Isnin, Ogos 03, 2009

Ronnie Liu Lagi!!


Ini insiden terbaru, berlaku di shah alam ibu negeri selangor. ahli parlimennya adalah khalid gereja samad, adun batu tiga rodziah ismail dan adun kota anggerik yakop sapari. 3 mangkok pakatan ini adalah melayu dan beragama islam.


di shah alam majoriti penduduknya adalah melayu. istimewanya shah alam dibandingkan dengan ibu negeri lain adalah shah alam tiada punyai panggung wayang,rumah urut dan judi ekor. itu cerita dahulu sebelum pilihanraya mac 2008.2 hari lepas iaitu pada hari rabu telah berlaku insiden yang boleh dikategorikan sebagai kurang ajar.



ronnie liu selaku exco PBT selangor telah menggertak dan menghentak meja pada mesyuarat tergempar majlis bandaraya shah alam. kerana apa ? kerana membantah tindakan penguatkuasa mbsa merampas berkaton tin minuman keras seperti guiness,anchor dll yang dijual berleluasa di bandar shah alam.



ceritanya bermula begini. pada bulan april tahun 2009, mesyuarat jabatan penguatkuasa mbsa telah MELULUSKAN SATU RESOLUSI UNTUK MELARANG PENJUALAN ARAK DI SHAH ALAM. lokasi larangan ini berkuatkuasa bermula di seksyen 1 hingga ke seksyen 24 shah alam. kawasan ini menjadi lokasi penguatkuasaan kerana majoriti permastautinnya adalah berbangsa melayu.



penguatkuasaan penjualan arak ini berlangsung baik hinggalah berlaku satu peristiwa, ia terjadi pada hari rabu yang lepas. satu serbuan telah dilakukan oleh pegawai penguatkuasa mbsa di sebuah kedai 7-11 di jalan liku seksyen 8 shah alam. satu rampasan besar arak telah dilakukan oleh penguatkuasa mbsa. arak-arak yang berjenama telah dirampas. petugas penguatkuasa ini hanya menjalankan tanggungjawap dan mereka tidak mahu melihat penjualan arak yang tidak dbendung ini dijalankan secara terbuka dan berleluasa. ketegasan mereka harus dipuji..sehinggalah berlaku satu kejadian biadap pada hari ini.



ronnie liu, kepala samseng yang menjawat jawatan exco pbt telah hadir di pejabat mbsa shah alam. dia telah mengetuai mensyuarat adhoc, yang membincangkan aduan pemilik kedai 7-11 terhadap rampasan arak yang dilakukan.ronnie liu dengan angkuh mengarahkan kesemua arak yang dirampas dipulangkan semula dengan seberapa segera. 'saya ronnie liu, exco pbt lu tara kenal sama saya ka'! sambil menghentak meja tanda angkuh. pegawai penguatkuasa menggelengkan kepala.



sikap biadap ronnie telah diadukan kepada beberapa orang ahli majlis pakatan berbangsa melayu, namun mereka telah melarikan diri tatkala diminta pertolongan.sebentar tadi kabarnya arak-arak tersebut telah dipulangkan semula kepada pekedai, walaupun rampasan tersebut telah memenuhi syarat dan keputusan larangan penjualan arak secara terbuka.khalid gereja samad ahli parlimen pas, adun kota anggerik yakop sapari bekas ahli ABIM dan adun batu tiga rodziah ismail bekas ahli wanita JIM.



kenapa mereka diam ? mana pergi janji-janji 'memperjuangkan islam' seperti yang pernah kamu lalak kan dahulu ? hipokrit atau bingai wahai YB pakatan ? kamu tidak akan kami (gap) lepaskan...kamu harus bertanggungjawap menyokong keputusan mesyuarat yang telah diluluskan, apakah kamu lebih takutkan ronnie daripada tuhanmu wahai (YB yang bingai) ! bantahan penduduk melayu shah alam semakin memuncak,protes semakin kuat !



kita akan saksikan selepas ini samada 3 YB mangkok hayun ini bersetuju dengan bantahan orang melayu atau tunduk an to'at kepada dap ronnie liu !?


Dipetik dari blog GAP

Tiada ulasan:

Catat Ulasan