Agak panas cuaca di Ipoh ketika ini sepanas suasana Sidang DUN Perak yang pada ketika ini sedang berhenti rehat.
Pada awal pagi tadi kelihatan beberapa penyokong pembangkang yang memakai baju hitam. Pada jam 8.30 am, Ahli Parlimen Ampang (PKR) ditahan kerana cuba memasuki Bangunan SUK.
Pada jam 9.30 pagi, Pemangku Raja Perak, Raja Dr. Nazrin Shah berangkat untuk Istiadat Perasmian Sidang DUN.
Diluar Bangunan SUK, kira² 500 penyokong pembangkang berkumpul dan ada yang ditahan oleh pihak berkuasa.
Jam 10 pagi, suasana di dalam dewan kecoh dan kelam kabut apabila Speaker tekad dengan keputusan pengantungan Datuk Seri Zambry Kadir dan 6 exco dan 3 ADUN Bebas dan memerintahkan kesemua mereka keluar dari dewan.
Nampaknya Speaker Siva ini sudah mabuk dan tidak menghormati keputusan mahkamah yang telah memutuskan pengantungan mereka adalah tidak sah dan terbatal.
Datuk Seri Zamry Kadir selaku Menteri Besar, mengusulkan agar Speaker Siva dipecat dan usul ini disokong oleh Exco Kanan YB Hamidah Osman. Tetapi Siva menolak usul berkenaan. Keadaan kembali tegang apabila Adun Jelapang, Yit Foong mencelah dan memberitahu dewan yang beliau akan mengambil alih tugas Speaker dan beliau adalah Timbalan Speaker DUN Perak.
MB Perak, sekali lagi mengusulkan bahawa S.Ganeson dari MIC untuk mengantikan Siva sebagai Speaker
Sinar Harian kah atau Sinar Harakah???
11 tahun yang lalu
Kecoh lagi !!! Perak.Rakyat sudah jelak melihat telatah pemimpn pemimpin.Sampai bila sandiwara ini nak ditayangkan pada rakyat.
BalasPadamMalulah pada rakyat yang memberi kamu kuasa..rakyat sendiri tidak pernah berkelakuan seperti kalian merebut bangkai yang ada.
Bukankah kuasa itu hak Allah s.w.t ia mampu merampas dan memberi dalam sekelip mata.Terimalah hakikat yang sepatutnya diterima jangan kalian mengheret lagi rakyat yang sudah lama derita.
Hari ini berkhidmatlah pada rakyat bukan terus mengkianati rakyat.Berapa puluh adegan lagi yang kalian nak lakunkan pada rakyat?Apakah rakyat akan terus menjadi Barua-barua kamu berpiket dan berarak untuk kepentingan perut dan tembolok kamu?
sedarlah rakyat perlu pembelaan dari kamu..bukan kamu perlu pembelaan rakyat.Hari ini terlalu jelas kita lihat bila kalian tersepit dan terkapit rakyat yang menjadi anjing anjing kamu menyalak serata lorong dan denai untuk membela kamu.
Tapi Hari ini bila kamu berada diambang kebebasan dan kuasa rakyat kamu lupa begitu saja..Akhirnya kamu mencipta berbagai onak mengharu birukan mereka.
Sedarkah Kalian wahai pemimpin, Rakyat terlalu bannyak membantu kalian..Tapi sedarkah apa yang kalian sumbang untuk membantu rakyat? Cukuplah kamu memperkudakan rakyat selama ini kembalilah pada kebenaran yang Hak akan pulang kepada yang Hak.
Tumpulah kewajipan kamu pada rakyat.Kerana waktu ini rakyat lebih kritikal melalui zaman kegawatan angkara tangan tangan kamu juga.Cukuplah kamu bersandiwara,kerana sandiwara kamu berbayar dengan wang rakyat.
Tidak merasa malu dan kejikah kalian menerima gaji dan alaun alaun buta dengan menghabiskan masa kalian bertekah sesama sendiri? sedarkah kalian dalam waktu yang sama kalian mentekedarah gaji buta??? sedarlah !!!wahai pemimpin yang bijak meraih undi rakyat dan yang bijak berjanji.Hari tertunaikah janji janji anda semua pada rakyat???