Rabu, Ogos 26, 2009

BN Tewas Lagi!!

PAS berjaya mengekalkan kerusi N11 Permatang Pasir di Pulau Pinang malam tadi menerusi Mohd Salleh Man dengan majoriti 4,551 dengan menewaskan wakil BN dari UMNO Rohaizat Othman.

Keputusan diumumkan di Dewan Besar IKBN Berapit lebih kurang jam 7.31 mlm td. Mohd Salleh memperoleh 9,618 undi berbanding Rohaizat yang mendapat 5,067 undi dengan 83 undi rosak. Peratus mengundi kali ini ialah 73.1 peratus, merosot daripada 82.57 peratus pada pilihan raya umum lalu. Undi majoriti yang dimenangi Pas kali ini bagaimanapun merosot berbanding 5,433 undi pada pilihan raya umum lalu.


Seramai 14,768 daripada 20,290 pemilih keluar mengundi di lapan pusat mengundi yang dibuka dari jam 8 pagi hingga 5 petang. Ini kemenangan pertama Mohd Salleh yang juga Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang selepas tewas dalam enam pilihan raya umum sebelum ini. Berikutan kemenangan itu, Mohd Salleh dijangka dilantik sebagai Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (Maipp) apabila tempoh pelantikan Yang Dipertua sekarang, Shabudin Yahaya berakhir pada 31 Disember depan. Minggu lalu, kerajaan negeri menyatakan persetujuan mencadangkan Mohd Salleh memegang jawatan itu.



Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman dari Pas akibat sakit jantung kepada 31 Julai lalu. Allahyarham yang mewakili DUN itu sejak 1999, adalah wakil tunggal Pas dalam DUN kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang.


Dan dijangka mungkin Salleh Man akan dilantik sebagai Yang Dipertua Majlis Agam Islam Pulau Pinang (MAIPP) menggantikan Shabudin Yahya. Ini bermakna PAS mengekalkan satu - satunya kerusi mereka di Pulau Pinang.


Sebelum ini Datuk Mohd. Hamdam sendiri tidak dilantik sebagai Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan mungkin perlantikan Salleh Man itu nanti sedikit sebanyak dapat mengubat kekecewaan PAS.


Walaupun pilihanraya kecil kali ini menyaksikan berbagai tohmahan dan isu yang dibawa tetapi pengundi Permatang Pasir tetap dengan pilihan mereka. Bermula dengan isu Rohaizat di tuduh pecah amanah dan berkawen dua dan begitu juga dengan Salleh Man yang dituduh menggelapkan wang PRK Permatang Pauh RM60,000 namun ianya tetap dipilih oleh pengundi.

Namun itulah yang wajar kita hormati. Keputusan telah dibuat dan nyata.


BN atau UMNO sendiri perlu merangka strategi ampuh selepas ini jika mahu kembali memenangi hati dan undi rakyat atau rakyat sendiri perlu mengubah persepsi dan tanggapan mereka terhadap BN/UMNO itu sendiri. Faktor lain seperti kekerapan pilihanraya kecil juga menyumbang terhadap kemerosotan jumlah keluar mengundi kali ini.


Tiada apa yang perlu ditangiskan. Kerja perlu diteruskan dan kekalahan ini tidak perlu diratapi sebaliknya perlulah kita muhasabah diri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan