Isnin, November 16, 2009

No. Ahli : 0266057, Cawangan Chakung, Machang

Apakah setiap kali berlaku kemelut yang berlaku dalam PAS, kepimpinan PAS dan yang terbaru isu Nik Aziz tidak jadi pergi Mekkah pun dikaitkan dengan UMNO ?
Sudahlah UMNO dikaitkan dengan isu kerajaan perpaduan, sehingga Nik Aziz melebelkan UMNO kafir dan ajaran sesat, UMNO juga dikaitkan dengan isu tajaan Nik Aziz sekeluarga ke Mekkah sehingga Nik Aziz menggelarkan ‘kafir Quraisy Malaysia’.
Isu ‘bai’ah’ talak tiga dikalangan wakil-wakil rakyat PAS juga dikaitkan dengan UMNO.Kini, yang terbaru menantu Nik Aziz yang bernama Abdul Ariffahmi bin Abd Rahman, di dakwa seorang ahli UMNO cawangan Chakung di Bahagian Machang dengan nombor keahlian 0266057, ibu bapa, adik beradik semuanya ahli UMNO.
Macam mana ye ! Nik Aziz yang melebelkan UMNO kafir dan ajaran sesat boleh bermenantukan orang UMNO ?Oleh kerana menantu Nik Aziz ini orang UMNO, maka Ariffahmi membuat pelbagai perancangan untuk mengkucarkacir, memporakperandakan kepimpinan PAS.Ariffahmi menantu Nik Aziz adalah perancang untuk menggulingkan Presiden PAS Hadi Awang dan digantikan dengan Husam Musa.Ariffahmi juga ada perancang segala projek-projek kerajaan Negeri Kelantan dengan menggunakan kedudukan Nik Aziz selaku Menteri Besar Kelantan.

Ariffahmi jugalah yang merancang tajaan Nik Aziz sekeluarga menunaikan haji ke Mekkah.Persoalannya, apakah setiap kali kemelut yang berlaku dikalangan PAS, semuanya bersabit dengan perancangan UMNO.
Inikah sahaja yang ada dalam pemikiran pengikut-pengikut PAS ?Apakah kerana pemimpin dan pengikut PAS kononnya terdiri dari golongan tok guru, ulama, ustad, warak maka mereka terlindung dari segala sifat-sifat keji dan mungkar ?
Maka setiap malapetaka, bala yang menerjah dalam PAS mesti diletakkan ke atas bahu UMNO ?Kalau kita dari golongan manusia yang terbuka akal fikiran, maka kita sudah pasti diberi pertunjuk bahawa manusia yang menjadi pemimpin di dalam PAS juga adalah manusia biasa, manusia yang juga dipenuhi dengan sifat-sifat tamah, bernafsu yang tidak lari dari godaan-godaan iblis dan syaitan…….
Kalau tidak masakan Nik Aziz dengan megah menyatakan ‘sanggup berkawan dengan 'syaitan’ asalkan dapat berkuasa………Kalau kita semua sedar, pengikut-pengikut PAS juga sedar, bahawa PAS selama ini menggunakan agama, menggadaikan Islam itu sendiri semata-mata untuk menipu rakyat dan umat Islam.

Mereka menjual maruah agama dan bangsa Melayu untuk mendapatkan kuasa, kalau tidak masakan mereka lebih rela bersekongkol dengan kafir DAP untuk menguasai Negara.
Ini rupa bentuk PAS sebenar………………..
Dipetik dari blog yanggambi.blogspot.com

2 ulasan:

  1. Salam Ziarah.....

    Apa yang nak dihairankan dengan puak-puak putar belit dengan putar alam ni .Akan ada penafian demi penafian nanti dan akan menyalahkan UMNO,MEDIA dan bloggers .Terimalah pantun dua kerat ni

    Muslimah PAS pakai Purdah,
    Pooooorrrrrrrrrrrraaaaaaaaaahhhhhhhhhhhhh,

    BalasPadam
  2. salam bro, terima kaasih sudi menjeguk blog kawan, teruskan menulis untuk menegak kebenaran bagi menangkis fitnah dari puak-puak munafik.....

    BalasPadam