PEMUDA PAS sudah haru. Kalau Mursyidul Amnya dah buat kenyataan orang UMNO tak boleh masuk syurga, kini Pemuda PAS pulak kata Menteri Besar tak boleh pergi masjid.Pagi tadi Pemuda PAS buat laporan kepada Jabatan Agama Islam Perak membantah Dr Zambry bagi tazkirah di masjid.Kononnya jika pergi masjid, bermakna masjid akan dipolitikkan. Pemuda PAS, setelah parti itu selama ini menghina institusi Raja Melayu Perak, menggunakan alasan kononnya DYTM Raja Muda melarang orang politik guna masjid.
Ini berkaitan dengan program Dr Zambry ke masjid Pengkalan Pegoh pada 17 Ogos lepas. Dr Zambry dijemput oleh jawatankuasa masjid untuk beri takirah mengenai puasa dan Ramadhan.Yang lebih menghairankan bila Nizar “lilin” Jamaludin pergi masjid buat ceramah agama sampai rampas mikrofon dan paksa orang dengar ceramahnya, tak pulak salah.
Inilah antara bukti yang PAS mengamalkan dasar double standard dan semangat assabiyah atau berpuak-puakkan. Kalau puak PAS buat semua betul termasuk menghalalkan DAP menghina Islam. Kalau UMNO, nak pergi masjid pun tak boleh. Kalau kita terima logik PAS ertinya Menteri Besar tidak boleh pergi masjid.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan