Isnin, November 09, 2009

Negeri Sembilan vs Kelantan...!!

Tahniah kepada Negeri Sembilan kerana berjaya menjulang Piala Malaysia setelah 61 tahun (kalo xsilap)..satu jarak masa yang begitu lama dan panjang. Dengan barisan pemain muda dan pemain senior, Negeri Sembilan agak mantap pada musim ini.
Dan tahniah juga kepada pasukan Kelantan. Walaupun di tinggalkan oleh Peter Butler di saat sepak mula Piala Malaysia, namun setelah diambil alih oleh B.Sathiananthan yg juga bekas jurulatih kebangsaan Kelantan muncul di final kedua tahun ini selepas kecundang juga pada Piala FA kepada Selangor tempoh hari.
Cuma yang agak menarik untuk dibicarakan ialah sikap dan tindakan liar penyokong Kelantan. Malu untuk diperkatakan tetapi itulah hakikatnya. Memang diakui semangat kenegeriaan mereka cukup menebal dan hebat. Tetapi tidak perlu diterjemahkan dengan cara yang demikian.
Sama juga kisahnya di Stadium Sultan Muhammad ke IV, juga bertemu Negeri Sembilan yang mana rusuhan di luar stadium yang mengakibatkan kemusnahan harta benda dan seorang budak lelaki yang cedera di mata trak polis di bakar. Di Bukit Jalil kelmarin, skrip sama juga berulang.
Tan Sri Annuar Musa mengambil tanggungjawab selaku Presiden KAFA yang mana beliau bertanggungjawab diatas segala tingkah laku dan tindakan liar penyokong Kelantan pada malam berkenaan. FAM akan mengambil tindakan tegas terhadap hal ini.
Penulis tidak mahu mengulas dari sudut politik kerana sukan merupakan medan untuk menyatu padukan semua rakyat tanpa mengira warna kulit, agama, faham politik mahupun kedudukan dan status.
Samseng bolasepak atau 'football hooligans' merupakan satu budaya yang terkenal di Eropah terutamanya di England dan tidak kurang dengan negara Eropah yang lain. Liga bolasepak mereka yang sememangnya kompetitif dan semangat penyokong mereka yang hebat dan luar biasa. Tetapi sikap hooligan mereka kebanyakan di luar stadium mahupun venue pertandingan. Mereka berdisiplin didalam stadium walaupun sesetengah stadium hanya beberapa meter sahaja memisahkan penyokong dan padang.
Penulis mempunyai banyak kenangan dalam bolasepak. Mungkin kita boleh berkongsi cerita di lain forum.
Cuma, bila dilihat kembali masih ada yang sayangkan bolasepak kita. Walaupun agak lesu disesetengah venue tetapi kehadiran puluhan ribu penyokong Kelantan dan Negeri Sembilan tempoh hari menyakinkan kita bahawa masih ramai yang sayangkan bolasepak Malaysia.
Tetapi, tahap profesionalisma sesetengah persatuan bolasepak masih kurang dan masih bergantung kepada dana dari FAM tanpa mahu berusaha untuk mencari peluang² lain. Ada juga yang menjadikan persatuan bola sepak sebagai medan meraih sokongan politik dan tidak kurang juga untuk meraih publisiti.
Apapon tahniah kepada Negeri Sembilan dan Kelantan. Majulah bolasepak untuk Malaysia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan