Rabu, Mei 27, 2009

Nizar Kecut Telor??

APABILA bekas Menteri Besar Perak Nizar Jamaluddin, yang sedang mogok lapar 6-jam sehari, menarik diri dari bertanding jawatan Naib Presiden PAS, ramai yang tertanya mengapa beliau mengambil keputusan berkenaan.

Sebagai pemimpin PAS yang berjaya memporak-perandakan Perak dengan tindakan-tindakannya di mahkamah, tentu beliau popular di kalangan ahli-ahli PAS. Apatah lagi beliau adalah idola "rakyat PAS Perak".

Tetapi telahan seperti ini adalah salah. PAS memandang beliau sebagai terlalu rapat dengan DAP dan sudah meninggalkan adat-budaya Melayu apabila "menderhaka" kepada Sultan.

Contohnya, walaupun menang di Bukit Gantang, beliau kehilangan undi Melayu, yang merosot sebanyak 3 peratus. Ini menandakan orang Melayu tidak dapat menerima beliau.

Nizar sebenarnya takut kalah kerana ahli PAS tidak mahu seorang pemimpin yang diremote-control oleh DAP. Sikapnya di dalam DUN (seperti di klip terakhir video Keganasan Terlampau apabila beliau ke meja speaker dan merampas mikrofon) tidak dapat diterima sepenuhnya oleh ahli PAS.

Hubungan akrabnya dengan Ngeh dan Nga juga adalah antara faktor yang membuatkan beliau ditolak oleh ahli-ahli PAS.

Keputusan beliau untuk tidak bertanding berlainan dengan tindakan Dr Zambry Abd Kadir yang menarik diri dari bertanding sebagai MKT Umno kerana bagi Dr Zambry sebagai Menteri Besar beliau dilantik menjadi pengerusi perhubungan Umno Negeri. Dengan jawatan ini beliau secara otomatik menjadi ahli MKT.

Nizar juga sedar beliau sudah dicop, bukan sahaja oleh rakyat biasa, tetapi juga oleh ahli PAS, sebagai tali-barut DAP. Jadi lebih baik menarik diri sekarang dari tewas tanda bukan sahaja tidak diterima rakyat Perak tetapi juga oleh ahli-ahli PAS.

Mungkin beliau boleh menang sebagai ahli jawatankuasa PAS pusat setakat untuk memberi penghormatan sebagai bekas Menteri Besar kerana tidak ramai ahli parti itu pada masa ini yang pernah memegang jawatan itu.

Apa-apa pun selamat bertanding Nizar Jamaluddin! Jual apa yang patut untuk menang!

Dipetik dari http://selamatkanperak.blogspot.com

1 ulasan:

  1. Bukan Nizar kecut teloq, Zahid yang takde teloq

    http://nmjnh.wordpress.com/2009/05/27/kebaculan-bn-melarat-dari-penanti-ke-hujah-tv9/

    BalasPadam