Kini sudah sah, bahawa kerusi N31 Bagan Pinang telah dikosongkan. SPR akan bermesyuarat (ataupun telah mesyuarat) untuk menentukan tarikh penamaan calon dan hari pembuangan undi.
Pilihanraya Kecil Bagan Pinang ini sememangnya dilihat tersangat-sangat penting kepada BN mahupun UMNO sendiri. Ini merupakan PRK yang ke 9 sejak PRU 2008 tahun lepas. Mungkin ada signifikan tersendiri dengan angka 9..PRK ke 9, di Negeri Sembilan dan pada bulan September (9) tahun 2009. Adakah ini suratan atau kebetulan.
Kerusi Bagan Pinang ini dibawah UMNO Bahagian Teluk Kemang yang diketuai oleh Tan Seri Isa Samad, bekas MB, bekas Menteri Kabinet & bekas Naib Presiden UMNO. Dan mungkin ada yang merasakan beliau merupakan calon yang layak untuk bertanding di kerusi N31 berkenaan. Mungkin atas faktor pengalaman beliau dan ini merupakan halaman beliau sendiri dan bahagian UMNO yang diketuai nya. Kemungkinan juga penyokong kuat beliau sedang melobi pihak atasan supaya mencalonkan Isa Samad sebagai calon BN kali ini tetapi bagaimana pula penerimaan pengundi lain ataupun mereka yang digelar "PENGUNDI ATAS PAGAR"??
Sengaja penulis menimbul persoalan ini untuk direnungkan bersama. Pada PRU yg lalu, Allahyarham Azman telah memenangi kerusi ini dengan majoriti 2000++. Itu pada 2008 yang lalu. Kita andaikan bahawa, setelah bermacam-macam perkara yang berlalu, dan berbagai perkembangan politik yang berlaku di tanahair sejak kebelakangan ini majoriti 2000++ tersebut berkurang kepada 1000++ sahaja. Dan, jika Isa Samad yang mungkin dianggap sebagai calon veteran dan dalam bahasa yang kasarnya "Sudah Tamat Tempoh" dipilih sebagai calon, adakah majoriti 1000++ ini akan memihak kepada BN/UMNO ??
Perlu diingatkan, Isa Samad pernah digantung keahliannya kerana politik pada pemilihan UMNO 2004. Pembangkang akan menggunakan isu ini dan isu yang lain untuk cuba memecahkan majoriti dan menerbalikkan sokongan. Dengan keadaan sekarang ini tidak mustahil Bagan Pinang ini akan jatuh kepada PAS.
Kita mempersoalkan kencenderungan rakyat kini (kononnya) lebih kepada Pakatan Rakyat dan setiap kali kita tewas dan selepas bedah siasat, berbagai-bagai "fatwa" ataupun hasil bedah siasat yang kita dengar. Lihat sahaja di Permatang Pasir. Isunya mudah sahaja, selain itu kubu kuat Kaki Liwat, calon BN - Rohaizad dipertikai kerana tidak 'bersih".. isu isteri no. 2 kemudian kes gelapkan cek syarikatnya menjadi mainan pembangkan dan dimanipulasikan. Harus juga diingat, ramai pengundi mahupun penyokong parti adalah dikalangan mereka yang fanatik dan taksub dan menerima apa sahaja sumber maklumat walaupun diragui kesahihannya.
Jadi, penulis merasakan (pendapat peribadi) perlu dinilai sebaik mungkin siapakah calon BN/UMNO yang benar-benar layak untuk bertempur di gelanggang kelak. Pemikiran pengundi dan kecenderungan sokongan kini berubah, apa saja boleh terjadi. UMNO/BN perlu lebih agreasif dan terkedepan dalam soal ini untuk meraih sokongan. Pencapaian lalu hanyalah satu sejarah dan ukuran, yang penting prestasi semasa.
Bagan Pinang ini juga boleh dikatakan sebagai satu indikator kepada BN/UMNO kerana Bagan merupakan kerusi BN/UMNO sebelum ini. Mempertahankan kejuaraan adalah lebih sukar daripada mencari kejuaraaan.
Kita jangan terlalu banyak beretorik dan bereksperimen dalam hal ini. Perlu ada satu kaedah yg lebih jitu dan mantap serta kerja buat yang sebaik mungkin bagi memastikan N31 Bagan Pinang tidak lucut dari genggaman kita.
Selamat Berjuang.
UMNO KENA LAH REVAMP SIKIT..1)GET RID AHLI2 KORUP YG JADI BATU PENGHALANG KPD ASPIRASI PERJUANGAN ORG2 MELAYU & BUMIPUTERA...2)MIM TOLONG MIM DLM SEMUA ASPEK,LGI PUN 90%MIM DLM PEJABAT KERAJAAN..,,3)MATLAMAT EKONOMI:>50% BUKAN 30%,KERANA NI NEGARA KITA,65%MIM &BUMI!!!4)BUAT PILIHAN PEMIMPIN YG MUDA2 UMUR 35 KE 48 UNTUK MENERAJU UMNO MCM OBAMA di USA,Tony Blair di UK dan Kevin Rudd di Australia.
BalasPadamKITA TAK BOLEH GENERALISE YG UMNO MASIH KUAT MENJELANG PRU 13(2012/2013)...dari majoriti kerusi Dewan Rakyat(140 tolak 82 kerusi)BN cuma ada jumlah majoriti 50000 undi saja pada 50 kerusi...Untuk PRU13,UMNO PERLU DI RESTRUTURE KAN...ADA >3JUTA AHLI UMNO SKRG.TAK BOLEH KE DIBUAT TALENT SEARCH???KALAU KITA BOLEH CARI FINALIST "MALAYSIAN IDOL" ATAU "ONE IN A MILLION" DSB,KENAPA TAK ADAKAN "PERADUAN MEMILIH & MENCARI PEMIMPIN MUDA" DARI >3JUTA AHLI UMNO??? KENAPA ASYIK ORANG LAMA TU..AJE??? TAK ADA PEMIMPIN MUDA YG BERWIBAWA KE???
Jadi UMNO perlu tukar image,REBRANDING dgn segera dari skrg,jika tidak UMNO akan kecundang mcm parti lama>50thn di Japan,India,Taiwan,Germany, Australia dll...
Dah berlaku pun di Jepun,minggu lepas,apabila parti LDP,yg telah memerintah 54 tahun telah kalah kpd
parti alternatif,DJP.yg baru 11thn.
Tan Sri Isa Samad patut jadi COACH,
mentor dan penggerak utama untuk calun muda,yg berwibawa(mcm dlm World Cup,coach semua 50an keatas,
manakala pemain 20-35tahun)...
KALAU TAK UMNO AKAN JADI PEMBANGKANG LPAS PRU13,DGN MIM PAKATAN RAKYAT MEMERINTAH...SUKA???