Isnin, Ogos 17, 2009

DAP = Denmark. DAP Disokong Oleh PAS!!


Sedutan bantah penghinaan nabi oleh akhbar Denmark satu ketika dulu ( baca lanjut ) :1) Lebih 8,000 orang berarak, menyertai perhimpunan aman di hadapan Kedutaan Denmark di sini hari ini, mendesak pihak akhbar dan kerajaan Denmark serta sekutunya memohon maaf secara terbuka kepada umat Islam di atas kebiadapan akhbar Jyllands Posten yang memulakan penyiaran karikatur menghina Rasulullah s.a.w.


Demonstrasi aman yang diketuai Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang bermula di Masjid Kampung Baru setelah selesai menunaikan solat Jumaat.


Selamatkan Perak : Sanggup berarak tengah panas kalau Islam dihina, tp DAP hina ? biarlah, diorang bukan tau apa pun .. kata nik ajis


2) Menurut beliau, walaupun akhbar mempunyai kebebasan tetapi kebebasan itu sudah pasti mempunyai hadnya dan umat Islam tetap menyanjung kebebasan.Selamatkan Perak : Kebebasan DAP tiada had? Kerana apa? DAP kelik ambo ..


3) “Jika kerajaan dan akhbar Denmark tidak menarik balik penghinaan itu kami umat Islam di sini akan meneruskan bantahan setiap minggu sehingga pihak terlibat meminta maaf secara terbuka kepada umat Islam,” kata Mohamad Sabu disambut dengan laungan takbir.Selamatkan Perak : DAP hina Islam, bukan sahaja tiada bantahan, malah diputarbelitkan pula nik ajis sampai orang Islam sendiri keliru.


4) “Jangan hanya bisu seribu bahasa, kami umat Islam sanggup mati kerana mempertahankan ketinggian martabat Rasulullah,” kata Salahuddin Ayub.Selamatkan Perak : DAP hina Islam - baik kami diam saja, nanti cakap banyak-banyak tak dapat pulak sumbat Nizar jadi MB.



Sorotan kata-kata pemimpin PAS diatas umpama cakap tak serupa bikin, bila orang lain hina, meluap-luap marahnya deme, sampai cabut ketayap atas kepala.Tapi bila DAP hina, laju je deme PEGANG LILIN kononnya kang kalau tak pegang, kempunan Nizar nak jadi MB lagi.



Kesimpulannya, apakah bezanya DAP ni dengan akhbar Denmark yang kome marah-marah sangat dulu?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan