Terlebih dahulu penulis ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada mereka yang telah menyertai demontrasi GMI pada1 Ogos yang lalu. Tidak lupa kepada mereka yang ditahan seramai 500 orang lebih, tahniah dan syabas juga.
Dalam masa yang sama, penulis menghulurkan rasa kesian dan padan muka kepada mereka² yang tersangkut dlm kesesakan lalu lintas pada Sabtu lalu, mereka yang terpaksa berkurung di kompleks pertama dan mereka yang berhajat nak ke pusat bandaraya KL pada Sabtu lalu kerana disebabkan demontrasi GMO kelmarin anda terpaksa bersusah payah. Dan tak lupa kepada peniaga yang terpaksa menutup premis perniagaan mereka sabtu lalu.
Inilah kesan dan hasilnya apabila politik fitnah dan agenda peribadi dijadikan sebagai peluru untuk menghemtan kerajaan. Politik adalah persepsi yang mana adakalanya persepsi itu boleh dicipta dan direka secara negatif.
Sebilangan rakyat digerakkan dan dikerah untuk menjayakan agenda licik ini dan tumpuan terhadap isu sebenar telah terhakis. Mereka yang terpengaruh ini majoritinya adalah dari kalangan orang Islam/Melayu sendiri. Agama pula ditolak tepi kerana mereka merasakan tindakan demontrasi ini adalah perlu kerana kerajaan BN yang ada pada hari ini tersangat "ZALIM". Zalim kerana telah menangkap penjenayah atau anasir yang boleh menganggu kedaulatan dan keamanan negara ini dan diletakkan di bawah ISA (Internal Security Act) dan kerana itulah mereka berduyun-duyun, berbondong - bondong datang ke KL untuk berdemontrasi bagi Gerakan Mansuh ISA (GMI).
Ada yang berserban, menutup muka, bertudung labuh, memakai topeng. Memalukan. Perempuan Islam yang bertudung labuh turut sama berdemontrasi. Mungkin inilah yang ajaran Islam yang dituntut oleh Allah pada fahaman mereka.
Unit AMAL PAS pula kini semakin berani dan seolah merekalah polis dan barisan depan didalam PAS dan pada demontrasi kelmarin.
Yang memalukan, perusuh adalah orang Melayu/Islam dan pihak berkuasa pula majoritinya adalah Melayu/Islam. Inilah yang paling memalukan. Inilah nilai Islam yang diterapkan kepada mereka.
MUngkin sudah terlalu banyak isu ini diulas dimana-mana blog mahupun forum dan surat khabar.
Kepada mereka yang diluar sana, berfikirlah secara waras dan berakal. Jangan semudah itu dijadikan kambing hitam dan alat semata - mata memperjuangkan agenda politik individu tertentu dan semata untuk mengalihkan pandangan umum terhadap isu sebenar.
Jangan Jadi Soh Chai!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan