Jumaat, Februari 20, 2009

Mufti DiMaki Kerana Berbeza Pendirian!!

Puak2 pembangkang termasuk Pas semakin melampau sekarang ini. Mula-mula menderhaka kepada sultan, kini mencerca seorang mufti pula. Aku tak tahu hantu apa yang merasuk di kalangan puak2 Pas sehingga semakin hilang akal. Mungkin kerana mereka sedang diuji oleh Allah SWT atau mereka sedang dalam proses kehancuran angkara kerosakan yang dibawa di muka bumi.


Aku cukup simpati dengan Mufti Perak, DS Harussani Zakaria kerana gara-gara kenyataannya yang membidas puak2 yang menderhaka kepada Sultan, beliau sendiri dicerca dan dimaki-hamun. Wanaauzubillahiminzalikh... Aku tak tau apa nak jadi sekarang ini. Apakah kerana gesaan supaya tidak menderhaka kepada sultan sudah dianggap menyokong UMNO dan mufti tidak boleh berpihak kepada UMNO? Kerana mufti yang menyokong UMNO sangat hina... lebih hina dari babi? Masya-Allah...




Bertaubatlah wahai mereka2 yang bersifat sedemikian.Harussani seorang warak dan bertaraf ulama tetapi dihina dan dicerca sedemikian oleh puak2 Pas. Tetapi Nik Aziz juga seorang yang warak dan juga seorang ulama tidak pernah pula dihina dan dicaci oleh puak2 UMNO walaupun amat-amat jelas beliau adalah pemimpin Pas. Apakah mufti yang menyokong Pas dianggap manusia mulia, paling mulia daripada nabi dan malaikat?




Masya-Allah... Manusia semakin sesat hanya kerana politik.Aku masih ingat lagi bagaimana Harussani disanjung dan dipuji terutama puak2 Pas kerana menentang program hiburan Jom Heboh yang dikatakan melalaikan sehinggakah program itu tidak lagi diadakan di negeri Perak. Ya, Harussani dianggap ulama yang suci ketika itu dan puji-pujian melambung2 diberikan kepadanya.Tetapi apabila beliau menyentuh dan mempersoalkan puak2 Pas yang menderhaka kepada sultan selepas krisis politik di Perak beliau kini dihina. Apakah kerana itu beliau dianggap menyokong UMNO dan mufti yang menyokong UMNO boleh dihina dan dicerca?






Mazhab dan fatwa mana yang dipakai oleh puak2 Pas aku tak tahu.Kini keadaan pemikiran dan kewarasan puak2 Pas semakin tidak karuan terutama selepas mereka "kehilangan" sebuah negeri yang dipimpin oleh pemimpin Pas (walaupun jelas sebagai boneka DAP). Sungguh-sungguh trajik. Bahkan ketidakwarasannya telah menular pula dikalangan pemimpin mereka yang bertaraf ulama & para ustaz.Aku percaya ini semua hasil racun pemikiran yang ditanam oleh Anwar Ibrahim yang sememangnya pakar dalam hal2 provokasi, konspirasi dan halusinasi serta "orang2 Anwar" yang yang kini sudah menduduki kerusi kepimpinan Pas. Dan sebab itulah pemikiran puak2 Pas kini semakin bercelaru dan jika tidak dirawat segera, parti Pas yang lahir hampir seusia UMNO (Catatan: Pas adalah pecahan UMNO) akan terkubur suatu hari nanti lantaran terlalu terikut2 rentak PKR.Kalau aku boleh berpesan dan kalau kata2 aku boleh diikut, aku berharap puak2 Pas segeralah bertaubat dan kembalilah ke pangkal jalan. Perjuanganmu sebelum ini begitu mulia iatu memperjuangkan Islam tetapi kini perjuangan bukan lagi kerana Islam tetapi kerana pangkat, darjat, harta, kedudukan, rumah MB, kereta Camry... Bertaubatlah sebelum puak2 Pas dilaknati Allah! Wana'uzubillahiminzalikh...



Mufti Perak sedih dimaki penyokong pembangkang
IPOH 16 Feb. – Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria kesal dan dukacita dengan tindakan penyokong parti pembangkang yang sanggup mencerca dan memaki beliau ekoran kenyataannya, sesiapa yang tidak taat kepada pemerintah tetap dianggap menderhaka.
Beliau berkata, tindakan berkenaan langsung tidak menggambarkan akhlak seorang Islam sejati kerana golongan mukmin mestilah takut kepada Allah, Rasul-Nya dan juga pemerintah.




3 ulasan:

  1. Salam setiakawan...
    Join us at ProKJ Fan Club
    http://chatroll.com/prokj-fan-club

    BalasPadam
  2. Perlu dinyatakan dengan sahih:
    1. Sultan buat keputusan itu berdasarkan apa;
    2. Sultan buat keputusan itu atas nasihat siapa;
    3. Sultan sudah adakan perbincangan secara telus dengan kedua pihak serentak atau tidak;
    4. Sudahkah Sultan meneliti semua alternatif yang ada;
    Dan kepada Mufti
    1. Adakah Sultan sudah berbincang dengannya sebelum membuat keputusan;
    2. Adakah Mufti yakin Sultan sudah membuat keputusan yang betul?
    3. Bagaimana kalau keputusan Sultan itu tidak betul?

    BalasPadam
  3. Wahai saudaraku, wahai kaum Muslimin,
    Di atas kalimah Lailahaillallah Muhamadulrasulullah.

    Saya sebagai hamba allah menyampaikan seruan Allah dan RasulNya.

    “Bukanlah dari kami orang-orang yang menyeru kepada assabiyyah, berperang atas dasar assabiyyah dan mati kerana (mempertahankan) assabiyyah” [HR Abu Daud].

    Ya saudaraku...
    Kembalilah ke jalan Islam dan memperjuangkan Islam bukan atas dasar memperjuangkan Assabiyah iaitu bangsa kerana Rasulullah SAW tidak mengaku akan umatnya yang memperjuangkan assabiyah…

    Rasulullah SAW telah mengkabarkannya kepada seluruh manusia bahawa bukanlah dari umat Muhammad jika mereka memperjuangkan bangsa.

    Adakah kita hanya mengamalkan ajaran Islam separuh masa dan separuh lagi kita meninggalkannya...???

    Allah SWB berfirman :

    " Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhannya, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu " (Al-Baqarah(2):208)

    Bersatulah saudaraku dengan kalimah Lailahaillallah Muhamadulrasulullah…!!!
    Bersatulah kita di bawah panji kebesaran Islam…!!!

    Ingatlah wahai saudaraku...

    Sekecil kecil dan sebesar-besar amalan di dunia akan di hitung di akhirat kelak.

    MAMPUKAH KITA MENJAWABNYA NANTI APABILA KITA BERDEPAN DENGAN ALLAH SWT...???

    Ya Allah, aku telah jalankan perintahmu…

    BalasPadam