Tindakan kerana tidak puas hati kerajaan negeri tangani isu bukan Melayu
ALOR SETAR: DAP Kedah semalam memutuskan keluar daripada Pakatan Rakyat negeri selepas tidak berpuas hati dengan cara kerajaan negeri pimpinan Pas menangani isu rakyat, khususnya bukan Melayu. Pengerusi DAP Kedah/Perlis, Thomas Su, berkata keputusan itu dibuat pada mesyuarat tergempar dihadiri pemimpin DAP Kedah di pejabat parti itu di sini, selepas protes menghalang perobohan rumah pemotongan babi di Kampung Berjaya oleh Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) gagal dan tidak mendapat perhatian sewajarnya. Katanya, keputusan sebulat suara itu dibuat berikutan rasa tidak puas hati DAP terhadap tindakan MBAS meroboh rumah pemotongan babi itu, semalam, selain isu lain yang tidak diselesaikan walaupun sudah berlarutan sekian lama.
"Kami mengenal pasti beberapa isu yang tidak diberi perhatian oleh kerajaan negeri, antaranya isu 50 peratus kuota milikan hartanah Bumiputera dan isu meroboh kuil serta tokong di Jalan Pegawai dan Tanjung Bendahara yang dalam pengetahuan kami sudah diluluskan MBAS. "Kemuncaknya apabila isu rumah pemotongan babi tidak dibangkitkan oleh Exco Kerajaan Negeri, Datuk Phahrolrazi Zawawi pada mesyuarat ahli majlis mesyuarat negeri hari ini (semalam) walaupun beliau bersetuju berbuat demikian. "Berikutan itu, wakil DAP dalam kerajaan negeri, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Darul Aman, Lee Guan Aik tidak menyertai mana-mana pihak," katanya di sini, semalam.
Kedah mempunyai 36 kerusi DUN yang mana 16 adalah milik Pas, 14 Barisan Nasional (BN), lima Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan satu DAP. Su berkata, keputusan itu akan dimaklumkan secara rasmi kepada DAP Pusat. "Kita serahkan kepada DAP Pusat untuk menentukannya, tetapi pendirian kami ialah DAP Kedah keluar Pakatan Rakyat negeri ini kerana tidak mendapat layanan sewajarnya terutama dalam isu membabitkan kaum minoriti yang menyukarkan perjuangan kami untuk rakyat. "Ia juga berdasarkan kepada tindak tanduk kerajaan negeri yang tidak selari dengan polisi Pakatan Rakyat," katanya.
Sementara itu, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, menyerahkan perkara itu kepada DAP, Pas dan Pakatan Rakyat Pusat untuk menentukannya. Katanya, DAP Kedah tidak sepatutnya memutarbelitkan isu dan mengaburi mata rakyat untuk menutup kelemahan mereka. "Saya tidak pernah mengarahkan penangguhan sebulan keputusan merobohkan rumah pemotongan babi itu. "Tempoh penangguhan itu diminta oleh DAP dan saya meminta mereka mencari tapak baru, tetapi selepas sebulan tidak ada apa-apa dan sekarang mereka hendak keluar... keluarlah jika DAP Kedah mengatasi DAP Pusat," katanya.
_____________________________________________________________________
Tahniah Ustad Azizan kerana tidak berkompromi dalam perkara ini. Lantaklah DAP Kedah nak keluar PR. Kalau dia nk keluar dari Malaysia ni pun apa salahnya.
Ini menunjukkan satu pendirian tegas MB Kedah terhadap isu yang agak sensitif ini. Tidak perlu menunggu sampai terjadi seperti di Melaka. Sapa yang makan babi dia yang patut cari penyelesaiannya.
Tahniah Ustad Azizan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan