Isnin, Februari 23, 2009

Benarkah Tidak Sah??

Nizar Oh Nizar…Adakah beliau masih MB Perak yang sah atau sebaliknya?? Dr Zamry pula MB Perak yang haram?? Ohh, begitu mudah tembakan Nizar. Langsung tidak pernah bersyukur walaupun Cuma memenangi 6 kerusi tetapi beliau telah dipilih antara 3 calon MB untuk menjawat jawatan berkenaan.

Siapakah antara calon awal untuk menjadi Menteri Besar Perak ke 11 sebelum ini?? Mereka ialah 1. YB Ngeh Ko Ham (Sitiawan – DAP). 2. YB Jamaluddin (Behrang – PKR) 3. YB Ir Nizar (Pasir Panjang – PAS). Inilah 3 nama yang telah dipersembahkan kepada Tuanku Sultan Perak csebagai calon menteri besar Perak ketika itu. Dan seperti yang termaktub dalam Undang – Undang Tubuh Negeri Perak yang mana Menteri Besar Perak mestilah seorang yang beragama Islam dan Melayu maka Ir Nizar telah diperkenankan oleh Tuanku Sultan untuk menjadi Menteri Besar Perak yang ke 11. Kenapa bukan Jamaluddin?? Kerana dari segi kelayakan akademik Jamaluddin hanya berkelulusan rendah sahaja. YB Ngeh?? Tentunya bukan seorang Islam dan Melayu. Faham bukan??bagaimana Ir Nizar dilantik menjadi MB Perak. Itupun setelah beberapa kali tertangguhnya perlantikan ini. Takrifan Melayu mengikut perlembagaan ialah 1. Islam 2. Mengamalkan Budaya dan Cara Hidup Sebagai Melayu 3. Bertutur dalam Bahasa Melayu.

PRU 2008, BN telah memenangi 28 kerusi dan bertanding dibawah satu logo/lambing/bendera yakni dacing/timbang. PAS berlogo kan bulan, DAP roket dan PKR bulan sabit 2. Ketiga – tiga parti berkenaan bertanding dengan lambing/logo yang berbeza. Tetapi dalam kes ini, Tuanku Sultan Perak telah dipersembahkan oleh ketiga-tiga parti berkenaan bahawa mereka mempunyai 31 kerusi DUN berbanding BN 28 kerusi maka Tuanku Sultan Perak memperkenankan ketiga – tiga parti ini untuk menubuhkan kerajaan negeri Perak. Lalu ketiga-tiga parti ini membentuk satu “PAKATAN” sementara untuk mewujudkan kerajaan sahaja.

Walaupun ada pelbagai rundingan untuk memujuk PAS menyertai BN di Perak dan diberikan kerusi Menteri Besar agar kuasa Melayu tidak hilang di Perak. Tetapi PAS menolaknya,sesiapa yang mengetahui kisah bagaimana Pesuruhjaya PAS Perak menolak cadangan ini dengan angkuhnya. Maka, sejak itu terjadilah kisah “Bumi DiPijak Milik Orang”…
Enam orang Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak diwakili oleh Cina+India DAP+PKR (7 Orang) dan PAS & PKR Melayu (3 orang sahaja) dan Menteri Besar (Pas – Melayu). Lihat bagaimana liciknya DAP yang diketuai oleh Ngeh memonopoli permainan ini. Ngeh dilantik sebagai Exco Kanan, dan sebagai bukti kekuasaanya, segala surat menyurat kepada Menteri Besar perlu di S.K (salinan kepada) YB Ngeh. Begitulah berkuasanya Ngeh di Perak ketika itu.

Rentetan demi rentetan sedikit demi sedikit kepimpinan yang kononya bertunjangkan suara rakyat ini memerintah negeri Perak berbagai spekulasi dan cerita hangat dipertontokan kepada rakyat negeri. Yang paling memalukan, hak milik kekal 999 tahun, tanah kepada sekolah persendirian cina dan berbagai – bagai lagi keputusan yang kurang enak dipertontonkan oleh mereka.

Untuk pengetahuan, sebelum mesyuarat ahli majlis kerajaan negeri diadakan, segala minit mesyuarat dan perihal perkara berbangkit perlu dipersembahkan kepada Tuanku Sultan untuk diperkenankan. Termasuklah kes hak milik 999 yang mana Tuanku Sultan Perak tidak memperkenankannya, tetapi dengan sombong dan bongkaknya dan kebodohan YB Nizar selaku menteri besar mereka membuat keputusan sendiri tanpa mengambil kira titah Tuanku yang mahukan perkara ini diperhalusi terlebih dahulu. “Sultan has no power, we’re state government”..itulah antara kata-kata yang keluar dari mulut YB Ngeh.

Kenapa Cina DAP Ngeh ni begitu berani dan angkuh?? Tetapi kenapa bukan mereka yang berbaring dan menahan konvoi ketika Majlis Angkat Sumpah MB Perak 12 pada 6 Februari yang lalu?? Kenapa kita orang Melayu+Islam PAS yang beria-ia menentang dan menyanggah titah perintah Tuanku Sultan Perak?? Kerana apa?? Cina DAP tidak berani menentang Tuanku Sultan dengan cara sebegitu. Kerana sejarah di Negara Cina membuktikan barang siapa yang menentang maharaja, maka akan ditangkap dan dipancung serta merta. Dinegara Cina lah asal usul mereka.Tetapi kita orang Melayu+Islam PAS yang hanya berbekalkan 6 kerusi sanggup berbaring, berkonfrontasi dengan anggota FRU dan Polis. Ketaksuban mengatasi segala-galanya. Cukup untuk itu.

Kronologi Politik Di Perak.
25 hb. Januari – ADUN Bota – Dato’ Nasaruddin Hashim isytihar keluar UMNO & sertai PKR
28 hb. Januari – Desas desus kehilangan 2 ADUN PKR / EXCO Perak
30 hb. Januari – Nizar menafikan laporan mengenai 2 orang ADUN berkenaan menyertai BN
31 hb. Januari – Kehilangan seorang ADUN DAP pula bertiup kencang
1 hb. Februari – Spekaer DUN Perak berkata, beliau menerima surat perletakan jawatan ADUN
Behrang (YB Jamaluddin) dan ADUN Changkat Jering (YB Osman Jailu) yang
dihantar kerumahnya pada jam 5.45 pm. Kedua – dua ADUN berkenaan
menafikan perletakan jawatan mereka.

2 hb. Februari – Nizar mengadap Sultan di Istana Kinta. Speaker memaklumkan kekosongan DUN
Behrang & Changkat Jering kepada Pengarah SPR Perak.
3 hb. Februari – SPR memutuskan bahawa tidak berlaku kekosongan kerusi serta tidak perlu
mengadakan Pilihanraya kecil.

4 hb. Februari – Timbalan Perdana Menteri merangkap Pengerusi Perhubungan UMNO/BN Perak 3 ADUN Bebas kini memberi sokongan kepada Barisan Nasional (BN) dan ADUN Bota – YB Dato’ Nasaruddin Hashim kembali ke pangkuan UMNO. Oleh yang demikian, BN Perak kini mempunyai majoriti mudah untuk menubuhkan kerajaan negeri. BN 28 + 3 Bebas (31 kerusi) dan DAP+PAS+PKR 28 kerusi. Dalam masa yang sama, Nizar mengumumkan yang mana Dewan Undangan Negeri dibubarkan tanpa mendapat perkenan dari Tuanku Sultan terlebih dahulu dan mengeluarkan kenyataan berbunyi “Terpulang Kepada Tuanku”..

5 hb. Februari – Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengadap Sultan Perak dan memohon perkenan Tuanku untuk menubuhkan kerajaan negeri kerana mempunyai cukup majoriti. Kesemua 28 ADUN BN dan 3 BEBAS telah dititahkan untuk mengadap Tuanku Sultan dan menandatangani surat taat setia. 3 BEBAS tersebut telah disoal dan mengadap Tuanku Sultan lebih lama dari ADUN yang lain dan setelah Tuanku Sultan berpuas hati maka BN boleh menubuhkan kerajaan Negeri Perak dan dengan itu, jawatan Menteri Besar Perak Nizar digugur/lucut serta merta kerana tidak mempunyai majoriti dan hilang kepercayaan ahli Dewan.
- Nizar dititahkan untuk mengadap dan dimaklumkan bahawa Tuanku tidak perkenan membubarkan dewan. Sebaliknya beliau dititahkan untuk meletakkan jawatan bersama Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (EXCO). Jika ingkar, jawatan berkenaan dianggap telah dikosongkan.

Dalam kes ini, “jika Menteri Besar hilang kepercayaan sebahagian besar ahli DUN, maka Menteri Besar
i. Hendaklah mempersembahkan letak jawatan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MKK) atau
ii. Mohon perkenan Tuanku Sultan bubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN)


Didalam kes ini, mengapa jawatan Menteri Besar Nizar dilucutkan / tidak sah kerana….
Undang – Undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan Fasal 16(6)
i. Tuanku Sultan boleh memanggil ADUN – ADUN untuk mendapatkan pengesahan jumlah/bilangan ATAU
ii. Memanggil Sidang DUN untuk usul undi tidak percaya terhadap MB.

Mestikah Tuanku Sultan Perak memperkenankan pembubaran DUN??
Undang – Undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan Fasal 18(2) (b)
i. Tertakluk kepada budi bicara mutlak Tuanku untuk menerima atau menolak

Jika Menteri Besar sedia ada (baca sebagai Nizar) enggan meletak jawatan??
Undang – Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan Fasal 16 (2) (a)
i. Menteri Besar (Nizar) tiada pilihan kerana sebaik sahaja perlantikan Menteri Besar yang baru (Dr. Zamry Kadir) , secara automatisnya jawatan tersebut lucut sebab perlembagaan memperuntukkan hanya seorang Menteri Besar sahaja.
Dan, apa yang dimaksudkan BN+Bebas mendapat majority untuk memerintah??
Majoriti tidak berdasarkan parti, tetapi bilangan Ahli Dewan Undangan Negeri (menyokong).

Faham??
Bagaimana Pakatan Rakyat dapat memerintah Perak dan bagaimana BN+Bebas memerintah Perak kini??




Fasal 16(2)(a)

DYMM hendaklah mula - mula melantik sebagai Menteri Besar pada mengetuakan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri itu seorang ahli Dewan Negeri yang pada timbangannya boleh mendapat sebahagian besar ahli - ahli Dewan Undangan Negeri itu.




Fasal 16 (6)

Jikalau sekiranya Menteri Besar itu terhenti daripada mendapat kepercayaan sebahagian besar daripada ahli - ahli Dewan Negeri itu, kemudian hendaklah dia mempersembahkan letak jawatan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri itu dikecualikan dengan permohonannya DYMM membubarkan Dewan Undangan Negeri.




Fasal 16(7)

Tertakluk kepada Fasal 16 (6) seorang ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri selain daripada Menteri Besar itu hendaklah memegang jawatan selama keredaan DYMM tetapi seorang ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri itu bolehlah pada mana - mana ketika meletakkan jawatannya.




Fasal 18(2)

DYMM bolehlah memutuskan mengikut timbangannya sendiri pada menjalankan kuasa - kuasa yang tersebut dibawah (sebagai tambahan kepada kuasa-kuasa yang menyempurnakannya dia boleh memutuskan mengikut timbangannya sendiri dibawah Perlembahaan Persekutuan) iaitu - (a) Lantikan Seorang Menteri Besar (b) Keengganan memberi persetujuan kepada satu permohonan bagi pembubaran Dewan Negeri.

6 ulasan:

  1. Apa kata saya dan awak membincangkan tentang manakah yang lebih cenderung kepada perjuangan berteraskan Islam antara PAS dan UMNO. kita bermula soalan pokok dan asas dahulu baru soalan cabang.

    BalasPadam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum.. Salam Perjuangan. Sahabatku, kami dari UMNO Caw. Gombak Selatan begitu bangga dan rasa terharu atas pembabitan cawangan anda dalam mengikuti perkembangan politik melalui Blog. Kami sentiasa bersama anda.. Hidup UMNO.. Hidup Malaysia..

    IKHLAS DARI,
    UMNO CAWANGAN GOMBAK SELATAN
    BAHAGIAN WANGSA MAJU

    p/s : Blog anda dlm senarai link kami

    BalasPadam
  4. Posmen,
    Sebarkan pada orang2 kampung yang keliru tentang hal2 perundangan supaya mereka paham dan jelas kenapa Sultan membuat keputusan yg macam tu. Banyak orang2 kampung hanya mendengar gebang & kelentong puak2 PAS & PKR jer yg mentafsir undang2 ikut sesedap rasa mereka je.

    Hidup UMNO...DAULAT TUANKU

    BalasPadam
  5. ... hati tengah dok geram tengok Karpal Singh kata Pemuda Umno 'celaka'... apa tindakan Pemuda???

    BalasPadam