Isnin, Ogos 03, 2009

Politik Fitnah!!

Pertama sekali di ucapkan Jutaan Tahniah dan Terima Kasih kepada Pasukan Keselamatan PDRM di atas Kejayaan mengawal keadaan Rusuhan semalam, Syabas
Negara akan musnah sekiranya Politik Fitnah terus di biarkan Berleluasa, Politik Fitnah Mengancam Keselamatan Negara dan Rakyat seluruhnya, Malah Pemerintah hatta Kedaulatan Islam yang di jaga Oleh Institusi Raja Berpelembagaan (Ulil-Amri) juga akan turut sama di tumbangkan oleh Politik Fitnah yang kini menjadi semakin Membimbangkan


Daripada peristiwa Rusuhan semalam mendesak ISA dimansuhkan jelas di Dalangi oleh beberapa Ahli Politik Pembangkang, Peserta Perhimpunan pula terdiri dari 99% Kaum Melayu kebanyakkannya Generasi Muda, Walaupun ISA telah ada sebelum Bapa/Ayah mereka lahir lagi tetapi atas sikap “percaya pada fitnah” dan sombong diri Generasi muda berani “Kurang Ajar” dan Tidak Menghormati Generasi Tua





Lebih membimbangkan terdapat “Kuasa” Polis dan Tentera yang baru apabila PAS Menggerakkan Unit AMAL mereka untuk membuat kekacauan dalam kejadian tersebut, ianya bagai memberikan bukti bahawa hasil Politik Fitnah yang di mainkan Pembangkang bukan sahaja mahu memansuhkan ISA tetapi ia juga mahu Memansuhkan Pasukan Polis (PDRM) Politik Fitnah terlalu Merbahaya dan Ianya adalah sesuatu yang dapat Memusnahkan Keamanan dan Keselamatan Rakyat dan Negara, Akta Keselamatan Dalam Negeri ISA telah lama Menyelamatkan Negara dari Ancaman Politik Fitnah dan Hasutan Jahat dari Ahli Politik Jahat yang bijak Mencipta Fitnah dan Menghasut Rakyat





Contohnya Parti Komunis Malaysia PKM melalui Setiausahanya Chin Peng, PKM bukan sahaja Menyebarkan Ideologi Komunis (tak beragama atau Percaya Tuhan) dengan cara Perang Bersenjata Memaksa Rakyat mengikut Ideologi Komunis dengan Paksaan malah Ideologi Komunis juga di Sebarkan melalui Poliktik sebagaimana Parti Komunis Malaya PKM di wujudkan !!!





ISA adalah langkah Terbaik bagi menghalang Politik Fitnah yang menjadi Ancaman Keselamatan Rakyat dan Negara, Malangnya petanda awal arena politik menunjukkan ISA mungkin akan mengalami nasib yang sama dengan PPSMI,
Samaada di sedari atau tidak Kerajaan BN agak “LUPA” bahawa Agenda di sebalik Mansuhkan ISA tersebut adalah Menjatuhkan Institusi Raja Berpelembagaan dan Pasukan Di Raja terutama Pasukan Keselamatan seperti Polis Di Raja Malaysia (PDRM), Renjimen Askar Melayu Di Raja(RAMD), Tentera Udara Di Raja Malaysia (TUDM) Tentera Laut Di Raja Malaysia (TLDM) dan lain-lain lagi Agensi Kerajaan Di Raja





Ramai yang tak sedar bermula Krisis Politik Perak lagi Agenda Menjatuhkan Institusi Raja Berpelembagaan dan Kaum Melayu dan Kedaulatan Islam sudah Berjalan, ini dapat di buktikan apabila Kenyataan Terbuka “sembah derhaka” bekas MB Perak Nizar sebenarnya melanggar Rukun Negara dan beliau serta kebanyakkan Pemimpin dan penyokong Pembangkang boleh di kenakan Tindakan ISA !!!




Rukun Negara
Kepercayaan kepada Tuhan
Kesetiaan kepada Raja dan Negara
Keluhuran Perlembagaan
Kedaulatan Undang-undang
Kesopanan dan Kesusilaan





Daripada kenyataan “sembah derhaka” sahaja Dato Nizar dan Barisan Pemimpin dan Penyokong Pembangkang yang sampai sekarang mendesak “bubar DUN” boleh di kenakan Tindakan Tegas undang-undang ISA kerana Melanggar Rukun Negara Kesetiaan Kepada Raja dan Negara dan Kesopanan dan Kesusilaan Di mana Kebawah DYMM Sultan Perak lebih Berusia dan perlu di Hormati oleh generasi muda





Malangnya tiada tindakan Tegas seperti ISA (Kemunting ISA di Perak) menyebabkan Pihak Pembangkang lebih Ganas Menyerang kerajaan dan Institusi Raja Berpelembagaan dengan Berbagai Fitnah dan Maki hamun hinggakan terdapat mereka Yang Berani Memaki Hamun DYMM Sultan Perak di laman web kerana Hukumannya hanya Denda atau terlepas begitu sahaja




Dipetik dari mykmu.net

Tiada ulasan:

Catat Ulasan