Isnin, Ogos 03, 2009

Perusuh Dibayar Duit!!

Ada beberapa benda saya nak kongsibersama dengan pembaca sekalian, saya diberitahu bahawa budak-budak yang turun untuk menetang ISA tadi kebanyakannya dari Universiti Islam Selangor, menurut seorang pelajar yang menceritakan kepada sahabat saya, bukan itu sahaja malah mereka di beri duit poket sebanyak rm50 ke 100 seorang!Nantikan pendedahan yang lebih banyak lagi selepas ini ya, tapi biasalah pencacai kunyit dan penjilat Pakatan Gangster mesti kata ini semua fitnah dan rekaan semata-mata, tak percaya korang tengok je la nanti!


Lagi satu, saya nak cakap sikit pasal bloggers pembangkang ni, kebanyakkannya tidak mengamalkan kebebasan bersuara langsung, mereka juga yang mewar-warkan pasal kebebasan ini tetapi mereka juga yang melacurkan perkataan KEBEBASAN BERSUARA!Contohnya dalam blog saya, semua komen saya lepas kecuali yang jenis komen yang menghina institusi Raja, saya tak lepaskan la! Tetapi blogger pembangkang, kalau kita komen sikit je pasal ketua mereka, maka mereka tidak akan melepaskan komen-komen yang sebegitu!Jadi, bila orang masuk blog mereka, orang akan tengok, wah dasyatnya, takde satu orang pun yang pro kebenaran!



Saya dah masak dengan taktik mereka ini, saya dah jenuh pergi komen kat blog dan laman web Pakatan Gangster ni! Beberapa contoh contoh aku boleh bagi la korang untuk test power dan tengok hasilnya, Malaysia Today, Tranungkite, anilnetto, papillon-liberte semuanya tak boleh pakai punya, inisemua blog bacul yang hanya akan lepaskan komen yang menyebelahi mereka sahaja!Tujuan mereka tak lain hanya untuk menunjukkan kepada pengunjung blog atau website mereka bahawa hampir seratus peratus orang Malaysia ni sokong pembangkang! Ini Psy War mereka, mungkin ramai yang dah tahu sekarang!



Saya cuma nak ingatkan kepada rakyat Malaysia semua, Pakatan Gangster yang ada kat negara kita ni bukanlah berniat baik pun, mereka hanya mahukan kuasa sahaja, tidak kira dengan apa cara sekali pun, mereka mengatakan kebebasan bersuara, tetapi mereka sendiri tak ikut apa yang mereka ucapkan itu!Mereka nak ISA dihapuskan supaya mereka boleh membuat kekecohan secara besar-besaran(macam kat thailand tu) dan mereka bolehlah mengambil alih kerajaan!



Bahaya dah permainan pembangkang ini sekarang, yang PAS ni pulak memang bingai, bila Anwar dan DAP gunakan sentimen keluarga kononnya maka terbakarlah PAS dan keluar la mereka bersepah-sepah di atas jalanraya di KL berjuang untuk menentang kezaliman!Wahai penyokong pembangkang yang bingai dan bahalol, korang berjuang untuk siapa? Kenapa korang tak nampak yang korang dugunakan? Sampai bila kamu akan diperkudakan oleh sang peliwat dan kepala bapak gangster ini?


Fikir-fikirkanlah ya...


Dipetik dari blog parpukari

Tiada ulasan:

Catat Ulasan