Khamis, Julai 02, 2009

Kerajaan Penang Bidas HINDRAF.


GEORGETOWN: Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Pulau Pinang pimpinan DAP membidas Barisan Bertindak Hak-Hak Hindu (Hindraf) yang didakwa mengugut dan menuduh Ketua Menteri, Lim Guan Eng, bersifat perkauman berhubung isu Kampung Buah Pala. Kerajaan negeri juga menyifatkan pemimpin pertubuhan haram itu tidak mengenang budi kepada DAP yang berjuang untuk membebaskan lima pemimpin Hindraf yang ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri. Malah, kerajaan negeri juga mendakwa Pengerusi Hindraf, P Waythamoorthy, yang melarikan diri ke luar negara cuba mengambil kesempatan daripada isu itu dengan meminta kerajaan supaya tidak dikenakan tindakan apabila pulang ke tanah air.



Perkara itu dinyatakan pada sidang media bersama Timbalan Ketua Menteri II, Prof Dr P Ramasamy; Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Delima, RSN Rayer dan Adun Batu Uban, S Raveentharan di sini, semalam. "Sebelum ini, siapa yang berdepan dengan pemaju (Nusmetro Ventures (P) Sdn Bhd)? Kalau kita tidak buat sesuatu, pemaju sudah roboh rumah tahun lalu. Di mana Hindraf masa itu? "Jadi, jangan ugut dan berasakan kerajaan negeri lemah. Kita bertindak dan bersabar mencari jalan penyelesaian.



"Saya berada di sini, bukan di luar negara. Saya tidak minta tolong pihak yang anti-Malaysia. Saya di Malaysia, lawan dan buat di sini. Saya tidak berbohong dan tipu dengan lari ke luar negara, bersahabat dengan ejen untuk menjatuhkan Malaysia. Itu bukan kita (DAP)," kata Ramasamy. Ramasamy mengulas kenyataan Waythamoorthy yang menuduh Guan Eng sebagai bersifat perkauman. Waythamoorty dipetik sebagai berkata, kerajaan Pakatan Rakyat gagal memberi harapan dalam usaha mencari penyelesaian terhadap isu dihadapi penduduk Kampung Buah Pala. Penduduk sepatutnya mengosongkan rumah kerana pemaju akan merobohkannya hari ini, tetapi kerajaan negeri berjaya mendapat persetujuan pemaju supaya ditangguhkan selama sebulan.


Dipetik dari Berita Harian, 2 Julai 2009.

...........................................................................................................................................................................

Itulah HINDRAF. Sedangkan Kerajaan BN yang lepaskan mereka dari ISA pun diaorg kritik dan marah inikan pulak Kerajaan PR (DAP) di Penang.


HINDRAF ni tak ubah seperti melepaskan anjing yang tersepit. Tak perlu buat baik pun. Mereka mengambil kesempatan diatas isu yang kononnya merekalah pejuang tulen bagi kaum India.


Tetapi penulis tertarik dengan ayat Prof. Ramasamy " "Saya berada di sini, bukan di luar negara. Saya tidak minta tolong pihak yang anti-Malaysia. Saya di Malaysia, lawan dan buat di sini. Saya tidak berbohong dan tipu dengan lari ke luar negara, bersahabat dengan ejen untuk menjatuhkan Malaysia."

Pengerusi HINDRAF, Waythamoorthy patut merenung kata² tersebut. Ada benarnya.

Tetapi didalam hal ini di mana pula MIC?? Mana Samy Vellu?? Menyorok ke?? Atau sedang bercuti di India???

Tiada ulasan:

Catat Ulasan