Isnin, Mei 25, 2009

AGS 10








Akhirnya..kenderaan rasmi Menteri Besar Perak sebelum ini, Toyota Camry AGS 10 telah selamat dipulangkan oleh bekas MB.. Penulis sempat ke Pejabat SUK Perak untuk merakam beberapa keping gambar AGS 10 untuk tatapan semua.
Inilah kesudahannya. Setelah hampir 3 bulan, BN menguasai Perak baru semalam kenderaan berkenaan di pulangkan oleh Nizar.
Mungkin beliau akur akan keputusan mahkamah rayuan kelmarin. Tiada lagi dakwa dakwi walaupun di pihak pembangkan heboh menyatakan keputusan ini telah diduga..hakim menyebelahi BN dan sistem kehakiman negara semakin rapuh..tetapi itulah hakikat dan ketentuan Allah..
Sebagai umat Islam, kita wajib percaya kepada Rukun Iman yang ke enam, Percaya Kepada Qada' & Qadar. Ini satu hikmah kepada BN mahpun PAS dan Pakatan Rakyat.
Kalau kita semua ingat, DSAI selepas menewaskan Tun Ghafar Baba pada pemilihan TImbalan Presiden UMNO selalu membacakan ayat al quran yang berbunyi, Manusia itu merancang dan Allah juga Maha Merancang Tetapi Allah sehebat - hebat Perancang. Dan kini, sepatutnya DSAI kembali kepada ayat tersebut. Sesungghnya kesemua yang terjadi ini ialah ketentuanNya.

::Daulat Tuanku::

1 ulasan:

  1. TAK PULANGKAN KOME MELALAK,DAH DI PULANGKAN PUN KOME MELALAK.KOME TAU TAK PERANGAI BEBUDAK MACAM MANA?SELAGI UMNO BERKUASA HAK ORANG LAIN KOME TETAP NAFIKAN.KOME TU KALAU NAK MENANG SANGGUP BUAT APE AJE MAKA ELOK LER PULANGKAN KETE TU.

    BalasPadam