Rabu, Julai 01, 2009

PARTI TAK TAHU!!


PAS kerap kali berangan-angan ingin mengambil alih tampuk pemerintahan negara dari mandat yang sekarang ini dipikul oleh Barisan Nasional. Walaupun mereka sedar peluang itu sukar sehingga sanggup berkompromi dengan DAP dan PKR, cita-cita tersebut tak pernah padam mungkin sehingga Nik Aziz "padam"!Sebagai satu parti yang bercita-cita besar, keupayaan mereka dalam berkomunikasi sesama sendiri perlulah mempunyai kesatuan tanpa kerahsiaan. Namun begitu, PAS tidak mempunyai ciri-ciri seperti ini untuk menggambarkan cita-cita besar mereka. Ditambah pula dengan sikap Nik Aziz yang semakin mengalami sindrom berlagak sombong sejak akhir-akhir ini.



Kita dapat lihat sejak kebelakangan ini, beberapa tindakan luar dugaan telah dilakukan oleh beberapa pemimpin-pemimpin terkenal dan popular PAS. Apabila dipersoalkan semula kepada pimpinan yang lebih tinggi mengenai tindak-tanduk anak buah mereka, jawapan yang sering terkeluar dari mulut mereka adalah "TIDAK TAHU!".Kalau dalam sessi temuduga, jawapan "tidak tahu" ini bakal menyebabkan harapan untuk mendapat sesuatu pekerjaan tersebut akan gelap la jawabnya! Jawapan "tidak tahu" boleh menggambarkan seseorang itu memang tidak mengambil berat tentang perkembangan atau permasalahan yang timbul di dalam sesuatu organisasi.Sayangnya, inilah sikap PAS yang banyak dipertontonkan kepada masyarakat sekarang. Sebagai contoh mudah, apabila Ustaz Nash ditanya mengenai tindakan Nizar menjadi beruk sarkas di dalam Parlimen, jawapannya tidak tahu, kemudian muncul pula isu poster Haji Hadi yang dikatakan tidak akan dinaikkan di Manek Urai, Mahfuz juga mempunyai jawapan yang sama, tidak tahu menahu mengenai hal tersebut.



Tak cukup dengan kes tersebut, kemudian muncul balaci terbesar DSAI, Zaid Ibrahim yang dikatakan akan bertanding pula di PRK Bandar Tun Razak dan kononnya Tan Sri Khalid Ibrahim akan mengosongkan kerusi tersebut untuk tujuan tersebut. Eeee..berapa banyak "brahim" daaa..maka ditanya lah pada PAS dan Yang Dipertua PAS kawasan Bandar Tun Razak, Mohd Shukor Abdul Azz berkata beliau dan barisan kepemimpinan PAS kawasan tidak tahu dan tidak mempunyai maklumat mengenai perkara tersebut.Paling terhangat sekarang pula mengenai Nik Aziz yang beria-ia benar mahu berdebat dengan Perdana Menteri Malaysia, DS Najib mengenai masalah-masalah yang tersimpul dalam PAS.



Nik Aziz mula bongkak dengan beberapa kenyataan yang pernah dibuat sebelum ini dan dia kini mula berani mengorak satu langkah lagi ke hadapan untuk mencabar PM Malaysia untuk berdebat. Dan perkara ini sekali lagi dirujuk kepada Presiden PAS sendiri mengenai perangai huduh Mursyidul Amnya dan jawapan yang diperolehi telah dijangka, tidak tahu.



Oleh yang demikian, cuba kita simpulkan dari perkara-perkara di atas yang telah dicerminkan oleh PAS sebagai satu Parti yang dianggap mempunyai cita-cita yang amat besar di masa hadapan. Amat mendukacitakan sekali!PAS tertinggal ke belakang mengenai maklumat-maklumat mengenai hal-hal dalaman mereka sendiri. Pemimpin-pemimpin atasannya telah diabaikan dengan maklumat penting oleh sesetengah golongan yang menjadi kunci informasi. Malah, jika dapat dilihat secara lebih mendalam, PAS secara keseluruhannya tidak mempunyai jaringan komunikasi yang sempurna walaupun mereka berbangga mempunyai Blogger Network yang yang dikatakan amat hebat dalam menyampaikan maklumat!Jika sekalipun perkara-perkara tersebut menjadi kerahsiaan dalaman parti, sekurang-kurangnya berilah jawapan yang lebih meyakinkan kepada masyarakat.



Kalau dah semua jawapannya TIDAK TAHU, nampak sangat la PAS ni kena tinggal di belakang ataupun sengaja diorang tak bagi tahu!JADI, Apa yang PAS tahu sebenarnya? Mengutuk UMNO dan Barisan Nasional serta kerajaan Persekutuan, itu sajalah yang mereka tahu...



DES : Patutlah mereka ini sibuk mengutarakan isu dalam Parlimen sahaja tanpa cadangan, rupa-rupanya apa pun depa TAK TAHU!


Dipetik dari mykmu.net

Tiada ulasan:

Catat Ulasan