Sila jawab persoalan ini wahai DS Anwar Ibrahim!
Jangan jadi hipokrit..Sudah, lebih dari setahun saya tunggu untuk beri keterangan di Mahkamah. Kini beliau sedang cuba sedaya upaya untuk menafikan hak saya untuk memberi keterangan di Mahkamah serta mendapatkan perbicaraan yang adil.2hb September ini, Mahkamah Tinggi akan mendengar permohonan tertuduh(DS Anwar Ibrahim) iaitu permohonan untuk MENGUGURKAN PERTUDUHAN(Gugur Kes) beliau SEBELUM IA DIBICARAKAN.
Persoalan saya, apa bezanya tindakan beliau memfailkan permohonan itu dengan ISA(tahan 'tanpa bicara') yang dituduh kononnya zalim?Kes saya ini berbeza dengan kes yang lain kerana walaupun saya pengadu/mangsa, namun saya dicop seolah-oleh seperti OKT(Orang Kena Tuduh) dimata umum, OKT pula mangsa.Jika permohonan itu berjaya(kes gugur), tidakkah ia merupakan satu bentuk penganiayaan kepada saya selaku pengadu/saksi utama.
Pelbagai tohmahan, fitnah, maki hamun dan pelbagai lagi oleh jutaan manusia dilempar kerana tidak mempercayai saya. Tetapi apabila saya bersedia untuk memberi keterangan, masing-masing seperti cacing kepanasan.Walaupun perit menahan diri dari mendedahkan segala bukti yang ada, saya tetap bersabar kerana saya perlu menghormati Mahkamah.
Alhamdulillah, Allah melindungi saya daripada dijerat tertuduh yang sering mahu mengheret saya membicarakan ia di media(luar mahkamah), kerana akhirnya banyak tindakan beliau seperti tidak ''consistent'' dalam membuat kenyataan bakal menjerat dirinya kelak.Kepada Allah saya berdoa dan berserah..Yang HAK pasti BERDIRI, Yang BATIL pasti JATUH!
SAIFUL BUKHARI
PautanHow to Muzzle your critics, Special message for politicians by Tun Dr MahathirDSAI tidak layak bicara soal keadilanTerkilan.. Namun redha dan tetap hormati keputusanDolak-dalih yang tiada kesudahanKetua Peguambela Tertuduh Tarik DiriDetik-detik kebenaranMahkamah Diberitahu Anwar Tidak Berada Di Tempat Kejadian - BernamaMenegakkan benang yang basahPenipuan ''Sakit Belakang'' DSAIPenipuan Imam Ramlang PorigiWARKAH untuk DSAI dari seluruh rakyat Malaysia
Dipetik dari Blog MohdSaifulbukhari
Tengok muka dia pun dah macam gangster jer juburi ni
BalasPadamjgn trlalu yakin.lihat diri sendiri.tuhan maha mengetahui.kalau anda berperibadi mulia patutkah anda kutuk2 sesama islam sblm sesuatu keputusan perbicaraan di buat.jd pk2kan lah.andai kita marah seseorang kita harus bersabar kerana Allah bersama org2 yg sabar.bkn asik menghina dan mencaci tak tentu fasal.t.kasih
BalasPadam