GEORGETOWN: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Permatang Pasir di Pulau Pinang, Datuk Hamdan Abdul Rahman meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur pagi ini kerana sakit jantung. Adun Pas itu dilaporkan menghembuskan nafas terakhir, kira-kira jam 6.30 pagi tadi. Permatang Pasir adalah satu daripada tiga Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Parlimen Permatang Pauh.
Dipetik dari Berita Harian Online.
P/s: Lepas ni setiap parti perlu buat saringan kesihatan kepada semua calon mereka. Kerana tahun ini sahaja kalo tidak silap 4 orang ADUN/MP telah meninggal dunia. Bukit Gantang, Batang Ai, Manek Urai & Permatang Pasir sendiri. Selain mempunyai pendidikan yang ok mereka perlulah seorang yang taraf kesihatannya baik. Tetapi itulah, manusia hanya merancang dan Allah yang sebaik - baik Perancang dan Penentu. Semoga roh mereka dicucuri rahmat. Amin..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan