Selasa, Julai 28, 2009

Demontrasi :: Sekadar Untuk Menutup Isu !!

Semakin hari, semakin ramai penyokong pembangkang yang diperbodohkan dan ada segelintir rakyat dipesongkan dari isu sebenar dan terpengaruh dengan strategi licik ini.

Maka, pada 1 hb. Ogos 2009 (Sabtu) ini, dikhabarkan satu Demontrasi Membantah ISA diadakan di Kuala Lumpur. Dianjurkan oleh Pakatan Rakyat dan beberapa NGO yang pro pembangkang. Kononnya demo ini besar juga skalanya. Jadi kepada mereka - mereka yang dah rancang nk g shopping kt KL ke..nk jenjalan area KL ke nk berdating ke pada Sabtu ni perlu berwaspada kerana ada golongan - golongan yang bodoh & pendek akal ini nk buat hal. Perkara - perkara macam ini yang menyusahkan orang lain. Disebabkan mereka - mereka yang kononnya pejuangan keadilan (padahal mereka sendiri belum tentu adil) ini telah di perbodohkan orang seorang pemimpin yang mmg sinonim dengan demontrasi ini, Anwar Berahim.




Walaupun, kononnya sekali lagi mereka berhimpun dengan aman, tetapi apabila skalanya terlalu ramai atau besar mana mungkin mereka dapat mengawal tingkah - laku masing². Jadi mencegah lebih elok dari mengubat pihak POLIS terpaksalah buat sekatan jalan raya, sembur air, FRU pn akan berbaris dan ini sebagai langkah pencegahan untuk mengelakkan dari terjadinya perkara yang lebih buruk akan berlaku. Lihat sahaja kesannya pada September 1999. Ini akan memberikan satu bentuk iklan yang tidak baik kepada negara Malaysia. Lagipun yang sibuk nak berdemo ni bukannya mewakili keseluruhan hasrat atau suara rakyat Malaysia. Jadi tidak perlulah dikatakan ini suara rakyat tetapi sebenarnya suara balaci-balaci yang telah menipu rakyat.



Demo ini tidak lebih dari untuk mengalihkan isu-isu besar dalam Pakatan Rakyat seperti kes yang paling utama, Kes Menjubo Anwar Berahim, Isu Pemecatan Ahli Majlis di Penang, kes kongsi gelap Ronnie Liu, Rasuah dan Penyelewengan ADUN DAP Selangor serta kes - kes mahupun isu - isu dalam pakatan pembangkang ini. Perhatian rakyat dan negara tentunya teralih seketika kepada demo anti ISA ini. Inilah strategi mereka dan dengan strategi inilah ramai yang sanggup berkorban wang ringgit, masa, tenaga dan kederat untuk berdemo dan sanggup ditembak dengan gas pemedih mata dan air dari FRU. Dari perspektif Islam, rasanya bukannya ini yang dituntut.

Mahaguru dalam hal ini tidak lain dan tidak juga bukan dan tidak boleh disangkal lagi, Anwar Berahim. Tentunya kita masih ingat ketika beliau menuntut di UM dahulu, apabila gerakan mahasiswa digerakkan untuk berdemo, masa pemecatan beliau dari kerajaan dulu pun berdemo dan demo sana, demo sini. INilah taukehnya..tetapi yang bestnya orang lain yang dia suruh berdemo sedangkan dia sendiri hilang dan lari entah ke mana.



Ingat, demontrasi ini cuma sekadar untuk mengalihkan isu - isu besar dalam Pakatan Pembangkang ini. Tidur sebantal tetapi mimpi lain - lain. Dan seperti yang sedia maklum, PAS dilacurkan oleh PKR dan DAP. PAS tidak ubah seperti PONDAN Siam yang dijaja oleh PKR dan DAP. PAS kini bukanlah PAS yang kita kenali dulu.



Sebagai rakyat yang waras dan cukup akal, janganlah mudah terpengaruh mahupun menjadi fanatik. Tidak perlu untuk berdemontrasi mahupun berkonfrontasi kerana Islam sendiri tidak menuntut umatnya ke arah ini. Dan kononnya lagi, sebagai parti yang berteraskan Islam kenapa PAS sendiri tidak melarang ahli nya menyertai demo ini?? Mudah bukan. Mereka sibuk mengisahkan yang orang lain tidak Islamik dan tidak Islam seperti mereka walhal dalam masa yang sama mereka sendiri yang memberikan persepsi yang buruk terhadap ajaran Islam. Islam bagi mereka ialah islam yang dipolitikkan dan islam yang diambil sekerat sekerat. Halal bagi mereka dan haram bagi orang lain.


Sekali lagi ditegaskan, tidak perlu untuk pergi berdemontrasi Sabtu ini. Banyak yang negatif dari positif. Jangan menyusahkan orang lain yang tidak ada kena mengena dalam hal ini. Berfikiran waras dan logik lah. Jangan mudah diracuni fikiran dan minda anda semata mata kerana seorang individu yang rakus untuk berkuasa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan