ADUN PR mahupun pakatan PR ini sememangnya perlu untuk menyambut Ulang Tahun ke 6 bulan Sidang DUN Haram Bawah Pokok pada semalam. Kerana apa?? Jika tidak dilakukan maka rakyat semakin melupakan mereka. Jadi, tindakan mereka semalam merupakan satu jalan penyelesaian untuk membolehkan mereka mendapat publisiti dan seterusnya memainkan sentimen dikalangan penyokong mereka sendiri mahupun rakyat Perak.
Strategi licik oleh Cina DAP dengan memperkudakan PAS terutamanya Nizar yg dijadikan sebagai bidak untuk mencatur pergerakan. Sidang haram ini yang langsung tidak mendapat perkenan Sultan Perak dan memang telah diaturkan di hotel berkenaan sejak awal ini.
Mereka sememangnya mengetahui bahawa akan dihalang untuk memasuk Bangunan SUK Perak yang menempatkan Dewan Undangan Negeri, dan selepas itu barulah mereka bergerak ke Hotel Heritage ni Jalan Raja Di Hilir. Bijak bukan?? Tapi bukan bijak begini yang perlu dicontohi. Dan sememangnya mereka juga tahu bahawa tindakan mereka akan dihalang oleh pihak Polis dan sengaja juga mencetuskan provokasi untuk Polis bertindak balas dan kononnya rakyat dihidangkan dengan sikap POlis yang kejam, berat sebelah dan alat kerajaan. Itu percaturan mudahnya.
Permainan licik dan strategi ini dilihat semakin menjadi - jadi dan boleh dikatan berkesan sekurangnga untuk memainkan sentimen dikalangan penyokong fanatik mereka dan rakyat Perak amnya.
Tidak perlu diulas siapa yang menjadi MB siapa yang menjadi De Facto MB dan siapa yang berada di sebalik pemerintahan Nizar sebelum ini. Siapa yang kurang hajar?? Siapa yang angkuh dan siapa yang tamak dan haloba?? Nilaikan sendiri. Jangan dibiarkan diri anda dikuasi emosi dan sikap fanatik mahupun taksub.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan