Jumaat, November 06, 2009

Mengapa Khalid & Saari Sungip Dibuang??

Ketika diminta mengulas tentang mengapa Khalid dan Saari Sungip dibuang dari Dewan Harian PAS Selangor, beliau berkata:
1. Fahaman mereka terlalu liberal
2. Mereka bersetuju untuk melaksanakan p/raya PBT sedangkan PAS Pusat tidak merestuinya. Hassan berhujah jika ianya dilaksanakan, maka orang Melayu di Sabak Bernam dan Kuala Selangor lah yang akan menjadi majoriti ahli majlis PBT. Khalid dan Saari berhujah “let got it, kita perlukan ahli-ahli majlis yang berwibawa dan layak untuk menduduki kerusi ahli majlis”.
3. Isu bantuan kerajaan negeri terhadap sekolah swasta/agama. Mereka bersetuju dengan cadangan exco DAP untuk menyamaratakan bantaun tersebut.
4. Isu ganti tanah kepada kuil-kuil. Jika didapati ada kuil-kuil yang haram dan hendak dirobohkan, maka kerajaan negeri hendaklah menggantikan dengan tanah yang baru. Termasuk lah tanah-tanah yang dimiliki oleh MAIS. Mereka bersetuju.
5. Isu pembinaan Pusat Kebudayaan Cina di sebelah masjid baru yang dibina di suatu tempat. Pada mulanya tanah tersebut hanyalah 2-5 ekar tetapi diminta oleh exco DAP tambahan tanah sehingga menjadi 15-18 ekar tanah yang bernilai RM 3.8 juta (kalau tidak silap). Mereka bersetuju.
6. Penguatkuasaan enakmen Islam. Mereka tidak bersetuju kerana ianya merupakan enakmen zaman UMNO memerintah. Hassan berhujjah enakmen itu adalah berkaitan tangkap khalwat, zina, yang bercumbu-cumbuan, orang minum arak etc. Beliau dengan sinis mengatakan “tak kan perkara ini pun tidak boleh sedangakn enakmen yang hendak dikuatkuasakan itu adalah standard dengan negeri-negeri lain”.Hassan juga mendedahkan tentang pendirian DAP yang tidak sesekali akan menerima enakmen Islam walau apapun yang berlaku.Beliau menceritakan terdapat cadangan daripada exco DAP untuk membuat IT International Zone (kalau tidak silap) iaitu salah satu fungsinya adalah tempat untuk hiburan bertaraf antarabangasa seperti hiburan 24 jam, kelab malam 10mlm-4pg, kedai arak etc. Cadangan tenpat adalah di Puchong dan Shah Alam. Hassan berhujah dalam meting exco bahawa armarhum Sultan sudah menitahkan Shah Alam dilarang dibuat perkara-perkara seperti itu.
Berkaitan dengan respon tentang blogger, Hassan menyindir pimpinan/ahli PAS yang menggunakan blog sebagai medium. Sebagai contoh beliau menyindir Tulang Besi. Paling menarik, Hassan dengan sinis menyindir TGNA yang menggunakan blog sebagai medium. “Tok Guru pun guna blog!!!!”. Sinis Hassan.Beliau juga mempertikaikan TGNA berkaitan artikel di blog TokGuru kerana mengambil sumber daripada tulisan persepsi Prof Aziz Bari dan kegusaran sekumpulan Cina Sarawak yang berkunjung ke Kota Bharu berkaitan isu PAS di Selangor.
Beliau dengan sinis bertanyakan kenapa TGNA tidak telefon beliau untuk bertanyakan secara direct padahal TGNA mempunyai bermacam-macam S/U untuk menghubungi beliau.Berkaitan projek-projek kepada ahli PAS beliau secara berhujjah peraturan mengkehendaki beliau mengambil tender yang paling murah dan jika tidak, SPRM akan menunggu di depan pintunya.Pada ketika ini, Ust Zain mengatakan Unit Amal dapat mengesan ada ahli yang merakam dialog.Hassan juga memberi pengingatan tentang rakaman dan pimpinan tidak redha jika ada rakaman.
Antara pimpinan PAS yang hadir adalah YB Dr Hassan Ali, YB Iskandar (datang lambat sedikit), Ust Zain Dewan Ulama, Khairuddin S/U Perhubungan PAS Selangor, Ustazah Hasrina Dewan Muslimat,Roslan SMS, YB Shafei, YB Yunus, YDP PAS Puchong, YDP PAS Sepang, Adram Musa (Bendahari Pemuda PAS Pusat).
Dipetik dari Blog Pemuda Padang Rengas.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan