Selasa, Mei 19, 2009

Bakal MB Perak Akan Datang!!

Tunku Abdul Aziz Ibrahim

KHABARNYA, sudah ada ura-ura DAP telah mengenalpasti calon Menteri Besar Perak dari parti itu sendiri, jika pakatan pembangkang menang pilihanraya negeri apabila DUN Perak dibubarkan.Ini kerana parti itu mempunyai kerusi terbanyak di DUN Perak berbanding dengan PKR dan PAS.Selepas Pilihanraya Umum 12 pada Mac lepas lepas, DAP telah mencalonkan Ngeh Koo Ham sebagai Menteri Besar, tetapi tidak diterima kerana langkah itu bertentangan dengan Undang-undang Tubuh Negeri yang menyebut hanya orang Melayu sahaja boleh memegang jawatan itu.(Fasal XII(2)Tiada seorang pun boleh dilantik menjadi menteri besar melainkan daripada bangsa Melayu dan beragama Islam: Dengan syarat bahawa Duli Yang Maha Mulia boleh dengan timbangannya melepaskan salah satu atau kedua-dua kewajipan Fasal ini berkenaan dengan bangsa dan agama Islam bila-bila Baginda memikirkan berfaedah berbuat demikian itu.)



Nizar Jamaluddin adalah pilihan kedua selepas Ngeh.Antara calon favourite DAP untuk menjadi Menteri Besar ialah naib-pengerusi DAP Kebangsaan, Tunku Abdul Aziz Ibrahim. Bekas pengarah sekretariat Komanwel di London ini lebih berpengalaman dalam soal pentadbiran daripada Nizar.Pastinya, selepas kemelut politik masa kini yang membuktikan penderhakaan pakatan kepada DYMM Sultan Perak, sokongan pengundi Melayu kepada PAS dan parti pembangkang lain akan merosot. Tetapi mereka akan mendapat sokongan bukan-Melayu yang padu seperti di Bukit Gantang.Ini bermakna semua kawasan DUN yang majoritinya bukan Melayu serta 60 peratus Melayu akan dimenangi oleh DAP. Mungkin kerusi PAS akan merosot akibat kehilangan sokongan orang-orang Melayu kerana kecurangan parti itu kepada bangsa dan agama sendiri.Berdasarkan teori ini, DAP akan muncul sebagai parti yang mempunyai kerusi tertinggi berbanding dengan anggota pakatan yang lain.



Semestinya, DAP mahukan ahli parti itu yang memegang jawatan Menteri Besar Perak.Jika Menteri Besar PAS pun boleh dikawal dan patuh kepada arahan DAP, sudah tentu ahlinya sendiri akan tunduk dan tawaduk kepada ideologi parti tajaan-PAP Singapura itu. Bermakna terbanglah angan-angan Nizar untuk menjadi Menteri Besar Perak.Jika ini berlaku Perak adalah negeri beRaja Melayu pertama yang mempunyai Menteri Besar dari parti bukan Melayu. Selamatkanlah Perak Darul Ridzuan!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan