Khamis, Ogos 27, 2009

Siak & Bilal Dapat Imbuhan!!

Siak, bilal Perak dapat bonus khas IPOH 26 Ogos - Kerajaan negeri Perak hari ini mengumumkan pemberian bonus khas sebanyak RM500 kepada siak dan bilal di negeri ini sempena sambutan Aidilfitri bulan depan.
Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, pemberian berkenaan melibatkan seramai 1,975 orang siak dan bilal bagi membolehkan mereka melakukan persiapan lebaran dengan lebih sempurna. ''Keputusan ini berdasarkan pengorbanan mereka dalam menjaga masjid dan surau kerana selama ini golongan tersebut hanya mendapat elaun sebanyak RM300 setahun. ''Mereka selama ini sebenarnya ibarat tidak mendapat bayaran apa-apa, jadi saya telah lihat perkara ini dan semua Exco setuju menyediakan peruntukan khas menghargai jasa mereka menguruskan masjid," katanya. Beliau menyatakan demikian selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri di sini hari ini.
Zambry berkata, bayaran akan dibuat sebelum Hari Raya Aidilfitri. Jelas beliau, pembayaran tersebut tidak melibatkan imam masjid dan surau kerana mereka diberi elaun setiap bulan. ''Ada juga yang bertanya kenapa imam tidak diberi bonus khas ini tetapi bagi saya perkara itu tidak serius memandangkan mereka sudah mendapat elaun sebanyak RM450 sebulan. ''Jumlah itu cukup menampung perbelanjaan menjelang hari raya berbanding bilal dan siak," katanya. Zambry menambah, kerajaan negeri berharap pengumuman itu menjadi khabar gembira buat semua siak dan bilal yang selama ini melakukan pengorbanan besar bagi menjalankan urus tadbir masjid serta surau.
Ulasan::
Terima kasih la pada MB..walaupun keje bilal n siak ni keje sukarela tp mungkin dgn sedikit imbuhan ni kira sedekah la. dan kita sedia maklum ade juga bilal n siak ni org PAS..tp nak ke deme terima duit tu?? ni kerajaan UMNO/BN yg tak sah kata deme?? kerajaan umno yg penyokong nye xmasuk syurga?? so cam mana ekk?? Xpe la..sendiri pikir..
Semoga ada lagi perkara-perkara yg dpt Dr. Zambry perhalusi..walaupun sekecil-kecil isu. Tak perlu nk publisiti sgt..yg penting buat keje n turun padang..
::Idola::

2 ulasan:

  1. yang baik harus disokong dan dipuji..

    BalasPadam
  2. Salam perkenalan. sila lawati blog kami http://taman-pemuda.blogspot.com

    BalasPadam