Selasa, November 24, 2009

Nizar Perlu Letak Jawatan Sebagai Presiden PAFA..!!




Kemelut PAFA yang sehingga kini masih belum dibenarkan untuk menyertai kempen Liga Malaysia 2009/2010 dan mempunyai tempoh seminggu untuk menyelesaikan beberapa masalah berkaitan caruman KWSP pemain dan sebagainya.




Nizar Jamaluddin merupakan Presiden PAFA sehingga kini dan kita sedia maklum, pasukan bolasepak Perak bergelut pada musim ini untuk mengekalkan prestasi dengan dibarisi oleh majoriti pemain² muda dari skuad Piala Presiden.




Ada ura-ura, Nizar didesak untuk mengadakan EGM kerana ahli gabungan tidak mahukan beliau untuk menerajui PAFA lagi.




Dalam berita hari ini dipetik, Dr. Zambry akan membantu PAFA untuk menyelesaikan masalah kewangan dan caruman KWSP pemain dan akan memastikan pasukan Perak akan bersaing dalam Liga Malaysia musim depan.




Dan. Dr. Zambry sendiri berkata beliau tidak rakus atau kisah dengan jawatan Presiden PAFA dan niatnya hanya membantu kerana sayangkan sukan bolasepak itu.




Nizar sibuk berpolitik sehingga mengabaikan tugasnya selaku Presiden PAFA..cakap tidak serupa bikin..macam mana nk memerintah negeri kalau satu pasukan/persatuan bolasepak pun xbleh nak jaga. Cakap berdegar-degar, tapi bodoh sombong..




Kejor Yob Kejor..!!

Tiada ulasan:

Catat Komen