKR-Seri Setia), Jenice Lee Yin Ha (DAP-Teratai), Hannah Yeoh Tseow Suan (DAP-Subang Jaya) dan Gan Pei Ni (PKR-Rawang).
Pemuda Parit:
Ade jugak ADUN Melayu yang bantah BTN ni. mmg celaka sial punya Melayu. Bersetongkol dgn DAP sial. Tahniah kepada pengundi ADUN Melayu berkenaan. Dan tahniah kepada penyokong PR semua. Anda mmg prihatin nasib bangsa.

Rabu, November 25, 2009

Kemelut di Muara Kasih..!!

1. Kemelut dalaman PAS dijangka akan semakin parah walaupun Menteri Besar Kelantan telah memecat CEO syarikat perbadanan kerajaan negeri Kelantan. Itu harga yang terpaksa MB Kelantan bayar , jika tidak mahu Husam meletak jawatan. Jika Husam meletak jawatan dalam parti dan kerajaan , perkara yang lebih buruk akan berlaku kepada PAS tetapi ia tidak berlaku buat masa ini kerana MB Kelantan sudah berkorban.Yang kita semua tidak sangka ialah ulasan daripada Tok Guru Ayah Hj. Lah, Pengasas Pondok Geting, AMT Persatuan Pondok Kelantan .
2. Kita tahu ramai pemimpin-pemimpin dan blogger PAS yang anti-Husam ini, sebab kita sudah berjumpa mereka,rupanya dalam PAS pun ada geng A ada geng B, sebabnya sangat mudah, kerana Husam membiarkan dirinya diperalat oleh defacto. Terbaru, dalam satu majlis besar , Husam dijemput bukan Haji Hadi Awang atau Nasharudin yang menjawat jawatan Presiden dan Timbalan Presiden PAS.Apabila seorang blogger pro-Husam dipecat, maknanya semakin banyak rahsia sulit akan dibongkar dan terbongkar. Perkara ini akan berlaku dan kita pun sedang menanti apakah lagi yang akan terbongkar.
3. Umat Islam di Malaysia hendaklah melihat statistik PRU12 dengan bijaksana, bahawa dalam Parlimen PAS yang hanya bertanding 66 Kerusi Parlimen dan mendapat 23. Kalau hendak mengganti UMNO, sepatutnya PAS bertanding 130 kerusi majoriti Melayu dan Islam. Sebaliknya PKR pula bertanding 96 kerusi Parlimen dan mendapat 31 kerusi Parlimen. DAP pula berjaya mendapat 28 Kerusi Parlimen.( 31 - 28 - 23 ).
4. Statistik ringkas di atas menunjukkan PAS tdak mungkin akan berjaya menjadi Perdana Menteri. Sebaliknya Lim Guan Eng akan lebih berpeluang menjadi Perdana Menteri dengan bantuan PAS dan PKR.
5. Bagaimana pula masa depan PKR. Pada hemat penulis, PKR akan menjadi seperti GERAKAN yang dulunya diasaskan oleh Syed Husin kini beralih tangan kepada orang lain. Dan PKR pun menuju ke arah itu, kerana PKR tidak mempunyai pengganti Dr. Wan Azizah. DS Anwar Ibrahim tidak akan mahu menjadi Presiden PKR, cadangkanlah beliau tetap akan menolak.Kerana itu, YB-YB PKR dan pemimpin-pemimpin PKR semakin hari semakin ramai meninggalkan parti PKR. Sebabnya mudah, mereka sudah melihat siapa Anwar-Azizah-Azmin (3A). Di Sabah Dr. Jefferey dan Christina Liew menjadi managsa 3A ini, dan kini mereka sudah insaf PKR hanya mempergunakan mereka sahaja, dengarlah luahan sedih hati mereka berdua.
6. Terkini sudah ada rumos bahawa akan ada lagi negeri tumbang kerana YB-YB PKR akan keluar parti menjadi YB Bebas. Dalam politik, rumuos ini ada kebenarannya, perhatikanlah rumos YB Pelabuhan Kelang, berbulan-bulan rumos itu dan akhirnya dia meninggalkan PKR .UMNO pun tidak terkecuali, kerana sudah ada rumos mantan Menteri UMNO kononnya akan keluar parti, walaupun ia mantan tak apalah. MCA sudah berlaku kepada Chua Jui Meng, mantan Menteri Kesihatan, tetapi penulis juga yakin Chua Jui Meng juga akan kembali semula kepada MCA pada masa yang sesuai.
7. Pada hemat penulis, usaha Nasharudin dan Haji Hadi Awang termasuklah Hj Mustapha Ali, dll pemimpin PAS tahun lalu perlu diteruskan. Tahun 1974 membuktikan Tun Razak tidak mengenepikan PAS, kini DS Najib Tun Razak yang mengusahakan 1Malaysia sudah pasti tiada halangan untuk bekerjasama dengan sesiapapun untuk agama, bangsa & negara kita.
Dipetik dari blog Jentayuabaka

Pemuja Chin Peng...!!


Saya bersetuju dengan Mohamad Sabu seperti yang dilaporkan dalam Merdeka Review. Memang kita patut berterima kasih kepada Chin Peng (Ong Boon Hua). Secara tak langsung, Chin Peng telah berjasa kepada negara ini dan juga umat Islam. (sapa nak marah, marahlah).
Parti Komunis Malaya (PKM) yang turut dikenali sebagai Bintang Tiga bertanggungjawab atas pembunuhan Henry Gurney di Bukit Fraser. Sungguh sial dan malang nasib askar Melayu yang bodoh pergi menyokong Henry Gurney dan penjajah British tanpa mengetahui bahawa Henry Gurney itulah yang bertanggungjawab membawa masuk orang Yahudi Zionis secara haram ke Palestin pada 1948. Dia membuka penempatan baru orang Yahudi Zionis di Palestin dan menghalau orang-orang Arab. Kerana jasa Henry Gurney itu, dia dipindahkan ke Tanah Melayu.
Kerana terbunuhnya Henry Gurney itu (musuh umat Islam), Bintang Tiga dan Ong Boon Hua layak diberikan merit. Lebih baik menyokong sebuah pergerakan yang diketuai oleh penduduk Tanah Melayu daripada menyokong orang-orang Melayu bodoh yang menjadi barua British. Barua seperti Leftenan Adnan dan Sarjan Hasan pula diberi pujian, bahkan dibuat filem lagi! Apa mulianya berkerja kepada penjajah? Kenapa menjadi hamba kepada penjajah British? Saya sesekali tak pernah hormat mana-mana askar Melayu di bawah British. Taraf mereka disisi penjajah British tak lebih dari sekadar anjing suruhan.

Sejarah mengenai Bintang Tiga harus diterangkan, jangan biarkan generasi akan datang menganggap mereka ini pengganas. Sejarah mereka bersama Rejimen Ke-10 telah digelapkan. Jasa mereka tidak dipandang, bahkan mereka pula dianggap pengganas. Yang sepatutnya dilabelkan sebagai pengganas ialah UMNO. UMNO ini jahat, lebih teruk daripada komunis Kuomintang.

http://mindaahad.wordpress.com/2009/11/23/terima-kasih-chin-peng/ <--ini la blog pemuja Chin Peng.

KOMEN:
Nampaknya penulis blog di atas sudah semakin hilang akal agaknya demi mempertahankan keparat Chin Peng yang telah membunuh ribuan manusia di bumi Malaya dan Malaysia. Mungkin saya boleh katakan penulis tersebut seorang BUDAK yang seumur hidup beliau tidak pernah terlibat dengan keganasan Komunis di Malaysia ini. Hujah yang sebarangan, tidak bersandar kepada fakta semata-mata dibuat untuk menghalalkan dan menyembunyikan keganasan Chin Peng. Chin Peng HARAM JADAH diangkat sebagai pejuang kemerdekaan, manakala UMNO pula diangkat sebagai talibarut penjajah. Komunis diangkat dan UMNO diminta mengenang jasa mereka.

Kononnya UMNO lebih zalim drpd Komunis.. Wah hebat sungguh pemikiran barua Chin Peng ni. Agaknya dia akan berkata demikiankah jika keluarganya dahulu disembelih oleh rejim Komunis? Sungguh busuk hati pencacai PAS, PKR, DAP ini. Kebencian mereka kepada UMNO sehingga menghalalkan dasar mengenang Komunis sebagai pejuang kemerdekaan. Secara spesifik, PAS memang sudah jauh terpesong akibat drpd bersekongkol dengan SYAITAN.

Jika benar sebelum merdeka KOMUNIS adalah pejuang kemerdekaan, apa pula istilah untuk mereka setelah negara MERDEKA? Di mana sumpah dan taat setia kepada RAJA dan pemimpin negara? Kenapa diteruskan penentangan mereka terhadap kerajaan yang telah Merdeka? Kalau bukan kerana hendak meneruskan doktrin Komunis, kenapakah Chin Peng tidak meletak senjata secara aman? Apa kena mengena peperangan di antara Komunis dan Askar2 Diraja Malaysia dengan penjajah British? Mangkuk, Lesung, Cawan sungguh pemikiran BUDAK PENCACAI Chin Peng tersebut.

Kalau tidak kerana jasa-jasa pahlawan negara termasuklah bapa saya yang berkhidmat dengan 11 RAMD dahulu, sudah pasti BUDAK PENCACAI itu, mahupun PAS masih lagi diburu ketakutan sehingga kini. Jasa para tentera dan polis sangat bermakna kepada kemajuan dan keamanan Malaysia kini. Jangan disebabkan oleh 2, 3 ekor beruk-beruk, babi-babi peliharaan Chin Peng seperti Anwar Ibrahim, Mat Sabu, Ngeh, Nga, Karpal, Lim Kit Siang, manusia-manusia yang tidak mengenal sejarah ini ingin menjadi pembela kepada manusia yang di dalam lipatan sejarahnya sudah terkenal sebagai PENYEMBELIH NO 1 di negara ini. Bagi saya, PAS, PKR, DAP sudah gila dan bolehlah DS Najib pertimbangkan untuk dimasukkan ke dalam ISA kerana tindak tanduk mereka kini sudah sampai ke satu tahap yang membahayakan pemikiran rakyat dengan cuba untuk menghidupkan kembali DOKTRIN KOMUNIS. Buat BUDAK PENCACAI CHIN PENG, rajin-rajinlah menonton Darah Satria, Prebet lapok.
Dari Blog Anti hipokrit! Apa komen anda?
Pemuda Parit:
Semakin parah, samada tak tau sejarah atau sengaja mempolitikkan isu Chin Peng ni. Sukar utk penulis nyatakan perasan bila ada juga dikalangan org Melayu yang mengangkat Chin Peng sebagai hero dan komunis sebagai satu perjuangan yang suci.
Ini bermakna askar-askar Melayu yang terkorban semasa Bukit Kepong, Kanang Anak Langkau dan mereka² yg berkorban nyawa untuk memerami komunis dulu adalah perjuangan yang sia - sia?? Begitu??
Bodoh, tuli dan celaka mereka yang memuja Chin Peng. Seperti menghalalkan tindakannya. Najib, sumbat saja penulis blog berkenaan ke dalam ISA. Memalukan.

Selasa, November 24, 2009

Khalid Tak Standard Pun..!!

KERAJAAN Pakatan Rakyat Selangor yang diketuai Parti Keadilan Rakyat (PKR) kelihatan agak tertekan dengan keraguan terhadap keupayaan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menguruskan negeri yang kaya dengan pelbagai sumber hasil sehingga memaksa Datuk Seri Anwar Ibrahim melantik diri sebagai Penasihat Ekonominya dengan gaji hanya sekadar RM1. Walaupun ramai sinis dengan tindakan menerima gaji sebanyak itu, tidak penting apa keuntungan sebenar Anwar dalam peranannya - kerana yang penting mengapa beliau terpaksa membantu Abdul Khalid, seorang bekas tokoh korporat tersohor negara.
Rakyat Selangor yang mengundi Pakatan Rakyat semata-mata kerana marahkan kepemimpinan Umno yang lemah pada era lalu, kini berasa semakin kecewa kerana kepemimpinan baru yang diberi mandat membawa perubahan dengan mendokong aspirasi rakyat akhirnya mencetus lebih banyak isu dan masalah. Daripada kemelut barisan kepimpinan yang berlainan ideologi hingga isu arak yang sepatut boleh dileraikan di meja rundingan, akhirnya menjadi onak paling tajam yang menghiris matlamat Pas untuk membentuk sebuah negara Islam, kepada isu penternakan babi yang kini didakwa akan diteruskan di kawasan berhampiran Mukim Batu, Kuala Langat. Antara isu yang mencetus persoalan dan harus dijawab kepimpinan Pakatan Rakyat hari ini ialah adakah isu penjualan arak di Selangor akan diharamkan; apakah cadangan penternakan babi secara mega di kawasan berhampiran kampung Melayu akan dikekang dan apakah masalah air bersih boleh diselesaikan.

Di samping itu, apa sebenarnya isu pinjaman yang dibuat Kerajaan Negeri Selangor untuk mengambil alih hutang Talam Corp Bhd kepada anak syarikat Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) yang berjumlah RM391 juta. Isu ini dibangkitkan Datuk Salehuddin Hashim melalui edaran e-mel kepada ramai ahli PKR. Juga apa hubungan Khalid dengan tokoh korporat Lim Kim Hong, yang memang dikenalinya sejak zaman korporatnya, yang kini memajukan i-City di Shah Alam? Isu krisis kepemimpinan Khalid di Selangor semakin serius, apa lagi selepas kes mahkamah yang melepaskan beliau daripada belenggu hutang berjumlah RM66.67 juta kepada Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB), bagi pinjaman untuk membeli opsyen tawaran saham Guthrie pada 2001.
Ramai pemerhati politik berpendapat Khalid gagal menunjukkan contoh yang baik sebagai seorang pemimpin, bukan saja sejarah lama sebagai tokoh korporat kini mengheretnya ke dalam dilema kewangan serius, bahkan corak kepimpinannya di satu-satunya negeri dimiliki PKR amat menyedihkan rakyat yang memilih mereka. Jika rakyat yang menegur Khalid mungkin mereka akan didakwa tidak mengetahui hujung pangkal mengenai isu yang sedang berlaku. Tapi apabila Salehuddin yang juga Setiausaha Agung PKR, membangkitkannya melalui e-mel bertanya mengenai isu pinjaman yang dibuat kerajaan negeri untuk mengambil alih Talam Corp bernilai RM391 juta - ia mesti didorong rasa tidak puas hati yang serius.

Amat janggal apabila Anwar yang kini bertindak sebagai Penasihat Ekonomi Kerajaan Negeri Selangor menulis: "E-mel Setiausaha Agung hanya untuk edaran dalaman saja dan ia pandangan peribadi bertujuan mendapat penjelasan daripada Menteri Besar berhubung isu berkenaan. Perlu ditegaskan di sini Setiausaha Agung PKR tidak menuduh wujudnya penyelewengan oleh Menteri Besar dan Kerajaan Negeri." Mengapa seorang bekas tokoh korporat yang sepatutnya lebih arif, perlu menerima nasihat daripada seorang lulusan bahasa yang memang pernah menjadi Menteri Kewangan, tapi hampir menyeret negara ini ke dalam krisis ekonomi terburuk jika formulanya yang taksub dengan Tabung Mata Wang Antarabangsa (IMF) diterima pakai. Tapi tak mengapalah Anwar ingin menunjuk pandai dalam bidang ekonomi di Selangor.
Apa yang perlu dilakukan ialah memberi penjelasan kepada rakyat mengenai apakah rancangannya terhadap pembangunan negeri yang terus terbengkalai dan kacau bilau sejak Pakatan Rakyat mengambil alih pada April 2008. Pemerintahan Pakatan Rakyat sudah memasuki tahun kedua April depan tetapi rakyat Selangor masih belum melihat sebarang perubahan dilakukan. Jalan raya terutama di kawasan pedalaman semakin teruk, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) ramai yang tidak melaksanakan tanggungjawab seperti yang dicanang ketika pilihan raya umum lalu. Kerajaan tempatan kelam kabut tanpa hala tuju, dan masalah babi dan arak terus menjadi duri dalam hubungan antara Pas dan DAP.
Kerajaan Pakatan Rakyat yang didokong PKR tidak lagi boleh terus melaungkan retorik menjanjikan perubahan yang lebih baik daripada kerajaan negeri sebelum ini kerana rakyat sedang menuntut perubahan yang dijanji.
Pemuda Parit:
Kerajaan Selangor yang sedia ada ini hanya menunggu masa untuk di talkin kan.

Perak Aman Jaya Fokus Ekonomi...

LUMUT: Pelan Pembangunan Perak Aman Jaya adalah perancangan jangka panjang dalam usaha menjadikan Perak sebuah negeri yang mempunyai pendapatan tinggi dengan mengkhususkan kepada ekonomi berdaya maju. Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, berkata pelaksanaan pelan itu tepat pada masanya seiring dengan matlamat kerajaan negeri yang ingin memberi tumpuan untuk membangunkan Perak dari segi ekonomi. Beliau berkata, sudah tiba masanya untuk semua pihak memberi fokus yang lebih kepada sektor ekonomi negeri jika kita mahu Perak menjadi sebuah negeri yang membangun dan paling maju di Malaysia.
“Dalam merealisasikan matlamat ini, beberapa pakar dilantik untuk berbincang dan melaksanakan agenda itu dengan menggariskan beberapa strategi baru. "Kerajaan negeri menggariskan tujuh perkara asas untuk Perak berdasarkan pelan induk disediakan Institut Darul Ridzuan (IDR) dan Institut Pembangunan Malaysia (MDI)," katanya pada sidang media selepas merasmikan majlis Penutupan Bengkel Halatuju Strategik Negeri Perak bertajuk ‘Pelan Pembangunan Perak Aman Jaya' di sini, kelmarin. Turut hadir, Penasihat IDR, Prof Datuk Dr Noor Azlan Ghazali dan Ketua Eksekutif IDR, Aminudin Hashim.

Zambry berkata, teras kepada strategi pembangunan tujuh perkara utama itu akan menjadi dasar dalam usaha membangunkan Perak sebagai negeri maju. "Dengan adanya pendekatan berasaskan keberhasilan (OBA), kita mahu sesuatu yang dilakukan adalah berdasarkan hasil yang akan diperoleh," katanya. Tujuh teras tumpuan iaitu agihan dan pembangunan seimbang; masyarakat berkemahiran, berilmu dan berintegriti; negeri dan kerajaan pemangkin; jalinan perpaduan masyarakat; angkatan generasi muda yang aktif dan partisipatif; yayasan dan gagasan sektor swasta yang mapan dan amalan mesra alam dan kelestarian sumber. Beliau berkata, pendekatan yang dirancang itu tidak hanya menumpukan kepada strategi dan idea semata-mata tetapi turut akan menekankan bagaimana cara untuk mencapai matlamat yang ditetapkan.

Dalam perkembangan lain, Zambry berkata, jumlah penerima bantuan melalui sistem E-Kasih dijangka meningkatkan kerana beliau sudah mengarahkan semua pihak supaya mengumpul maklumat berkaitan dengan kemiskinan di setiap kawasan. Malah, semua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun), ketua bahagian, penghulu dan ketua kampung sudah diarahkan untuk mengenal pasti mereka yang memerlukan bantuan tanpa mengira kaum. “Saya tidak mahu ada yang layak ketinggalan dan tidak disenaraikan dalam sistem E-Kasih. Jika tidak disenaraikan, bantuan tidak dapat disalurkan dan saya tidak mahu hal ini menjadi halangan untuk kita membantu mereka yang kurang berkemampuan," katanya.
Pemuda Parit.
Teruskan Dr. Zambry dengan Agenda pembangunan untuk rakyat. Jangan Lakukan kesilapan Tajol Rosli dulu. Bangunkan negeri, wujudkan peluang pekerjaan dan meninggikan taraf hidup rakyat. Jangan kayakan kroni ja..tgk sama org² kampung ni..Pastikan ada impak..ni kalau sama je..baik la rakyat pilih PR..so cetuskan satu pembaharuan dan idea yg bernas untuk rakyat sekalian. Tunjukkan kelainan sebagai seorang pemimpin yang matang dan berjiwa besar.

Nizar Perlu Letak Jawatan Sebagai Presiden PAFA..!!




Kemelut PAFA yang sehingga kini masih belum dibenarkan untuk menyertai kempen Liga Malaysia 2009/2010 dan mempunyai tempoh seminggu untuk menyelesaikan beberapa masalah berkaitan caruman KWSP pemain dan sebagainya.




Nizar Jamaluddin merupakan Presiden PAFA sehingga kini dan kita sedia maklum, pasukan bolasepak Perak bergelut pada musim ini untuk mengekalkan prestasi dengan dibarisi oleh majoriti pemain² muda dari skuad Piala Presiden.




Ada ura-ura, Nizar didesak untuk mengadakan EGM kerana ahli gabungan tidak mahukan beliau untuk menerajui PAFA lagi.




Dalam berita hari ini dipetik, Dr. Zambry akan membantu PAFA untuk menyelesaikan masalah kewangan dan caruman KWSP pemain dan akan memastikan pasukan Perak akan bersaing dalam Liga Malaysia musim depan.




Dan. Dr. Zambry sendiri berkata beliau tidak rakus atau kisah dengan jawatan Presiden PAFA dan niatnya hanya membantu kerana sayangkan sukan bolasepak itu.




Nizar sibuk berpolitik sehingga mengabaikan tugasnya selaku Presiden PAFA..cakap tidak serupa bikin..macam mana nk memerintah negeri kalau satu pasukan/persatuan bolasepak pun xbleh nak jaga. Cakap berdegar-degar, tapi bodoh sombong..




Kejor Yob Kejor..!!

Anwar Iktiraf Chin Peng...!!Tahniah Penyokong PKR..!!


30 November 2009 akan tercatat satu lagi sejarah tanah air. Sejarah di mana Anwar menghadiri majlis parti komunis Malaysia sempena memperingati 20 tahun PKM meletak senjata. Apakah agenda Chin Peng menjemput Anwar?

Jawapan hanya satu, jika Anwar menjadi Presiden Republik Malaysia, Chin Peng akan besar kemungkinan akan diampunkan dan dibenarkan kembali untuk menghabiskan usia emasnya secara sah di Setiawan Perak.
Dan Raja Aziz Adruce (kalo tidak silap) peguam bela Anwar bagi kes liwat dgn Saiful juga merupakan peguam bela bagi kes Chin Peng untuk kembali ke Malaysia.
Menghadiri majlis ini seperti memberi pengiktirafan kepada perjuangan PKM walaupun kisahnya hanya menjadi sejarah.
Tahniah kepada penyokong PKR. Teruskanlah menyokong Anwar yang menyokong Chin Peng..