Nizar sedang memikirkan sesuatu barangkali.
Berbual seketika sebelum bergerak ke Tingkat 2 utk Sidang haram.
Nizar sedang berbincang dengan YB Thomas Sue dan YB Siah Leong Ping
Gelombang PEMUDA Perak bersama sepanduk di depan Hotel Heritage
Ditemubual oleh pemberita
"Pertahankan Hak Rakyat, Pertahankan DUN Perak" antara sepanduk Gelombang PEMUDA.
Penulis tidak sempat untuk melihat apa yang berlaku di Hotel Tower Regency pagi tadi. Tetapi setelah mendapat maklumat bahawa ADUN² PR akan bergerak ke Hotel Heritage di Jalan Raja Di Hilir maka penulis pun bergerak kesana lebih kurang jam 10.45 am.
Setiba di Heritage Hotel, kelihatan YB Thomas Sue dan YB Siah Leong Peng sedang berbual di cafe berhampiran lobi.YB Nizar juga ada di lobi berkenaan dan diikuti YB Sivanesan dan beberapa YB PR yg lain. Kemudian Nizar mengarahkan semua YB ADUN PR bergerak ke Tingkat 2.
Terdapat juga pemberita diruang legar lobi hotel berkenaan.
Terdapat juga pemberita diruang legar lobi hotel berkenaan.
Tidak berapa lama, bilangan Gelombang Pemuda pun bertambah tetapi difahamkan tidak seramai di Restoran Pakeeza - berhampiran Hotel Tower Regency.
Penulis sempat mengambil beberapa keping gambar untuk tatapan bersama.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan