Lucu betul ayat-ayat yang terkeluar dari mulut seorang yang kononnya ulama yang begitu disanjungi dan dipuja oleh pengikut PAS.Terkini Nik Aziz yang mungkin sudah nyanyuk ditelan usia tua itu mengatakan anggota UMNO tidak akan masuk syurga kerana parti itu mengamalkan ajaran Islam palsu dari Palestin.
"Islam bawah UMNO tidak ke mana dan tidak boleh bawa seseorang itu ke syurga. Berdasar perkara itu, saya percaya penduduk di kawasan Permatang Pasir akan memilih calon Pas sebagai wakil rakyat mereka," katanya kepada pemberita di Institut Kemahiran Belia Negara Bukit Mertajam di sini Isnin selepas proses penamaan calon bagi pilihan raya kecil Permatang Pasir.Hebat betul Nik Aziz tu sampai dia boleh jadi Nujum Pak Belalang dan tahu siapa bakal masuk syurga dan siapa jadi ahli neraka.
Siapalah Nik Aziz, hanyalah seorang manusia biasa, bukan maksum macam Nabi Muhammad s.a.w. pun.Nabi Muhammad s.a.w. pun tak pernah menghadiahkan syurga dan neraka kepada orang lain sepertimana diperlakukan oleh Nik Aziz yang Maha Hebat cuba mengatasi kuasa Allah s.w.t. itu....Dia sendiri pun belum tentu masuk syurga, ada hati nak bagi syurga dan neraka pada orang, setakat bercakap macam orang kurang akal bolehlah.Setakat yang penulis tahu, hanya DAJAL sahaja yang akan menjanjikan syurga kepada pengikutnya serta neraka kepada orang yang menentangnya.
Dalam pada itu pula, Tan Sri Harussani Zakaria, Mufti Perak menegaskan syurga dijanjikan Allah hanya untuk mereka yang beriman dan bertakwa kepada-Nya.''Syurga itu hak Allah, malah belum tentu lagi mereka yang sembahyang diterima (pahalanya) sebab kena tengok dulu sembahyangnya betul atau tidak.''Apatah lagi jika ada dakwaan kata masuk parti ini baru dijanjikan syurga, itu lagi tidak betul, jangan kita mendahului Tuhan," katanya kepada Utusan Malaysia 17 Ogos 2009.
Mana lagi mufti-mufti negeri lain??? Sudah bisukah mulut mereka dari menegur penyelewengan agama yang gemar dilakukan oleh orang yang mengaku dirinya ulama di dalam PAS??? Sudah pekakkah mereka sehingga tidak mendengar apa yang dikatakan oleh Nik Aziz itu?Seharusnya mufti-mufti negeri lain pun lantang bersuara untuk menegur kepincangan dan penyelewengan yang dilakukan oleh mana-mana pihak terutamanya pihak yang menggunakan agama untuk kepentingan politik.
PAS ni memang sah satu parti yang menyebarkan ajaran sesat serta ajaran setan kerana pemimpinnya pun menghalalkan berkawan dengan syaitan.Mungkin pangkat Mursyidul Am PAS pun patut dikenali sebagai MurSHITul kerana ayat-ayat yang terkeluar dari mulut Nik Aziz pun semuanya tahi belaka...
Lain kali jadikan lagi buku SHIT sebagai kitab suci agama PAS....
Dipetik dari isuhot.
Sapa kata nikki ajis perlu bertaubat?? Dia kan maksum??? Dia kan boleh mengampun kesalahan org??? dia kan penentu syorga neraka seseorang????
BalasPadam