Selasa, November 17, 2009

Ini Konspirasi UMNO..!!!


Mahkamah isytihar Abu Hassan bukan lagi Adun KUALA LUMPUR: Pilihan raya kecil akan diadakan bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Kota Siputeh, Kedah selepas kerusi berkenaan diisytiharkan kosong oleh Mahkamah Tinggi di sini, semalam. Hakim Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin memutuskan kerusi itu kosong selepas penyandangnya, Datuk Abu Hassan Sarif, dari Barisan Nasional (BN) tidak menghadiri dua persidangan DUN tahun ini. Berikutan keputusan Mahkamah Tinggi itu, Abu Hassan akan dihalang daripada menghadiri persidangan DUN, hari ini.
Ketika menyampaikan keputusannya pada jam 5.30 petang, Hakim Alizatul menegaskan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bertindak secara tidak wajar dan keputusan SPR bahawa Abu Hassan masih menjadi wakil rakyat bagi Kota Siputeh serta kerusi DUN itu tidak kosong, perlu dibatalkan. "Meskipun saya bersetuju bahawa SPR mempunyai kuasa untuk menentukan kekosongan berlaku secara kebetulan, namun saya tidak berpendapat SPR dapat mengatasi kuasa Speaker mengikut Perkara 51 Undang-undang Tubuh Negeri Kedah. "Pada pandangan saya, Perkara 51 menjelaskan syarat yang menyebabkan kerusi menjadi kosong dan responden pertama (Abu Hassan) berpuas hati dengan syarat itu," katanya ketika membenarkan semakan kehakiman yang difailkan oleh Speaker DUN Kedah, Datuk Dr Abdul Isa Ismail.

Abdul Isa yang diwakili oleh peguam utama Sulaiman Abdullah, memfailkan semakan kehakiman pada 1 Oktober lalu selepas SPR membuat keputusan bahawa tidak berlaku kekosongan dalam kerusi DUN Kota Siputeh dan Abu Hassan masih menjadi wakil rakyatnya. Abdul Isa memohon mahkamah mengisytiharkan bahawa Abu Hassan bukanlah wakil rakyat berikutan kegagalannya menghadiri dua persidangan DUN berturut-turut, iaitu pada 19 April dan 9 Ogos tahun ini, dan kerusi itu adalah kosong. Dalam permohonannya, Abdul Isa turut memohon perintah bagi SPR mengadakan pilihan raya kecil. Perkara 51 Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Kedah memperuntukkan bahawa jika mana-mana anggota DUN tidak menghadiri persidangan dewan tanpa kebenaran Speaker selama dua persidangan berturut-turut, maka kerusi yang diwakilinya akan menjadi kosong.

Dalam keputusannya, Hakim Alizatul berkata, tidak dipertikaikan bahawa Abu Hassan tidak memperoleh kebenaran daripada Speaker untuk tidak menghadiri dua persidangan DUN berturut-turut dan hanya mengemukakan sijil cuti sakit beliau kepada Speaker pada 10 Ogos 2009. "Speaker mempunyai kuasa mengikut Perkara 51 Undang-undang Tubuh Negeri Kedah bagi memberi kebenaran dan beliau tidak bertindak secara tidak munasabah apabila menolak sijil cuti sakit bertarikh 10 Ogos 2009 selepas mengetahui bahawa wakil rakyat itu turut menghadiri satu majlis pada hari yang sama," katanya.
Hakim Alizatul menegaskan SPR telah bertindak secara tidak sah ketika menerima sijil cuti sakit yang dikemukakan oleh Abu Hassan sebagai alasan kerana ketidakhadirannya. SPR juga membuat keputusan tidak wajar ketika memutuskan bahawa Perkara 51 hanya boleh digunakan selepas Speaker merujuk perkara itu kepada Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan, katanya. "Tiada peruntukan mandatori dikenakan ke atas Speaker untuk berbuat demikian kerana keputusan sama ada merujuk perkara itu kepada jawatankuasa berkenaan atau tidak adalah budi bicara beliau memandangkan perkara berkaitan kebenaran bukanlah keistimewaan yang diberikan kepada seseorang wakil rakyat," katanya.
Hakim Alizatul berkata, SPR telah tersalah tafsir maksud "dua persidangan berturut-turut" mengikut Perkara 51 sebagai dua sesi berasingan. "Saya bersetuju dengan peguam pemohon bahawa responden pertama (Abu Hassan) telah tidak menghadiri dua persidangan berturut-turut dalam satu sesi tanpa gendala," katanya. Mahkamah turut menetapkan Jumaat ini untuk mendengar permohonan SPR bagi penangguhan perintah pilihan raya kecil. Di luar mahkamah, Abu Hassan memberitahu pemberita beliau menerima keputusan itu dan menyerahkan kepada peguamnya, Datuk Hafarizam Harun, untuk mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Rayuan.
SPR diwakili peguam kanan persekutuan Datuk Kamaluddin Md Said
Pemuda Parit
Mahkamah telah dimanipulasi.Ini tidak adil, ini semua konspirasi UMNO, konspirasi Najib. Amacam?? Boleh tak mcm tu??
Siapa kata mahkamah tak telus?? Cuba tgk keputusan mahkamah tinggi KL diatas. DUN Kota Seputeh perlu diadakan pilihanraya kecil untuk memilih wakil rakyat baru kan??

Dalam masa yang sama, peguam Datuk Abu Hassan, Datul Hafarizam Harun akan membuat rayuan di Mahkamah Rayuan dan SPR juga akan memohon untuk menangguhkan keputusan ini.

Adakah dalam kes ini mahkamah double standard?? Belajar untuk terima kenyataan. Di pihak UMNO/BN mungkin tiada masalah. Tetapi di pihak sebelah sinun..pepaham je la.

Bila kata keputusan memihak kepada mereka, barulah dikatakan adil, telus dan kemenangan rakyat tetapi bila di pihak UMNO/BN sebaliknya pulak. Apa punya dungu pun xtau. Semua dah kena racun pemikirannya oleh mamat kaki liwat tu agaknya.

Jika benar dan terbukti, tak per la. hadapilah PRK Kota Siputeh. Ini semua ketentuan Allah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan