Khamis, Julai 02, 2009

Peguam Pembangkang!!

Sementelah cuti yang panjang ini, penulis sempat membaca tulisan di beberapa blog rakan² bloggers dan yang paling menarik minat penulis ialah blog peguam UMNO; Datuk Hafarizam Harun http://puu-umno.blogspot.com/.
Datuk Hafarizam telah menerima satu email dari seorang individu yang dirahsiakan namanya mengenai beberapa syarikat guaman yang mendapat manfaat dan faedah dari Kerajaan BN dan syarikat² GLC. Padahal dalam masa yang sama, mereka² inilah yang telah banyak menghentam dan memberi perkhidmatan percuma (pro bono) kepada pembangkang.
Dan ada komen dikalangan pembaca yang mengatakan, isu ini sama seperti pengundi UMNO di Kelantan dan Kedah mahupun di Penang. Mereka turut mendapat manfaat di negeri² tersebut.
Pada hemat penulis, isu ini amat berbeza dengan keadaan pengundi di negeri² tersebut. Yang mana mereka tentunya perlu mencari rezki dan negeri tersebut sebagai anak negeri. Berbeza dengan Kelantan yang mengeksport penduduknya keluar.
Peguam² inilah yang banyak mengeksploitasi undang-undang dan mengkritik serta menghentam kerajaan BN sekarang. Perkara ini perlu diberi perhatian yang serius terutamanya oleh GLC dan kerajaan. Biar mereka mendapat kerja dan dari negeri² pakatan rakyat dan pembangkang. Tidak perlu diberi ruang dan peluang kepada mereka di dalam GLC mahupun di negeri yang dikuasai BN.
Antara syarikat guaman yang dimaksudkan ialah:
1. Ranjit Singh of Ranjit Ooi & Robert Loh and getting work/fees from Ambank
2. Edmund Bon of Chooi & Co. and getting work/fees from OCBC, ING Merchant
3. Chan Kok Keong of Chan & Associates and getting work/fees from Perwira Affin Bank &CIMB
4. Tommy Thomas of Tommy Thomas and getting work/fees from CIMB, Bank
Islam,Petronas, BP International Finance, Dana Harta, Kerajaan Negeri Terenganu
5. Philip Koh of Mah Kamariah & Philip Koh and getting work/fees from AmBank, Affin Citibank,
RHB, Petronas and IOI Properties
6. Leong Cheok Keng of Leong & Tan and getting work/fees from BSN
p/s: Diulas dari blog Penasihat Undang² UMNO; Datuk Hafarizam Husin http://puu-umno.blogspot.com/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan