ASSALAMUALAIKUM & SALAM SEJAHTERA..
Mungkin isu kali ini agak bebeza dengan isu yang sering penulis coretkan. Kita beralih kepada topik sukan pula dan semestinya bolasepak. Sukan No. 1 didunia mahupun di Malaysia (no. 1 lagi ke?)..
Saban tahun disajikan dengan persembahan turun naik pasukan bolasepak kebangsaan. Baik dari skuad utama, bawah 23, bawah 20, bawah 19, bawah 17, bawah 16 dan bawah lagi semuanya gagal menterjemahkan sesuatu yang boleh dibanggakan.
Adakalanya kita malas dan muak kalau mahu berbicara mengenai bola sepak walaupun kita mempunyai Liga Profesional (Liga M) yang sering kali juga dikaitkan dengan isu gaji tidak berbayar, kwsp, dan hutang sana sini. Memalukan. Persatuan negeri yang kering kantung kewangannya dan sering menekan butang kecemasan ke FAM - Persatuan Bolasepak Malaysia. Stadium lengang, corak permainan yg membosankan dan barisan pemain yang hanya lebih gaya dari skill bermain.
Walaupun hampir saban tahun negara kita dikunjungi dengan pasukan - pasukan handalan dunia dan kelab - kelab liga luar negara tetapi tiada apa yang boleh kita banggakan. Liga Malaysia pula asyik dan sering dirombak seperti ikut suka hati mak bapak diaorang di FAM. Itu tak kena, ini tak kena, keputusan yang sering tidak konsisten dan ini juga diterjemahkan oleh pasukan bolasepak negara, "TIDAK KONSISTEN"..
Mungkin kita perlu tunggu 100 tahun lagi untuk layak ke Piala Dunia dan yang paling koman pun Piala Asia ataupun Sukan Asia. Kalau nak diceritakan sejarah lalu memang la gah, Super Mokh, Ghani Minhat, Dollah Salleh, Zainal Abidin, Matlan Marjan, Santokh, Chin Aun, Hassan Sani, Azizul Abu Hanifah, Arumugam dan ramai lagi la. Tapi itu dulu, sekarang ni jauh berbeza. Walaupun pada tahun 1993 ranking Malaysia di kedudukan 95 (kalau tidak salah) selepas itu semakin menurun ranking kita seperti mengikut tahun pulak. Sekarang kita jauh ketinggalan berbanding Korea, Jepun, Arab Saudi, dan ketinggalan dengan persaingan terdekat kita di ASEAN.
Lihat sahaja Sukan Sea. kali terakhir memenangi Emas pada 1989 di Stad. Merdeka, Pingat Perak 2001 dan gangsa selepas itu. Sedikit penawar, Juara Piala Tiger 2007. Dan selepas itu, hanyut dibuai mimpi indah dan momokan sahaja.
Ok.cukup sekadar mukadimah.
Kenapa FAM tidak mensasarkan kanak² yang berumur 7-10 tahun untuk digilap dan diberikan perhatian khusus?? Kerana umur ini amat sesuai untuk dilentur dan dilatih sehingga mencapai tahap matang pada umur 21 -23 tahun ketas. Sebagai contoh jika purata pemain berumur 7-10 tahun dan mereka mempunyai paling kurang 10-12 tahun untuk matang sebagai pemain bolasepak yang baik. Hantar mereka ke luar negeri, jaga pemakanan, tumbuh besaran fizikal dan mental mereka, jurulatih yang baik dan memacam lagi. Dan usaha ini bukan hanya melibatkan FAM tetapi Kementerian Pelajaran, Kem, Belia & Sukan, persatuan bolasepak negeri/daerah dan pihak sekolah itu sendiri. Kita perlu belajar dari Korea n Jepun. Dan jika hendak hantar pemain ke luar negeri pun boleh kita hantar ke sana. Lihat di mana Korea n Jepun sekarang. Pemain mereka ramai yang bermain di luar negara selain liga kebangsaan mereka yang hebat dan penonton yang fanatik.
Dulu kita mempunyai program tunas gemilang, akademi bolasepak dan berbagai lagi tetapi apa hasilnya?? Masih gagal dan longlai. Duit berjuta-juta habis, tetapi hasilnya langsung tiada apa yg boleh dibanggakan. Kita hanya gah mempunyai Stadium yg besar, cantik tetapi pasukan bolasepak kita?? Macam pondan. Kita merasakan kita sudah cukup baik apabila kita tewas ataupun berjaya menjaringkan gol apabila menentang pasukan yang handal. Kita juga seperti berpuas hati jika seri dengan pasukan yang handal. Maka, itu sajalah yang boleh kita banggakan.
Lihat Togo, Ivory Coast, Mali..mereka negara yang miskin tetapi mereka telah dahulu menjejak kaki ke Piala Dunia dan kini pemain mereka semakin ramai di Liga - Liga Eropah dan bergaji lumayan. Kenapa kita tidak sampai ke tahap itu??
Akmal Rizal, Juzaili Sameon, Rudi Ramli, Fazli Shaari, sekadar beberapa nama yang pernah berlatih di Perancis tetapi di mana mereka sekarang?? Bila di luar negeri, teringat nak makan sambal belacan la, tempoyak la, kari la, rendang la..habis macam mana nak berjaya?? sikit² dah teringatkan masakan emak..teringatkan kampung halaman?? jadi mental pun tidak kuat bagaimana pula mahu bersaing merebut tempat di sana?? itulah ragam pemain kita. Mungkin Titus James yang kini berada di Perancis boleh membuatkan kita bangga?? Tunggu sajalah.
Jurulatih.. kalu nak sebutkan dari dulu smpai la sekarang ni, rasa berpuluh dah jurulatih kebangsaan kita. Baik dari luar negeri, dalam negeri. Tetapi, dilihat FAM gagal dalam hal ini. Bukan mahu memperlekehkan jurulatih tempatan tetapi jika mahu dinilai pencapaian mereka, tidaklah sehebat mana. Sudahlah pemain kita pun banyak ragam dan lemah serba serbi, jurulatih pulak baru bawak pasukan menang 3 piala (liga tempatan), baru bawak pasukan menang 1 kejohanan (yang sertainya pun bukan pasukan yang bagus) dah dilantik jadi jurulatih kebangsaan. Mudah sangat. Seperti nak memilih kedai makan pulak. Herm..Itulah FAM yang kita kenal sejak dari dulu smpai la sekarang.
Apapon, teruskanlah menyokong bolasepak kita. Jumpa lagi..
Pasal bolasepak Malaysia ni.... dah tak larat nak cakap,dah berbuih mulut dok cakap ... Keadaan tak berubah-ubah sampai dah nak putus harapan dengan prestasi pasukan bolasepak kita ni.Kalau dengan pasukan Laos, Philiphina pun Malaysia jadi belasahan malu rasanya.Tak tau apa nak cakap lagi dah.Presiden FAM sila undur diri jangan terlalu ego sampai mati nak pegang jawatan bagi peluang kepada mereka yang berkebolehan memimpin demi kebaikan bolasepak
BalasPadamMalaysia.