Rabu, Julai 29, 2009

Pemimpin Parti Islam Yang Jahil!!

"Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada masa ini bukan lagi undang-undang keselamatan negara sebaliknya menjadi undang-undang keselamatan kepada tokoh dan pemimpin parti yang memerintah." - Presiden PAS, TG Hj. Hadi Awang.

Benarkah begitu? Apakah ISA itu adalah sebagaimana yang didakwa oleh Presiden PAS ini? Bagaimana pula dengan Mas Selamat yang dipercayai salah seorang anggota JI? Apakah dia juga "tokoh" atau "pemimpin parti pemerintah"? Bagaimana pula dengan ancaman bersenjata seperti Komunis? Bagaimana pula dengan Al-Maunah yang merampas senjata di sebuah kem tentera di Bukit Jenalek, Sauk, Perak pada tahun 2000?

Begitu juga dengan gerakan Kumpulan Militan Malaysia (KMM) berikutan penangkapan bebarapa orang ahlinya yang diketuai oleh Nik Adli Nik Abdul Aziz, anak Mursyidul Am PAS. KMM adalah gerakan bawah tanah (subversif) yang mendapat latihan ketenteraan di Afghanistan. Bukankah mereka didapati melakukan aktiviti yang mampu mengganggu gugat keamanan dan keselamatan nagara? Takkanlah pihak MIO suka-suka tangkap orang?

Bagaimana pula dengan serangan ke atas balai polis di Guar Chempedak untuk merampas senjata api suatu masa dahulu. Bagaimanapun percubaan ini dapat dipatahkan oleh pihak berkuasa. Jika tidak dibendung oleh kerjaan melalui ISA, tidakkah akan membahayakan keadaan penduduk setempat? Selamatkah jika hanya ditangkap dan dibicarakan? Bagaimana pula dengan ideologi mereka?



Pernah satu ketika dahulu, seorang lelaki bernama Adnan yang "berlakon" sebagai seorang peniaga minyak wangi yang kononnya lemah lembut, berbudi bahasa dan berperwatakan mulia. Dia ditembak oleh seorang pengawal keselamatan Southern Bank di Jalan Gasing, Petaling Jaya ketika dia bersama tiga rakan lain cuba merompak bank itu dengan bersenjatakan pistol. Adnan bersama rakannya dipercayai terlibat dengan gerakan militan. Apakah mereka ini juga jika di"ISA"kan bertujuan untuk "menyelamatkan" tokoh BN dan pemimpin parti yang memerintah?


Biasalah. Bila sudah "berkawan" dengan "syaitan-syaitan" yang pernah ditahan ISA ketika "operasi lalang" dahulu, mereka pun dah nak jadi lalang! Sedangkan Presiden PAS sendiri sedar bahawa ISA itu adalah satu "keperluan" untuk sebuah negara berbilang kaum dan agama ini. Pastinya ISA mahu dihapuskan oleh DAP dan PKR supaya mereka senang merusuh dan memberontak untuk membatalkan hak-hak istimewa Islam. Melayu dan bumiputera. Tentunya senang mereka membuat huru-hara apabila mereka menyentuh isu-isu sensitif seperti "kontrak sosial", "jus soli" dan Ketuanan Institusi Kesultanan Melayu di Malaysia!



Begitulah singkatnya pemikiran pihak pembangkang! Menghebahkan bahawa Kerajaan Barisan Nasional ini "zalim", sedangkan mereka sendiri sedang merancang untuk menzalimi Islam, anak bangsa mereka sendiri dan tanahair yang dikongsi bersama ini. Kononnya perjuangan mereka adalah demi rakyat, padahal mereka akan "menjual" kehidupan dan keharmonian rakyat Malaysia yang sudah sekian lama dipupuk oleh Barisan Nasional.



Itulah agenda sebenar Pakatan Rakyat. Pakatan Rakyat? Ini bukan "Pakatan Rakyat", ini "Perosak Rakyat" namanya! Sedarlah rakyat Malaysia!
Dipetik dari mykmu.net

Tiada ulasan:

Catat Ulasan