Isnin, Oktober 12, 2009

Isa Menang Di Bagan Pinang


PORT DICKSON: Barisan Nasional (BN) mencapai kemenangan besar pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang, semalam apabila Tan Sri Mohd Isa Samad menewaskan calon Pas, Zulkefly Mohamad Omar dengan majoriti 5,435 undi. Mohd Isa yang juga Ketua Umno Telok Kemang memperoleh 8,013 undi, berbanding Pesuruhjaya Pas Negeri Sembilan itu yang mendapat 2,578 undi. Keputusan diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Abdul Wahab Shamsuddin di pusat penjumlahan undi di Dewan Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD), di sini jam 8 malam tadi.



Seramai 11,157 pengundi atau 81.65 peratus daripada 13,664 pengundi keluar mengundi dan 223 undi rosak. Majoriti yang diperoleh bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu dianggap besar berbanding kemenangan calon BN pada pilihan raya umum lalu, Allahyarham Azman Mohammad Noor yang mendapati 2,333 undi majoriti, juga menewaskan calon Pas. Kemenangan itu juga dilihat sebagai amat signifikan kepada BN, terutama ketika sedang berusaha memulihkan kepercayaan rakyat selepas kemerosotan sokongan pada pilihan raya umum 2008.



Kekalahan Zulkefly juga adalah kegagalan ketiganya pada pilihan raya di Negeri Sembilan selepas tewas di DUN Lenggeng pada pilihan raya umum 1999, 2004 dan 2008. Sementara itu, Mohd Isa berkata, kemenangan besar itu membuktikan kepercayaan pengundi Melayu, Cina dan India di DUN Bagan Pinang sudah kembali kepada BN. "Saya memang yakin majoriti kali ini akan meningkat tetapi tidak jangka jumlahnya begitu besar dan terharu kerana kesungguhan jentera parti banyak membantu meningkatkan sokongan pengundi kepada BN. "Kemenangan ini juga menunjukkan rakyat sudah menerima konsep 1Malaysia yang diperkenalkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Timbalannya Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin serta permulaan baru kepada seluruh negara," katanya.



Mohd Isa juga berkata, faktor kemenangan bukan disebabkan dirinya saja, sebaliknya kemampuan BN menguruskan negara dengan berjaya. "Misi utama saya sekarang adalah menguruskan masalah di Bagan Pinang dengan segera dan yakin tidak banyak yang perlu dilakukan kerana kawasan ini sudah lengkap dengan kemudahan," katanya.

2 ulasan:

  1. Salam Bro,

    Alhamdulillah. Syukur.

    BN kena bersatu dan berkerja kuat lagi untuk PRU13. TQ jentera BN dan semua yg terlibat secar langsung dan tidak langsung!

    Yang paling penting, terima kasih kepada seluruh penduduk Bagan Pinang (bukan hanya pengundi sahaja).

    BalasPadam
  2. Rakyat dah bijak. Undi PAS undi DAP. PAS menang, PAS menjadi boneka kepada DAP. PAS menang, PAS akan membangun bersama DAP. PAS menang, kaki bontot akan jadi PM. PAS menang, banyak bini di dahulukan, duit rasuah balak di gandakan
    PAS tidak akan menjadi tunjang pemerintahan negara. PAS tidak akan dapat melaksanakan Islam asas pentabiran negara. PAS tunduk kepada DAP. Lihatlah apa yang berlaku di Selangor & Perak

    BalasPadam