Isnin, Mei 04, 2009

Dari Penulis!!

Maaf kerana agak lama tidak menulis. Kesibukan kerja di pejabat membataskan ruang masa untuk berkongsi cerita dengan semua.

Lepas balik dari Bukit Gantang , penulis fokus kepada kerja² di pejabat.

Sejak dari itu, berbagai - bagai isu atau cerita kedengaran. Elizabeth Wong kembali menjadi ADUN Bukit Lanjan dan Exco Kerajaan Selangor, Mohd. Fairus TKM 1 Pulau Pinang di siasat SPRM dan meletak jawatan sebagai ADUN Penanti. Kisah DUN Perak dan bermacam lagi. Tidak lupa lantikan dan mesyuarat MT UMNO yang pertama. Tahniah kepada yang dilantik dan tidak lupa, sayap kanan UMNO iaitu PEMUDA yang telah menamakan kesemua Ketua PEMUDA UMNO Negeri.

Penulis akan kembali menulis dan mengulas beberapa perkara setelah kesibukan tugas ini berkurangan. Perjuangan masih diteruskan.

Salam Perjuangan!!!

1 ulasan:

  1. Dulu Pakatan Rakyat tuduh BN gunakan pengundi hantu untuk menang dalam pilihan raya. Sekarang ini mereka tuduh BN gunakan bomoh pula untuk bersidang dalam dewan. Memang Pakatan Rakyat mahir membuat cerita. Kalau hendak sedap lagi cerita, mereka mungkin akan minta wartawan asing tolong tambah cerita.

    BalasPadam