Rabu, September 16, 2009

Gantung Saja MIC Dari BN!!

MIC perlu buktikan kesetiaan mereka kepada BN mahupun UMNO. Jika tidak, gantung saja keahlian mereka didalam BN ataupun singkirkan sahaja mereka.
Semakin tidak sedar diri dan angkuh. MIC ini merupakan liabiliti kepada BN dan UMNO sendiri. Orang India di Malaysia tidak melihat MIC sebagai sebuah parti yang benar-benar mewakili mereka pada masa sekarang.
Samy Vellu masih bertahta di singgahsana kepimpinan dan tidak sedarkan diri. Seolah- olah hanya beliau sahaja yang layak untuk memimpin MIC. Lihat saja keputusan pilihanraya umum ke 12 yg lalu. MIC hanya mampu memenangi 3 kerusi parlimen. Nyawa-nyawa ikan.
MIC tidak perlu untuk meminta bermacam-macam dari kerajaan dan Najib sendiri tidak perlu melayan kerenah MIC. Suruh MIC buktikan dulu kerja buat mereka dan buktikan yang orang India kembali menyokong mereka dan selepas itu barulah Najib boleh mempertimbangkan permintaan.
MIC perlu digantung dari BN!!

1 ulasan:

  1. Sudah tujuh kali PRK diadakan selepas PRU12. Malang sungguh bagi nasib BN/UMNO, cuma menang sekali sahaja di Batang Ai, Sarawak.

    Sebenarnya BN/UMNO memang sudah tiada harapan lagi untuk menang dalam mana2 PRK atau pada PRU13 nanti. BN sudah tidak diterima oleh rakyat yang sudah sedar akan keburukan parti itu.

    UMNO sebagai parti utama bermasalah kerana masih lagi ramai pemimpin yang 'rasuah' berada berkuasa dalam parti itu. UMNO tidak akan diterima rakyat selagi ianya tidak dibersihkan 100%.

    BalasPadam