Rabu, September 30, 2009

DAP Terperanjat Beruk PKR Tuntut Jawatan KM

Gilir Ketua Menteri: DAPSY bidas Ketua Pemuda PKR Pulau Pinang
PULAU PINANG 29 Sept. - Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) Pulau Pinang hari ini membidas Ketua Pemuda Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang, Mohd. Yusmadi Mohd. Yusuff yang mencadangkan agar jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang disandang secara giliran antara tiga parti yang kini menguasai negeri itu."Ini merupakan satu formula berbaur perkauman ciptaan Mohd. Yusmadi sendiri yang asyik gilakan kuasa sahaja," kata Setiausaha DAPSY Pulau Pinang, Ng Wei Aik dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau mengulas cadangan Mohd. Yusmadi supaya jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang digilirkan berdasarkan formula baru yang memberi peluang kepada semua kaum untuk menjadi pemimpin.Mohd. Yusmadi, yang juga Ahli Parlimen Balik Pulau dilaporkan berkata, formula politik baru itu bagi menggantikan formula Barisan Nasional yang memberi jawatan Ketua Menteri hanya kepada kaum Cina dan Timbalan Ketua Menteri kepada wakili Melayu.
Wei Aik berkata, tiada formula baru yang telah dipersetujui oleh pakatan DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pas yang kini memerintah Pulau Pinang berhubung sistem penggiliran itu.Beliau berkata, buat masa ini, DAPSY berpendirian bahawa belum sampai masa dan tidak perlu jawatan Ketua Menteri itu digilirkan.
Katanya, DAPSY mempertahankan jawatan Ketua Menteri supaya tidak digilirkan atas alasan bahawa sebarang pelantikan untuk jawatan itu mestilah diputuskan oleh parti yang menguasai majoriti kerusi Dewan Undangan Negeri dan bukan atas alasan kaum Cina adalah majoriti di negeri itu."Saya ingin tegaskan bahawa formula baru yang sedang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang adalah memberi layanan adil serta bantuan saksama kepada semua rakyat tanpa mengambil kira perbezaan kaum, agama, jantina dan latar belakang politik."Ini jauh lebih adil serta disambut baik oleh rakyat jelata daripada formula ciptaan Mohd. Yusmadi itu," kata Wei Aik yang juga Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri. - Bernama
Ulasan
Kononnya UMNO dan BN mencipta model pemerintahan berdasarkan kaum. Kononnya BN pemecahbelah kaum dan bersifat tidak adil. Kononnya mereka mahu bawakan kelainan dan pembaharuan. Kononnya mereka telus adil dan tidak akan membenarkan warisan BN dijunjung.Tetapi seperti anjing yang menyalak diwaktu malam, akhirnya mereka akan dilempar batu. Kebiasaannya anjing yang dilempar batu akan berlari jauh sedikit dan menoleh untuk menyalak lebih kuat lagi.Itulah DAP.
Apabila ada cadangan yang tidak memenuhi nafsu serakah kuasa mereka, mereka akan mula berbelit seolah-olah warisan BN yang mereka tentang dahulu merupakan formula terbaik.Jika itu halnya, untuk apa lagi DAP memerintah Pulau Pinang? Walaupun Lim Guan Eng bukan anak jati Pulau Pinang, DAP menyebut itulah demokrasi. Tetapi apabila menyebut tentang bukan Cina untuk menjadi Ketua Menteri Pulalu Pinang, DAP lekas-lekas menyalak kuatHakikatnya, setelah terpijak tahi yang mereka lepaskan merata-rata, adakah DAP itu relevan perjuangannya dengan kata-katanya?
Anak negeri tidak penting tetapi anak Cina adalah segala-galanya.Kini jelas, DAP merupakan parti perkauman paling buruk apabila perjuangannya terbukti berlandaskan manifestasi-manifestasi penuh dusta.
Dipetik dari Ipohmalay

Mencari Wakil Rakyat Atau Mencari Wakil Parti??

Oleh Dr. Mohamad Khir Bin Toyo
1. Apa yang dicari dalam pilihan raya? Imej parti atau kehendak rakyat? Ini tentulah seperti diluah mati bapak, ditelan mati emak.
2. YB Lim Guan Eng dipenjara selama 18 bulan di bawah dua Akta, iaitu Akta Hasutan dan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan, menjalani hukuman dan akhir menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang.
3. Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjara selama enam tahun atas kesalahan salah guna kuasa. Dibebaskan dari hukuman liwat kerana Mahkamah Persekutuan mendapati bukti-bukti yang dikemukakan tidak cukup kukuh untuk mensabitkan kesalahan biarpun hakim-hakim tersebut percaya wujud kejadian tersebut dan mahkamah sebelumnya telah mensabitkan kesalahan ke atasnya. Hari ini beliau menang di Parlimen Permatang Pauh dan menjadi Ketua Pembangkang di Parlimen.

4. Mengapa mereka masih menang biarpun sudah didapati bersalah oleh Mahkamah dan menjalani hukumannya? Jawapannya tentulah kerana rakyat di kawasannya mahukan beliau menjadi wakil mereka. Biar apa pun pandangan undang-undang dan masyarakat terhadap mereka namun mereka tetap menjadi pilihan rakyat di kawasan mereka.
5. Ada juga wakil rakyat bukan UMNO yang ditangkap berkhalwat dengan isteri orang kemudiannya dibebaskan oleh mahkamah atas sebab teknikal telah juga menang pilihan raya beberapa kali selepasnya.
6. YM Tengku Razaliegh Hamzah (Ku Li) pernah dituduh terbabit dengan skandal BMF, bertanding atas tiket S46, tetapi masih menang di Gua Musang. Malah saya percaya walau apa pun tuduhan dan tohmahan terhadap Ku Li beliau tetap akan menang di Gua Musang kerana perkhidmatannya yang baik kepada rakyat di sana.
7. Bekas Menteri Besar Selangor, Allahyarham Datuk Harun Idris didapati bersalah oleh Mahkamah atas tuduhan salah guna kuasa, menjalani hukuman penjara dan kemudiannya mendapat pengampunan yang Di Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad. Jika tidak silap saya Allahyarham turut memegang jawatan Ketua UMNO Bahagian Kuala Langat selama 3 tahun sehingga 1984.
8. Beliau kemudiannya di pilih oleh Ku Lu untuk bertanding dalam Pilihan raya kecil Parlimen Ampang Jaya pada 1989 atas tiket Semangat 46 dan disokong oleh Pas. Sungguhpun kalah beliau tetap mendapat undi yang memberangsangkan.
8. Tujuan saya membentangkan beberapa fakta ini bukanlah untuk menceritakan keaiban sesiapa, mahu pun menyatakan tidak salah kita membuat salah asalkan rakyat terus menerima kita. Bukan pula saya mengatakan mereka yang telah didapati bersalah juga boleh secara bebas dan sewenang-wenangnya dipilih menjadi calon Barisan Nasional.
9. Cuma fakta-fakta ini menimbulkan persoalan dan polemik apakah ahli politik yang pernah berbuat salah dan telah menjalani hukuman tidak wajar diberi peluang kedua jika rakyat di kawasannya masih mahukan khidmat beliau?
10. Dalam konteks inilah kita perlu menilai isu pemilihan calon DUN Bagan Pinang minggu hadapan.
11. Apakah jika Tan Sri Isa dipilih maka ia akan memburukkan imej parti di peringkat nasional? Kepada sebahagian mereka yang memilih untuk membenci UMNO dan Barisan Nasional, mereka akan menggunakan alasan ini untuk terus memburukkan parti. Kumpulan ini akan memburukkan sesiapa sahaja yang menggunakan lambang Barisan Nasional.
12. Semua orang harus berlaku adil kepada Tan Sri Isa Samad. Beliau didapati bersalah dari segi etika pemilihan parti oleh Lembaga Disiplin UMNO. Beliau digantung selama tiga tahun dan telah menjalani hukuman tersebut. Kesalahan beliau adalah kesalahan politik bukannya kesalahan jenayah. Beliau juga dijatuhkan hukuman oleh Lembaga Disiplin UMNO bukannya Mahkamah dan Undang-undang negara.
13. Ini seharusnya memberi perspektif yang berlainan daripada kes-kes di atas tadi. Saya tidak mempertikaikan keputusan Lembaga Disiplin UMNO kerana Lembaga bertujuan menjaga etika pemilihan parti bukannya membuat keputusan atas kesalahan jenayah. Justeru sistem dan kaedah perbicaraan Lembaga Disiplin UMNO lebih longgar dan berbeza dengan Mahkamah dari segi beban pembuktian dan kekuatan bukti.
14. Dari segi moral pun kesalahan dan kesilapan yang dilakukan oleh Tan Sri Isa jauh lebih kecil dari contoh-contoh ahli politik yang saya nyatakan di atas. Justeru adakah wajar Tan Sri Isa terus dihukum walapun selepas beliau telah menjalani hukuman?
15. Apakah sudah hilang konsep peluang kedua dan memaafkan perkara lalu dalam kehidupan kita? Apakah sekali salah maka selama-lamanya menanggung kesalahan tersebut sehingga tiada peluang menebusnya?
16. Apa yang penting ialah majoriti pengundi di Bagan Pinang mahukan Tan Sri Isa, Jika kajian dan soal selidik parti menunjukkan ini kehendak rakyat di sana maka Barisan Nasional harus membuat keputusan yang sewajarnya.
17. Bukankah Datuk Seri Najib sendiri telah menyatakan bahawa zaman kerajaan atau parti tahu segalanya sudah berakhir dan rakyat perlu didahulukan? Justeru jika keputusan UMNO Bahagian dan kehendak pengundi Bagan Pinang tidak diterjemahkan dalam pemilihan calon nanti apa ertinya segala slogan dan janji?
18. Pemimpin Barisan Nasional perlu sedar bahawa masalah terbesar parti dan kerajaan hari ini bukan masalah imej tetapi masalah polisi dan perjalanan kerajaan. Parti pemerintah akan sentiasa ada masalah imej kerana kita akan sentiasa diserang dan berada dalam keadaan situasi mempertahankan diri.
19. Tiada manusia dan parti yang tidak membuat kesilapan. Namun yang menjatuhkan kebanyakan parti pemerintah ialah apabila rakyat bosan dengan polisi dan perjalanan kerajaan yang tidak membantu kehidupan mereka.
20. Imej parti dan kerajaan lebih buruk pada 1998 berbanding 2008 namun mengapa kita kalah teruk pada 2008 berbanding 1999? Ia berlaku apabila rakyat diletakkan dalam keadaan tiada rugi sedikit pun jika mereka mengambil risiko menukar kerajaan. Apabila rakyat dibebani oleh isu perut, tembolok dan kelangsungan (survival) kehidupan maka ketika itu berlakulah seperti apa yang berlaku pada 2008.
21. Maka Barisan Nasional harus bertanya mahu memperbaiki imej atau mahu memenuhi kehendak rakyat?

Selasa, September 29, 2009

Isa Samad Sah Calon di Bagan Pinang


Petang tadi, Tan Seri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan bahawa Tan Seri Isa Samad, Ketua UMNO Bahagian Teluk Kemang merupakan calon BN di kerusi N31 Bagan Pinang.


Dalam satu majlis ringkas petang tadi yang turut dihadir Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat, Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Mohd. Hassan Mohd dan beberapa pemimpin parti komponen yang lain.


Pengumuman nama Isa Samad telah mendapat sorakan dan tepukan yang gemuruh dari semua yang hadir. Mana terjawab la teka teki selama ini. Ini keputusan muktamad dan tiada dakwa dakwi.


Keputusan UMNO Bahagian Teluk Keman menghantar satu sahaja nama calon telah membuahkan hasil. Kononnya Isa Samad menjadi pilihan dan disokong oleh dan penyokong akar umbi. Isa Samad juga diibaratkan seperti ayah di sana. Inilah masanya untuk kata - kata itu diterjemahkan. Jentera BN perlu pastikan kemenangan Isa d sana.


Jentera BN juga perlu mengambil kira peluru peluru hidup yang akan dimuntahkan oleh pembangkang, seperti isu rasuah Isa dahulu, isu PKFZ dan isu-isu semasa yang lain. Kita patut bersedia untuk itu.


Penulis sendiri kurang bersetuju dengan pemilihan Isa. tetapi keputusan telah dibuat. Yang penting, kini masa untuk bekerja dan memestikan kemenangan BN di Bagan Pinang. Orang2 Bgan Pinang perlu mengambil kira jasa dan kerja buat Isa Samad selama ini di sana selain track record BN memerintah Negeri Sembilan dan Malaysia.


Setiap hujah pembangkang perlu dijawab dan disangkal, jangan dibiarkan hujah mereka meresapi pemikiran dan mempengaruhi undi rakyat di Bagan Pinang.


Apapon, selamat berkempen dan berjuang kepada semua.

Isnin, September 28, 2009

10 Isu!!!


Pilihan Raya Kecil Bagan Pinang dalam Negeri Sembilan diadakan kerana kembalinya ke rahmatullah calon penyandangnya dari UMNO/BN. Majoriti calon UMNO/BN pada PRU12 yang lalu ialah 2,333. Apakah MOOD politik kemenangan beberapa PRK masih lagi kekal dipihak Pas dan Pakatan HARAM pembangkang atau sebaliknya? Walaupun Pas dan Pakatan HARAM pembangkang mendapat kemenangan berturut2 mengalahkan UMNO/BN di beberapa PRK yang baru berlangsung, kali ini mereka mungkin akan pulang hampa di N31 kerana tiada isu serta kepincangan kepimpinan UMNO/BN di sini.



Mungkin Pas dan Pakatan HARAM pembangkang akan sekali lagi menggunakan pendekatan BANGSAT mereka iaitu menyerang peribadi calon lawan hinggakan isu rumahtangga pun mereka akan korek habis2an seperti di PRK N11 yang lalu. Jika diambil kira isu nasional yang melanda Pakatan HARAM pembangkang, Pas dan calonnya akan tungging buyung di Dun N31. Ini kerana Pakatan HARAM pembangkang sedang mereput di peringkat dalaman dan juga krisis GILA KUASA yang semakin merebak didalam Pas sendiri terutamanya di Selangor. Tentunya Pas dan Pakatan HARAM pembangkang seboleh2nya mahu lari dari membawakan isu2 nasional di PRK N31 kerana mereka tahu pastinya mereka akan menyerlahkan KEMALUAN mereka sendiri.


Antara FAKTA2 yang akan menyebabkan Pas dan Pakatan HARAM pembangkang tersembam di Bagan Pinang ialah:-


1) PENGHINAAN TERHADAP ISLAM OLEH PEMIMPIN2 DAPig. PengHALALan Nik Aziz tehadap perbuatan menghina Islam oleh para pemimpin DAPig tentunya akan menguburkan Pas di N31 malah tak mustahil juga di PRU13 kerana Pas dianggap tidak lagi mampu memperjuangkan Islam.


2) PENOLAKAN PAS TERHADAP KERAJAAN PERPADUAN UMNO. Pas dilihat GILAKAN KUASA dan kedudukan apabila sanggup berkerjasama dengan KAFIR daripada menjalinkan persefahaman dengan sesama muslim.


3) KEMELUT POLITIK TAK BERTAMADUN Pakatan Rasuah (PR) DI PERAK Isu menghina Raja dan usaha menghuru harakan keamanan di Perak oleh Nizar PENDERHAKA akan memberi kesan yang besar dikalangan orang melayu. Ditambah pula Nizar jelas berada dibawah telunjuk KAFIR DAPig didalam setiap isu yang berlaku di Perak.


4) PENGHINAAN PAS DAN Pakatan Rasuah (PR) KEPADA ANGGOTA BADAN BERUNIFORM. Selama ini Pas dan Pakatan HARAM pembangkang sering melabelkan anggota beruniform di Malaysia seperti Polis, FRU, Rela dan juga Askar sebagai TALIBARUT kerajaan. Malah ada juga di gelar ANJING kerajaan kerana melaksanakan tugas dan tanggung jawab mereka. Kini di Bagan Pinang, Pas dan Pakatan HARAM pembangkang secara TAK TAHU MALU kembali menagih undi dari anggota beruniform ini.



5) KES LIWAT ANWAR Ramai telah menyedari usaha Anwar melengah2kan perbicaraan kes liwatnya di mahkamah. Pelbagai cara dilakukan oleh Anwar untuk mengelakkan kesnya dibicarakan dan Pas tetap menyokong penuh Anwar yang penuh dengan SALAHLAKU MORAL ini.



6) KRISIS PENYELEWENGAN WANG RAKYAT DI SELANGOR Pakatan HARAM pembangkang berdepan dengan tuduhan penyelewengan wang rakyat oleh adun DAP di Selangor. Dan juga penglibatan KONGSI GELAP didalam pentadbiran kerajaan negeri Selangor. Ini menunjukkan bahawa Pakatan HARAM pembangkang TIDAK LAYAK diberikan kuasa mentadbir kerana jika dibiarkan..., negara pun akan mereka jual.



7) ISU KUIL DI SELANGOR Adun Pas dan PKR bersekongkol menggalakkan pembinaan kuil di penempatan orang Islam di Selangor. Tindakan mereka tidak mengendahkan sensitiviti masyarakat Islam ini menyebabkan penolakan TOTAL kepada mereka dari orang2 melayu/Islam di Selangor.



8 ) KELEMAHAN MENANGANI ISU ARAK Hasan Ali yang pada mulanya amat bertegas mengenai larangan penjualan ARAK terpaksa "menyerahkan kepala" untuk dipijak oleh KAFIR DAP setelah campurtangan Anwar. Ini menyerlahkan bahawa Pas Selangor hanya menjadi pencacai kepada Pakatan HARAM pembangkang.



9) KETIDAK MAMPUAN PAS MENJANA PEMBANGUNAN Ini terbukti di Manek Urai apabila Pas hampir tewas kerana penolakan oleh rakyat setempat yang diabaikan serta dibiarkan MUNDUR dari segi pembangunan. Pemimpin2 Pas terpaksa menggunakan isu SYURGA dan menjanjikan PAHALA bagi menarik undi kepada mereka.



10) PAS MENJADI TALIBARUT KEPADA KAFIR DAP Imej Pas sebagai parti Islam telah terhapus terutamanya setelah menggantikan slogan mereka dari MEMBANGUN BERSAMA ISLAM kepada PAS FOR ALL. Pas dilihat menjadi BARUA kepada KAFIR DAP apabila bersekongkol mengHALALkan ayat QURAN dipermainkan oleh KAFIR di Perak. Pas juga dilihat menjadi pembela kepada SALAHLAKU MORAL pemimpin2 DAPig apabila Nik Aziz dan muslimat Pas "mengampunkan" MODEL BOGEL DAPig.



Nyata sekali Pas hanya dijadikan alat untuk memanipulasi Islam kepada DAPig. Inilah antara isu2 bahawa Pas dan Pakatan HARAM pembangkang akan tersembam di N31 Bagan Pinang. Selama ini mereka hanya GAH berkokok di kandang sendiri yang rata2nya dipenuhi pengundi2 TOTOK mereka. Isu2 sebeginilah yang mereka harus TELAN di N31 Bagan Pinang.


Dipetik dari mykmu.net

Rabu, September 23, 2009

Pecat Pengarah JAIPk!!!


Hari ini merupakan 4 Syawal 1430 H umat Islam menyambut hari lebaran. Miskin, kaya, UMNO, PAS, PKR yang beragama Islam menyambutnya dengan penuh kesyukuran dan gembira.




Pada awal Ramadhan yang lalu, Dr. Zambry telah mengumumkan sedikit imbuhan untuk para bilal dan siak dan negeri Perak sebanyak RM500 (Klik Sini) untuk mereka menyambut AidilFitri. Ini menunjukkan keprihatinan kerajaan Perak terhadap sumbangan n jasa mereka.




Tetapi, apa yang menyedihkan sehingga kini duit berkenaan masih belum mereka terima. Kenapa?? Soalan ini perlu diajukan kepada Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Perak (JAIPk), Mohd. Nor Al Hafiz. Bekas calon PAS yang tewas pada PRU tahun 1986 (bertanding di kerusi Parlimen Parit) yang menjadi mata dan telinga PAS didalam JAIPk. Dinaikkan pangkat ketika 11 bulan PR memerintah Perak dahulu, tetapi Zambry tidak mahu menukarkannya dengan harapan dia turut sama boleh membantu dalam menguruskan jabatan agama itu. Dan kini, Md, Nor tidak amanah dan jujur dalam tanggungjawabnya. Licik permainannya. Dengan mudah rakyat akan menunding jari mengatakan Zambry hanya membuat janji palsu padahal geran peruntukan berkenaan telah diluluskan kepada Jaipk.




Semacam satu taktir yang kotor dan hina. Nama saja Al Hafiz tetapi hatinya busuk dan keji. Inilah yang diajar dalam PAS supaya ahlinya sentiasa mengkhianati saudara seagamanya terutamanya dari UMNO. Walaupun ada diantara bilal dan siak berkenaan merupakan penyokong tegar PAS tetapi itulah hakikatnya.




Md. Nor patut disingkirkan dari JAIPk. Tidak amanah dan tugasnya dan mencemarkan nama baik kerajaan negeri Perak.




Penulis rasa, kalao DAP yang memerintah silap haribulan sami-sami pun akan dapat elaun khas sempena Deepavali n Raya Cina atas nama keadilan n saksama... Wallahualam....

Selesaikan Segera Kemelut Dalam MCA!!

MCA akan mengadakan EGM pada 10 hb. Oktober 2009 dan dikabarkan ramai perwakian, pemimpin dan ahli parti akan keluar parti sekiranya resolusi mereka terhadap Dr. Chua Soi Lek ditolak.
Antara usul yang dicadangkan penyokong Dr. Chua ialah ahli parti itu tidak yakin dengan kepimpinan Ong Tee Keat sebagai presiden, membatalkan keputusan majlis presiden 26 Ogos lepas yang mana menyaksikan Dr. Chua digantung dan dilucutkan jawatan Timbalan Presiden.
Dipihak Ong Tee Keat pula, beliau dikatakan bersedia untuk menerima sebarang keputusan EGM tersebut walaupun beliau sedar ada resolusi EGM tersebut mebabitkan kedudukannya selaku Presiden parti.
Nampak gayanya, MCA sedang melalui satu keadaan yang agak genting pada ketika ini. Ong Tee Keat semakin dicabar dalam mengharungi perjalanan politiknya. Selepas PRU 12 yang lalu, Ong Ka Ting tidak mempertahakan kedudukannya selaku Presiden, MCA semakin terhakis sokongannya. Kaum Cina kini melihat MCA tidak mampu lagi mewakili suara mereka dan PKR dan DAP menjadi alternatif kepada mereka ketika ini.
MCA perlu segera menyelesaikan kemelut mereka secepat mungkin dan perlu memulihkan parti dalam usaha untuk mengembalikan semula sokongan kaum Cina terhadap Barisan Nasional.
Ketika ini, UMNO dilihat berseorangan dalam Barisan Nasional. Dengan MIC yang semakin tenggelam dan kepimpinan Samy Vellu yang sudah terlalu lama, MCA perlu kembali ke landasan sebenar dan bersama- sama dengan UMNO didalam BN untuk mengekalkan penguasaan majoriti di parlimen dan memenangi semula negeri-negeri yang dikuasi pembangkang.

Isnin, September 21, 2009

10,000 Yang Hadir!!

MB Perak, Dr. Zambry bergambar bersama hadirin yang hadir di rumah terbuka semalam.

Bergambar bersama keluarga.

Sempat juga bergambar dengan peminat cilik..


Cenderahati dari MIC Perak. Turut kelihatan YB R.Ganeorsan & Senator T.Murugiah (PPP)



Sempat juga melayan tetamu, ada cina, india & melayu. 1 Malaysia...Rakyat Perak semakin menerima Zambry sebagai MB mereka yang sah & sahih.


Tidak menang tangan melayan tetamu yang hadir. Bermacam juadah yang disediakan.
1 Syawal 1430 H, Ahad - 20 September 2009, Rumah Terbuka YAB Menteri Besar Perak telah dihadiri hampir 10,000 tetamu yang terdiri dari rakyat jelata yang terdiri dari pelbagai kaum. Dr. Zambry juga tidak menang tangan melayan tetamu dan hampir 3 jam sibuk melayan tetamu yang hadir.
Ini merupakan satu tanda positif dan merupakan satu penerimaan dari rakyat semua tanpa mengira warna kulit. Jamuan rumah terbuka yang bermula pada jam 2 petang dan berakhir kira-kira jam 6 petang.
Walaupun YAB Menteri Besar baru saja pulang ke tanah air selepas menunaikan umrah tetapi beliau melupakan keletihan dan kepenatan semata mata untuk berjumpa dengan rakyat jelata yang hadir pada rumah terbuka ini. Secara tidak langsung ini menunjukkan konsep 1 Malaysia semakin diterima baik oleh semua dengan jumlah kehadiran mereka yang hadir semalam.
Tahniah Dr. Zambry dan kerajaan BN Perak.

Ahad, September 20, 2009

Samy Vellu, Liabiliti Kepada BN & MIC!!

Salam Aidil Fitri..

Samy Vellu merupakan liabiliti kepada BN kata Tun Mahathir..nah...tidak syak lagi. Samy Vellu semakin tidak relevan dan ditolak oleh masyarakat India dan beban kepada BN. Orang India tidak lagi menyokong BN kerana fakfor ini.

Mereka semakin muak dengan cara Samy Vellu memimpin MIC kerana beranggapan masa dan era nya telah berlalu. Lihat saja pemimpin yang seangkatan dengannya, semua sudah bersara dari politik mahupun meletakkan jawatan dan mengundurkan diri. Zaman kegemilangannya telah pun berlalu pergi. Samy tidak perlu lagi bermimpin dan menongkat langit.

Walaupun dikabarkan Samy Vellu telah membincangkan pelan persaraan beliau dr MIC kepada Najib tetapi ianya tetap satu liabiliti kepada BN dan MIC sendiri. Kes Makka Holding dan beberapa kes yang lain juga yang merupakan punca kepada kemerosotan undi kaum India kepada BN.

Jadi, kepada Samy Vellu, cepatlah berundur. Jangan tunggu lama lagi. Orang semakin meluat. Jangan banyak sangat beretorik. Cukuplah Nik Aziz yang tidak sedar diri tu berkuasa sampai sekarang.

Salam Aidilfitri dari Parit, Perak.

Jumaat, September 18, 2009

Salam Aidil Fitri 1430 H

Hari terakhir bekerja sebelum bercuti hampir seminggu. Suasana pejabat pun dah sunyi kerana dah ramai yang bercuti awal.
Lusa, insyaallah kita seluruh umat Islam di Malaysia akan meyambut 1 Syawal 1430 H. Bersyukur kita kerana masih diberi kesempatan oleh Allah SWT untuk beribadat kepadanya menunaikan rukun Islam ke 3 disamping amalam-amalam sunat lain yang dituntut. Bersyukur diatas limpah dan kurnia Nya serta rezki yang diberikan di sepanjang bulan Ramadhan ini. Suasana aman dan sejahtera di bumi tercinta ini yang membolehkan kita melakukan ibadat dengan sempurna dan tanpa rasa takut berbanding dengan negara² Islam lain yang sedang bergolak.
Simpati buat saudara seagama di Palestine, Afghanistan, Iran, dan lain-lain negara yang masih belum dapat menikmati keamanan dan sentiasa hidup dalam keadaan ketakutan.
Penulis juga mengambil kesempatan ini untuk mengucap Selamat Hari Raya AidilFitri 1430 H dan Maaf Zahir & Batin kepada semua sahabat² yang melayari blog ini. Selamat bercuti kepada semua.
Pemuda Parit,
Anak Jati Parit, Perak.

Khamis, September 17, 2009

Strategi...!!

SPR telah mengumumkan bahawa 3 Oktober merupakan hari penamaan calon dan 11 OKtober pula ialah hari pembuangan undi. Muktamad sudah. Selesai perkara yang pertama dan akan diikuti dengan perkara² yang seterusnya.
Isu kedua ialah calon, strategi memancing undi dan gerak kerja. Penulis cuba untuk fokuskan kepada strategi untuk memancing undi. Kita lupakan sejenak soal calon walaupun masih hangat lagi diperdebatkan bahawa setakat ini Isa Samad merupakan calon BN tunggal dan Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan sebagai lawannya di gelanggang.
Strategi. Dikabarkan juga pembangkang telah mula masuk ke kem² askar yang terdapat di sekitar Bagan Pinang ini. kerana apa??? seperti yang kita sedia maklum, undi POS mempunyai jumlah yang cukup besar disini kalao tidak salah hampir 5000+++. Pembangkang terutamanya PAS merasakan mereka perlu dan harus untuk menyusup masuk ke kem-kem askar ini kerana undi POS juga merupakan faktor yang boleh memenang mereka. Lihat bagaimana mereka bergerak walaupun belum lagi diumumkan gerak kerja mereka secara rasmi.
Bagaimana pula dengan UMNO/BN sendiri?? Kita masih berserabut dengan calon dan sebagainya tanpa belum memulakan sebarang kerja² kasar dan mungkin kerja² sulit telah pun dimulakan. Ini bukan seperti slogan memandu di jalan raya, biar lambar asal selamat. Dalam kes ini siapa lambat hilanglah majoriti, baru betul.
Jangan terlalu mengambil masa yang lama untuk mengkaji calon, itu la..inilah..tetapi pihak PAS telah bergerak sepantas mungkin dan meninggalkan BN/UMNO dari segi kerja buat mereka.
Jangan nanti bila sudah minit terakhir baru lah nak bagi itu, nak umumkan ini. Bila ianya sudah terlambat bagi apa pn tak guna. Percayalah. Baru la Menteri kabinet nak umumkan itu lah..nak umumkan inilah. Muak sudah dengan taktik ini.
Sepatutnya sekarang BN/UMNO sudah bermula dan bergerak secara agresif. Calon soal ketiga yang penting kita mula kerja terlebih dahulu. Perkara - perkara seperti ini yang akan menyebabkan kita tewas. Ini bukan mustahil. Tetapi kita dh bermacam post mortem la..kajian la apa la. Ini misi untuk mengekal BN di Bagan Pasir. Bukan isu remeh ataupun mudah.
JIka tewas di Bagan Pinang, maka bersiap sedialah untuk menerima tamparan ataupun gelombang perubahan politik pada PRU 13 kelak. Bukan mustahil.

Biadap, Kurang Ajar & Tidak Bertamadun!!

GAMBAR Menteri Besar di persimpangan jalan di depan Mini Stadium MPM Seri Manjung yang rosak disimbah cat merah.

PLASTIK berisi cat merah yang digunakan dalam percubaan mensabotaj papan iklan ucapan selamat hari raya Menteri Besar


GAMBAR Menteri Besar di persimpangan jalan di depan Mini Stadium MPM Seri Manjung yang rosak disimbah cat merah.


KAIN rentang ucapan selamat berpuasa dan selamat hari raya di Bangunan UMNO Sitiawan turut dirosakan pihak tidak bertanggung jawap

AZRI (tengah) bersama ahli UMNO Bahagian Lumut selepas membuat laporan polis di Balai Sitiawan, semalam.

AZRI menunjukan gambar Menteri Besar di sebuah papan iklan yang disimbah cat merah di Seri Manjung, semalam.

Siapa punya kerja?? Siapa yang diupah dan siapa yang mengambil upah untuk buat kerja² ni?
Memang dasar biadap, kurang ajar dan tidak bertamadun. DAP??PAS??PKR?? ini mungkin kerja² jahat mereka. Semakin gila dan hanya hidup diatas isu.
Penulis juga menyarankan kepada rakan - rakan, jika terjumpa gambar Nizar, Ngeh, Nga mahupun Sivakumar dan ADUN sialan Pakatan Rakyat patut buat perkara yang sama kepada gambar² mereka mahupun baling ja teros ke pejabat² DAP negeri dan yang berkaitan.
*Gambar dipetik dari Blog Taiping Mali.

Rabu, September 16, 2009

Gantung Saja MIC Dari BN!!

MIC perlu buktikan kesetiaan mereka kepada BN mahupun UMNO. Jika tidak, gantung saja keahlian mereka didalam BN ataupun singkirkan sahaja mereka.
Semakin tidak sedar diri dan angkuh. MIC ini merupakan liabiliti kepada BN dan UMNO sendiri. Orang India di Malaysia tidak melihat MIC sebagai sebuah parti yang benar-benar mewakili mereka pada masa sekarang.
Samy Vellu masih bertahta di singgahsana kepimpinan dan tidak sedarkan diri. Seolah- olah hanya beliau sahaja yang layak untuk memimpin MIC. Lihat saja keputusan pilihanraya umum ke 12 yg lalu. MIC hanya mampu memenangi 3 kerusi parlimen. Nyawa-nyawa ikan.
MIC tidak perlu untuk meminta bermacam-macam dari kerajaan dan Najib sendiri tidak perlu melayan kerenah MIC. Suruh MIC buktikan dulu kerja buat mereka dan buktikan yang orang India kembali menyokong mereka dan selepas itu barulah Najib boleh mempertimbangkan permintaan.
MIC perlu digantung dari BN!!

Selamat Ulang Tahun Malaysia ke 46

Hari Ini, 16 September 2009, tarikh yang sama 46 tahun lepas merupakan hari ulang tahun penubuhan Malaysia.
Negara yang tertubuh dengan rasminya dengan kemasukan Sabah & Sarawak telah mewujudkan sebuah negara yang aman, makmur dan maju.
Terima kasih kepada Perdana Menteri yang pertama, Tunku Abdul Rahman yang memimpin Malaysia pada ketika itu.
Kini, setelah 46 tahun dan 52 tahun setelah merdeka, Malaysia mengorak langkah dan tidak lagi menoleh kebelakang. Kita rahsia bertuah kerana telah dikurniakan Allah swt dengan pemimpin² yang telah membawa Malaysia sebagai sebuah model negara Islam yang disegani dan dicontohi.
Tanpa menyekat kebebasan agama yang lain, rakyat Malaysia bergerak seiring dengan arus permodenan walaupun masih terdapat kudis-kudis perbezaan yang adakalanya menggoncang keharmonian selama ini.
Pembangkang mahupun penyokong kerajaan perlu turut sama mengalas tanggungjawab sebagai warganegara yang sentiasa peka dan bijak dalam menyumbang kepada kemakmuran dan pembangunan Malaysia ini.
Apapon Selamat Ulang Tahun Penubuhan Malaysia. Dan Ulangtahun ada orang tu dalam perjalanan ke Putrajaya...we have numbers!!!

Orang Melayu Semakin Stim Dengan DAP!! Tahniah...

Sejarah tercipta lagi...

Dengan penuh rasa bangga dan hebat, pada 9 hb September 2009 yang lalu tertubuhnya DAP Cawangan Kampung Lembah Kinrara, cawangan Melayu DAP yang pertama di Selangor.


Majlis penubuhan cawangan berkenaan dengan upacara menyerahkan borang keahlian DAP kepada Teresa Cock dan turut diadakan Majlis Berbuka Puasa.

Penulis ingin merakamkan setinggi penghargaan dan tahniah kepada orang Melayu yang mendaftar n jadi ahli DAP cawangan Lembah Kinrara. Nampak gayanya DAP semakin berjaya memenangi hati Melayu. Kata - kata Karpal Singh dulu "Langkah Mayat saya" jika tubuhkan negara Islam nampaknya semakin dihayati oleh mereka...

Tahniah sekali lagi.

Sessi bergambar beramai-ramai. 09/09/09 ialah hari yang penuh bersejarah dengan pembentukan cawangan DAP yang terbaru di Kg Lembaga Kinrara, yang merupakan cawangan Melayu pertama di Selangor.



Ketua DAP Cawangan Kampung Lembah Kinrara, Haron Abdul Wahab




Wakil ahli baru, Saiful Alimin Mohd Mokhtar telah berucap, “Penubuhan cawangan ini ialah satu pemulaan yang baik…Memasuki DAP bukanlah keputusan yang mudah bagi orang Melayu, kerana DAP dianggap sebagai parti sosialis, dan orang Melayu beranggapan bahawa sosialis bererti komunis. Tetapi sebenarnya, sosialis adalah sistem politik yang paling hampir dengan Islam. Ia merupakan sistem yang tidak membenarkan ketidakadilan. Di mana semua perubahan adalah untuk kebaikan, bukan untuk ketidakadilan.”

Saudara Azli Idris, ahli Majlis Daerah Kuala Selangor berucap, “Sayalah satu-satunya ahli majlis DAP di Kuala Selangor. Saya berterima kasih kepada DAP Selangor kerana membenarkan Melayu sertai DAP kerana mereka tidak anti-Melayu, tidak anti-Islam tetapi menuntut keadilan. Apabila saya pergi majlis di Kuala Selangor, saya pakai songkok dan orang bertanya, ‘Ini ahli majlis parti mana? PAS? PKR? Tapi saya jawab DAP dengan bangga… Saya berharap lebih ramai orang Melayu akan tampi ke hadapan dan sokong DAP, terutamanya Pakatan Rakyat supaya di dalam pilihanraya akan datang, kita akan rampas balik kerajaan daripada Barisan Nasional”


Majlis Berbuka Puasa sempena meraikan penubuhan cawangan DAP Melayu Lembah Kinrara



Majlis Penyerahan Borang Keahlian

Yang mana satu ”Iblis”, Yang mana satu ”Malaikat”?


1. BILA ADUN BN lompat parti ke PR, halal. Bila ADUN PR lompat parti ke BN, haram (di Perak).


2. Bila Mufti Perak sokong Pas, dia ulama terbilang. Bila Mufti Perak tegur Pas, habis dimaki hamun.


3. Bila menang pilihan raya, puji SPR. Bila kalah, maki hamun SPR.


4. Bila ADUN BN buat perbuatan tidak bermoral, kutuk habis-habisan. Bila ADUN PR yang buat disuruh berehat saja (Elizabeth Wong).


5. Masa perintah Perak, cakap Raja Perak paling adil. Tapi bila dah hilang kuasa, tuduh Raja Perak macam-macam.



6. Sebelum berkuasa, beria-ia hendak laksana hudud. Lepas dapat kuasa, cakap hudud tak wajib.



7. Bila UMNO kata hudud sukar dilaksana, caci-maki-kafirkan habis- habisan. Bila DAP kata langkah mayat saya dahulu, Pas kata baiklah “Kami Dengar dan Taat”.



8. Bila orang luar hina nabi berarak satu KL, bila Raja Petra Kamarudin (RPK) hina nabi, senyap membisu (mungkin orang Pas lebih sayangkan RPK dari nabi).



9. Bila kerajaan naikkan harga minyak, marah menggila, bila kerajaan turunkan harga minyak, cakap itu hanya muslihat politik.



10. Bila Pak Lah kata nak teruskan jambatan bengkok, kutuk Pak Lah sebab jadi patung Mahathir. Bila Pak Lah batalkan, pun kutuk Pak Lah sebab tidak dengar cakap Mahathir.



11. Masa Pak Lah PM, desak Pak Lah undur. Bila Pak Lah nak undur ganti Najib, Hadi kata Pak Lah tak payah undur pulak.



12. Bila PR buat demonstrasi, itu demokrasi. Bila BN buat demonstrasi, gesa polis ambil tindakan.


13. Bila menang pilihan raya, itu namanya demokrasi. Bila kalah, ada pengundi hantu.



14. Bila Kelantan mundur, salahkan Kerajaan Pusat. Bila negara maju, itu hasil sumbangan Anwar ke luar negara cari pelaburan tak langsung.



15. Bila bersendirian bertakbir, sekarang bila berdua dengan DAP ber take beer! (di Selangor boleh jual arak di kawasan majoriti umat Islam)


16. Bila mulakan ceramah, baca bismillah puji nabi. Masa tengah ceramah, habis semua yang berbeza pandangan di maki-hamun.



17. Bila orang UMNO baca al-Quran dituduh hipokrit, bila orang DAP baca al-Quran (di DUN Perak) dipuji melangit.



18. Bila UMNO (parti orang Islam) ajak berdamai kata pergi jahanam, bila DAP ajak bersatu kata setuju (biarpun terpaksa gadai prinsip).


19. Bila Beng Hock mati tuduh kerajaan zalim, bila kerajaan tubuh inkues pula kata kerajaan ada konspirasi.



20. Kalau Anwar bersumpah dengan nama Allah, benarlah Anwar, tapi kalau Saiful Bukhari bersumpah, dustalah kata-katanya dan boleh dimaki hamun secukup-cukupnya. Bahkan akuan bersumpah Raja Petra lebih dipercayai daripada sumpah laknat Saiful Bukhari.



21. Kalau Anwar tak berani bersumpah, itu pun satu kebenaran tapi bayangkan kalau Saiful yang tak berani bersumpah, confirm dimaki habis-habisan.



22. Bila UMNO tak laksana hudud disebabkan faktor ketidaksesuaian, Pas maki ramai-ramai. Tapi bila Azizan Razak kata hudud bukan keutamaan di Kedah, Pas kata itu ijtihad murni.


sumber : merboktimes.blogspot.com

Isnin, September 14, 2009

Isa Pilihan Tunggal…

Penulis hanya sempat membaca akhbar berita harian pada waktu malam sebentar td. Yang menarik perhatian penulis ialah tulisan oleh Kamal Ahmad dalam Rencana yang bertajuk “Bagan Pinang Medan Cipta Tsunami Balas”..

Sangat menarik minat penulis apabila dikabarkan hanya Tan Seri Isa Samad merupakan calon tunggal BN/UMNO di Bagan Pinang dan turut dipersetujui oleh ahli UMNO akar umbi. Pengalamannya selama 22 tahun dan dianggap sebagai “Ayah” di UMNO Teluk Kemang membolehkan beliau diangkat sebagai calon pilihan kali ini.

Tidak kurang pula cabaran untuk BN/UMNO kali ini. Keputusan semasa BN/UMNO ketinggalan 7-1 setelah 8 pilihanraya kecil yang telah dilalui sejak PRU 12 yg lalu. Jika tewas juga, maka Najib perlu dan harus merasa gusar untuk menghadapi pilihanraya Umum ke 13 kelak.
Penulis bukan mahu bersikap opposisi dengan pemilihan Isa sebagai calon, tetapi yang mengusarkan ialah pengalaman lalu yang mengajar kita erti kekalahan sebenar selepas sekian lama kita berasa cukup selesa. Pertandingan ini tiada timbale balik dan rakyat jelata menilai dan memerhati scenario politik sekarang. Jika keputusan di Bagan Pinang tidak berpihak kepada UMNO/BN maka, PRU 13 kelak perlu ada satu strategi ampuh untuk mengelakkan berlakunya perubahan kerajaan persekutuan.

Tidak perlu diceritakan tentang kelebihan mahupun kekurangan pembangkang kali ini kerana mereka cekap untuk memanipulasi isu. Dari isu kuil, harga minyak, Teoh Beng Hock, kapal selam, PPSMI yang selama ini menjadi peluru hidup yang menyerang BN/UMNO ketika ini.
Paling penting, bagaimana UMNO ingin memastikan undi orang Melayu berpihak kepada BN di Bagan Pinang selain dari undi hamper 2,800 pengundi India di sana. Pada PRU yg lalu BN tewas di peti undi Siliau, Aterthorn, Sua Betong dan Sungai Salak. Tetapi berbeza dengan Bradwall yang masih menyokong BN. Dan disini, MIC perlu memastikan dan perlu keluar bekerja untuk memastikan sokongan kaum India di Bagan Pinang solid kepada BN. MIC tidak harus hanya berpeluk tubuh dan membiarkan hanya UMNO yang bertempur di medan peperangan.
adakah sokongan semua ketua cawangan di Teluk Kemang mengambarkan sokongan akar umbi ahli UMNO yang mahukan Isa sebagai calon pilihan??

Isa merupakan antara pemimpin veteran yang masih mendapat tempat di Bahagian UMNO. Turun naikknya dalam politik amat menarik untuk diceritakan.
Selamat Malam.
*Tulisan ini ditulis pada hari Sabtu 12 Sept. 2009


Jumaat, September 11, 2009

Bola Sepak Malaysia...!!

ASSALAMUALAIKUM & SALAM SEJAHTERA..
Mungkin isu kali ini agak bebeza dengan isu yang sering penulis coretkan. Kita beralih kepada topik sukan pula dan semestinya bolasepak. Sukan No. 1 didunia mahupun di Malaysia (no. 1 lagi ke?)..
Saban tahun disajikan dengan persembahan turun naik pasukan bolasepak kebangsaan. Baik dari skuad utama, bawah 23, bawah 20, bawah 19, bawah 17, bawah 16 dan bawah lagi semuanya gagal menterjemahkan sesuatu yang boleh dibanggakan.
Adakalanya kita malas dan muak kalau mahu berbicara mengenai bola sepak walaupun kita mempunyai Liga Profesional (Liga M) yang sering kali juga dikaitkan dengan isu gaji tidak berbayar, kwsp, dan hutang sana sini. Memalukan. Persatuan negeri yang kering kantung kewangannya dan sering menekan butang kecemasan ke FAM - Persatuan Bolasepak Malaysia. Stadium lengang, corak permainan yg membosankan dan barisan pemain yang hanya lebih gaya dari skill bermain.
Walaupun hampir saban tahun negara kita dikunjungi dengan pasukan - pasukan handalan dunia dan kelab - kelab liga luar negara tetapi tiada apa yang boleh kita banggakan. Liga Malaysia pula asyik dan sering dirombak seperti ikut suka hati mak bapak diaorang di FAM. Itu tak kena, ini tak kena, keputusan yang sering tidak konsisten dan ini juga diterjemahkan oleh pasukan bolasepak negara, "TIDAK KONSISTEN"..
Mungkin kita perlu tunggu 100 tahun lagi untuk layak ke Piala Dunia dan yang paling koman pun Piala Asia ataupun Sukan Asia. Kalau nak diceritakan sejarah lalu memang la gah, Super Mokh, Ghani Minhat, Dollah Salleh, Zainal Abidin, Matlan Marjan, Santokh, Chin Aun, Hassan Sani, Azizul Abu Hanifah, Arumugam dan ramai lagi la. Tapi itu dulu, sekarang ni jauh berbeza. Walaupun pada tahun 1993 ranking Malaysia di kedudukan 95 (kalau tidak salah) selepas itu semakin menurun ranking kita seperti mengikut tahun pulak. Sekarang kita jauh ketinggalan berbanding Korea, Jepun, Arab Saudi, dan ketinggalan dengan persaingan terdekat kita di ASEAN.
Lihat sahaja Sukan Sea. kali terakhir memenangi Emas pada 1989 di Stad. Merdeka, Pingat Perak 2001 dan gangsa selepas itu. Sedikit penawar, Juara Piala Tiger 2007. Dan selepas itu, hanyut dibuai mimpi indah dan momokan sahaja.
Ok.cukup sekadar mukadimah.
Kenapa FAM tidak mensasarkan kanak² yang berumur 7-10 tahun untuk digilap dan diberikan perhatian khusus?? Kerana umur ini amat sesuai untuk dilentur dan dilatih sehingga mencapai tahap matang pada umur 21 -23 tahun ketas. Sebagai contoh jika purata pemain berumur 7-10 tahun dan mereka mempunyai paling kurang 10-12 tahun untuk matang sebagai pemain bolasepak yang baik. Hantar mereka ke luar negeri, jaga pemakanan, tumbuh besaran fizikal dan mental mereka, jurulatih yang baik dan memacam lagi. Dan usaha ini bukan hanya melibatkan FAM tetapi Kementerian Pelajaran, Kem, Belia & Sukan, persatuan bolasepak negeri/daerah dan pihak sekolah itu sendiri. Kita perlu belajar dari Korea n Jepun. Dan jika hendak hantar pemain ke luar negeri pun boleh kita hantar ke sana. Lihat di mana Korea n Jepun sekarang. Pemain mereka ramai yang bermain di luar negara selain liga kebangsaan mereka yang hebat dan penonton yang fanatik.
Dulu kita mempunyai program tunas gemilang, akademi bolasepak dan berbagai lagi tetapi apa hasilnya?? Masih gagal dan longlai. Duit berjuta-juta habis, tetapi hasilnya langsung tiada apa yg boleh dibanggakan. Kita hanya gah mempunyai Stadium yg besar, cantik tetapi pasukan bolasepak kita?? Macam pondan. Kita merasakan kita sudah cukup baik apabila kita tewas ataupun berjaya menjaringkan gol apabila menentang pasukan yang handal. Kita juga seperti berpuas hati jika seri dengan pasukan yang handal. Maka, itu sajalah yang boleh kita banggakan.
Lihat Togo, Ivory Coast, Mali..mereka negara yang miskin tetapi mereka telah dahulu menjejak kaki ke Piala Dunia dan kini pemain mereka semakin ramai di Liga - Liga Eropah dan bergaji lumayan. Kenapa kita tidak sampai ke tahap itu??
Akmal Rizal, Juzaili Sameon, Rudi Ramli, Fazli Shaari, sekadar beberapa nama yang pernah berlatih di Perancis tetapi di mana mereka sekarang?? Bila di luar negeri, teringat nak makan sambal belacan la, tempoyak la, kari la, rendang la..habis macam mana nak berjaya?? sikit² dah teringatkan masakan emak..teringatkan kampung halaman?? jadi mental pun tidak kuat bagaimana pula mahu bersaing merebut tempat di sana?? itulah ragam pemain kita. Mungkin Titus James yang kini berada di Perancis boleh membuatkan kita bangga?? Tunggu sajalah.
Jurulatih.. kalu nak sebutkan dari dulu smpai la sekarang ni, rasa berpuluh dah jurulatih kebangsaan kita. Baik dari luar negeri, dalam negeri. Tetapi, dilihat FAM gagal dalam hal ini. Bukan mahu memperlekehkan jurulatih tempatan tetapi jika mahu dinilai pencapaian mereka, tidaklah sehebat mana. Sudahlah pemain kita pun banyak ragam dan lemah serba serbi, jurulatih pulak baru bawak pasukan menang 3 piala (liga tempatan), baru bawak pasukan menang 1 kejohanan (yang sertainya pun bukan pasukan yang bagus) dah dilantik jadi jurulatih kebangsaan. Mudah sangat. Seperti nak memilih kedai makan pulak. Herm..Itulah FAM yang kita kenal sejak dari dulu smpai la sekarang.
Apapon, teruskanlah menyokong bolasepak kita. Jumpa lagi..

Khamis, September 10, 2009

Duit Raya Dari Kerajaan!!

Semalam penulis berbuka puasa di sebuah hotel yang dijadikan dewan persidangan PR di Ipoh minggu lalu. Kemudian penulis menerima panggilan telefon dari sahabat yang mengatakan kakitangan kerajaan (kumpulan sokongan) dapat bonus RM500, dua kali bayar.
Wah. ini satu berita baik kepada semua kakitangan kerajaan (kumpulan sokongan). Walaupun ianya bukan dipanggil bonus tetapi bantuan kewangan khas (kata Ceupacs) yang akan dibayar sebelum Aidil Fitri dan bakinya RM250 pada Disember nnt.
Tetapi bolehlah dianggap sebagai duit raya dari kerajaan. Walaupun jika dihitung dengan nilai RM500 tu dan dibandingkan dengan jumlah perbelanjaan nak raya dan bukak sekolah nanti tidaklah seberapa, sekurangnya kerajaan tetap memberi dan prihatian, berkebajikan barangkali.
Seramai 860,000 kakitangan kerajaan akan menerima bantuan kewangan khas ini yang melibatkan implikasi kewangan sebanyak RM430 juta.
Apapon, bersyukur diatas pemberian. Pembangkang ke, penyokong ke. atas pagar ke, selagi nama kakitangan kerajaan dlm kumpulan sokongan semua dapat. Jangan banyak bunyi, orang dah bagi tu ambik. Tak dapat bising, bila dah dapat pun bising. Apa punya budaya pn aku xpaham. Yang penting bersyukur diatas nikmat dan rahmat.
Selamat berpuasa.

Rabu, September 09, 2009

Pemilik Kuil Bersandiwara Bersama Pakatan, Penganut Hindu Dapat Apa?

Kontroversi penempatan semula Kuil Hindu dari Seksyen 19 ke Seksyen 23 yang mewarnai media sepanjang sebulan yang lalu sungguh menyedihkan dan merupakan satu lagi “setback” kepada hubungan antara kaum dan perpaduan negara.

Kita perlu memahami perasaan penduduk Seksyen 23 yang ketika membeli rumah mereka dengan harga beratus ribu ringgit. Mereka telah melihat pelan asal kawasan tersebut dan tidak terdapat sebarang tanah untuk pembangunan rumah ibadat agama Hindu. Jika ia terdapat di dalam pelan mungkin mereka tidak jadi membeli dan mungkin juga ramai penganut agama hindu yang membelinya. Malah mungkin juga mereka rumah yang lebih jauh dari tapak tersebut.

Bagi penganut agama Hindu mereka melihat pemberian tapak kuil di Seksyen 23 ini merupakan sesuatu yang sewajarnya. Mereka memerlukan tapak baru untuk memindahkan kuil di Seksyen 19 yang terlalu hampir dengan rumah penduduk dan sudah menjadi isu panas di sana.
Yang menimbulkan tanda tanya mengapa kerajaan negeri pentadbiran Pakatan tidak meneruskan pembinaan kuil di tapak Seksyen 22 dan 18 seperti yang dicadangkan oleh kerajaan negeri sebelum ini?

Alasan terletak di luar kawasan penempatan penduduk adalah tidak berapa relevan. Ini kerana kita telah menyaksikan puluhan kuil hindu berada di luar kawasan penempatan penduduk seperti di Midvalley, Bangsar, Puchong dan beberapa tempat lagi.
Apatah lagi Shah Alam merupakan bandar yang sangat mudah untuk bergerak sama ada menggunakan pengangkutan awam mahu pun kenderaan sendiri.

Sepanjang pengetahuan saya juga kebanyakan kuil Hindu mempunyai pemilik individu bukannya digerakkan oleh jawatankuasa penganut agama Hindu setempat seperti mana masjid. Ini bermakna di mana ia berada konsep penjagaan, kebersihan dan pengurusan ditadbir oleh pemilik bukannya penduduk setempat.

Beberapa rakan beragama hindu juga menyatakan tiada prinsip anak kariah seperti mana dalam pentadbiran masjid mahu pun jemaah. Justeru ramai orang seperti saya yang kononnya daif dan naif ini tidak faham mengapa alasan di luar penempatan penduduk digunakan oleh kerajaan Pakatan di Selangor untuk menolak tapak di Seksyen 18 dan 22. Saya juga telah mengunjungi tapak Seksyen 18 di Shah Alam yang disediakan oleh kerajaan sebelum ini. Ia bukan sahaja berada di tepi jalan utama malah telah dilengkapi jalan tar dan lampu jalan.

Justeru sebagai rakyat biasa saya tertanya-tanya apakah motif kerajaan Pakatan memberi tempat baru di Seksyen 23 kepada pemilik kuil di Seksyen 19 ini?

Alasan kononnya Seksyen 18 telah ada kuil juga mengelirukan. Ini kerana di Puchong sendiri terdapat tempat yang ada dua atau tiga kuil dalam satu kawasan, malah lebih dekat berbanding yang dicadangkan di Seksyen 18.

Lebih anehnya alasan-alasan ini diberikan oleh pemimpin Melayu di dalam Pakatan. Kita belum mendengar pun pandangan penganut agama Hindu yang jujur di luar Seksyen 23 yang akan menggunakan kuil tersebut juga. Apakah menjadi satu masalah besar kepada mereka untuk ke seksyen 18 berbanding seksyen 23?

Kedudukan Seksyen 23 dan Seksyen 18 ini boleh dikatakan berjiran atau sebelah menyebelah sahaja. Malahan mengikut anggaran saya hanya sekitar 3-5 KM jarak antara tapak kuil seksyen 23 dengan tapak di Seksyen 18 yang dicadangkan oleh kerajaan pentadbiran Barisan Nasional dahulu.

Jika dilihat senario yang dibentangkan di atas ini nyata sekali niat kerajaan Pakatan sebenar mencadangkan tapak di Seksyen 23 ialah untuk menimbulkan kemarahan antara kaum bagi meraih kekuatan politik mereka sahaja.

Pada hemat saya kerajaan Pakatan memang telah mempunyai “niat jahat” semasa mengemukakan tapak Seksyen 23 kepada pemilik kuil Seksyen 19.

Wakil Rakyat di dalam Parlimen Shah Alam memang mengetahui bahawa sebahagian besar penduduk Melayu Seksyen 23 tidak menyokong mereka dan merupakan antara orang Melayu yang vokal. Justeru dengan mencadangkan kuil ini di Seksyen 23 ia umpama sengaja menjolok sarang tebuan sahaja. Malahan tidak mustahil mereka turut berkomplot dengan pemilik kuil Seksyen 19 untuk mewujudkan situasi ini.

Mereka mahu orang Melayu di Seksyen 23 bangun menentang mereka agar pakatan nampak menjadi hero kepada penganut Hindu yang merupakan hampir 25% pengundi di Shah Alam. Dengan andaian mereka boleh mendapat sekitar 35% undi lagi dari Melayu yang tegar menyokong mereka dan kaum Cina, maka mereka akan kekal menguasai Shah Alam.
Seperti mana mereka memutar belitkan isu kuil di Kampung Jawa dan Kampung Buah Pala dalam pilihan raya lalu, hari ini senario di Seksyen 23 pula digunakan.

Penganut agama Hindu di seluruh negara perlu bertanya kepada diri mereka sendiri, apakah kerajaan Barisan Nasional pernah menghalang mereka membina kuil sekiranya mengikut peraturan dan undang-undang?

Di Seluruh negara penganut agama Hindu bebas mengamalkan ajaran mereka.
Malahan Di Selangor selain Deepavali, Thaipusam juga dijadikan hari cuti umum. Infrastruktur dan kemudahan yang baik disediakan oleh kerajaan untuk kuil di Batu Caves.

Kerajaan negeri pimpinan Dr. Mohamad Khir Toyo dahulu bukan sahaja memberi bantuan kewangan kepada rumah ibadat bukan Islam termasuk kuil, malah hanya mengenakan bayaran nominal (RM 1 setahun) kepada sebahagian tapak kuil atas tanah kerajaan.

Memang benar ada kuil diruntuhkan. Demikian juga surau atau masjid dan mana-mana rumah ibadat yang dibina secara tidak sah oleh pihak yang mahu mencari keuntungan material dan politik semata-mata.

Penganut agama Hindu juga perlu bertanya apakah kerajaan Barisan Nasional benar-benar menindas penganut agama Hindu atau isu kuil ini dimainkan oleh pemilik-pemilik kuil yang mempunyai kepentingan material dan politik?

Saya berharap penganut agama Hindu tidak membiarkan kumpulan tertentu memainkan sentimen agama untuk menarik sokongan politik akhirnya hanya merugikan kaum India sendiri. Kita lihat apakah yang dicapai oleh orang India di Selangor sejak setahun lalu?

Yang mendapat keuntungan hanyalah pemimpin kaum India tertentu tetapi majoriti kaum India tiada sebarang perubahan besar seperti dijanjikan oleh Pakatan dalam pilihan raya lalu.

Ada pemimpin kaum India yang membuat pelbagai kenyataan akhbar melihatkan ia pejuang kaum India tetapi apabila ada kaum india meminta bantuan beliau menolak kepada Barisan Nasional tempatnya atas pelbagai alasan kewangan.

Apakah penganut agama Hindu sanggup membiarkan mereka dipergunakan oleh pemilik kuil dan pemimpin politik tertentu ini? Jelas kelihatan segelintir pemilik Kuil menggunakan isu ini bagi membolehkan mereka mendekati hirarki kuasa dan menjadi broker politik baru. Yang rugi nanti ialah penganut agama Hindu di Malaysia sendiri.

Orang Islam sudah melalui fasa ini apabila ulama-ulama dalam parti tertentu “menjual agama” sehingga memecah belahkan kami. Suatu ketika sebahagian kami dianggap terkeluar Islam. Perkahwinan tiak sah, solat tidak sah, sembelihan menjadi haram. Malaha ada orang Islam yang dihasut menjadi taksub sehinggakan menghalalkan darah saudara segama yang menyokong UMNO.

Semua ini kerana ada orang yang belajar agama dan mengaku ulama mahu mendapatkan kuasa dengan memecah belahkan orang Islam. Sehingga 2006 yang lalu kumpulan inilah juga yang menekan UMNO kononnya membenarkan kuil dibina secara banyak. Malah kumpulan ini juga mengadakan bantahan dan ceramah membenci UMNO apabila kerajaan negeri Selangor membenarkan pembinaan gereja di Shah Alam.

Hari ini kumpulan yang sama bercakap soal toleransi kaum dan agama. Apakah mereka benar-benar ikhlas atau sekadar mahu meraih sokongan. Misalnya beranikah mereka meluluskan kuil tersebut berdekatan tempat pemimpin “grassroot” parti mereka? Sudah tentu tidak.
Kepada penganut agama Hindu fikirlah dengan waras. Apakah ini perjuangan saudara-saudari atau sekadar agenda pemilik kuil yang berkomplot dengan pemimpin politik tertentu kerana dijanjikan sesuatu.
Dipetik dari mykmu.net

Keputusan DUN Perak Muktamad


Mahkamah batal saman Sivakumar IPOH: Keputusan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak menyingkirkan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tronoh dari DAP, V Sivakumar, sebagai Speaker DUN adalah muktamad dan tidak boleh dicabar oleh mana-mana mahkamah. Perkara itu diputuskan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Azahar Mohamed, selepas membatalkan saman Sivakumar terhadap Speaker DUN, Datuk R Ganesan, di sini semalam. Azahar berkata, mahkamah tidak boleh mencampuri keputusan yang dibuat pada sidang DUN Perak, 7 Mei lalu kerana ia diputuskan secara betul mengikut Perkara 72, Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan urusan persidangan DUN dijalankan secara sah dan tidak boleh dipersoal dalam mana-mana mahkamah.




"Sebarang perkara yang dibangkitkan berhubung dengan pemecatan atau pelantikan Speaker dalam sidang DUN perlu dikaji, dibincang dan diselesaikan di dewan berkenaan dan bukannya mahkamah. "DUN Perak mempunyai bidang kuasa eksklusif berhubung perkara itu. Bagi saya, begitu juga dengan mahkamah ini, keputusan dewan berkenaan pada 7 Mei 2009 menyingkirkan plaintif (Sivakumar) sebagai Speaker dan pelantikan defendan (Ganesan) sebagai Speaker adalah konklusif dan sudah ditentukan secara adil oleh sidang dewan pada tarikh itu," katanya. Pada 15 Mei lalu, Sivakumar memfailkan saman terhadap Ganesan memohon ganti rugi ke atas serangan dan kecederaan serta tahanan secara tidak sah ketika sidang DUN itu.




Sivakumar juga memohon untuk mendapat perintah injuksi terhadap Ganesan daripada menghalang beliau menjalankan tugas sebagai Speaker. Azahar berkata, tindakan Sivakumar mempersoalkan keesahan berhubung penyingkiran dan pelantikan sama seperti mempersoalkan keesahan Perlembagaan, sekali gus bercanggah dengan Perkara 72. Sehubungan itu, katanya, mahkamah tidak mempunyai pilihan melainkan membatalkan saman Sivakumar dengan kos. Di luar mahkamah, peguam Ganesan, Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin, berkata keputusan mahkamah itu selaras dengan hujah pihaknya berhubung hak keistimewaan DUN dan semua urusan persidangan itu tidak boleh dibawa ke mahkamah.




Katanya, Sivakumar tidak mempunyai asas untuk menyaman Ganesan daripada menjalankan tugasnya sebagai Speaker yang sah. "Semua dakwaan yang dibawa oleh Sivakumar terhadap Ganesan adalah remeh dan mahkamah tidak mahu campur tangan terhadap fungsi dan kawalan atau Sidang DUN. "Apa yang penting, kerajaan sedia ada terus menjalankan tugasnya. Saya harap ini akan menghentikan keadaan tidak menentu di negeri ini dan pelbagai saman terhadap Speaker sekarang. Perjalanan sidang DUN terkandung dalam hak keistimewaan DUN dan tidak boleh dibicarakan atau dibawa ke mahkamah. "Oleh itu, penyingkiran Sivakumar sebagai Speaker dilakukan secara teratur dan sah," katanya.




Peguam Sivakumar, Chan Kok Keong, pula berkata beliau akan meneliti keputusan hakim dan berbincang dengan anak guamnya sama ada untuk merayu atau sebaliknya. Selain Firoz Hussein, Ganesan diwakili Datuk Mohd Hafarizam Harun, Chang Mai, Syed Faizal Syed Abdullah, Abu Bakar As-Sidiq, Badrul Hishah Wahap dan Faizul Hilmi Ahmad Zamri.


Dipetik dari Berita Harian Online.

Selasa, September 08, 2009

N 31 Bagan Pinang

Kini sudah sah, bahawa kerusi N31 Bagan Pinang telah dikosongkan. SPR akan bermesyuarat (ataupun telah mesyuarat) untuk menentukan tarikh penamaan calon dan hari pembuangan undi.
Pilihanraya Kecil Bagan Pinang ini sememangnya dilihat tersangat-sangat penting kepada BN mahupun UMNO sendiri. Ini merupakan PRK yang ke 9 sejak PRU 2008 tahun lepas. Mungkin ada signifikan tersendiri dengan angka 9..PRK ke 9, di Negeri Sembilan dan pada bulan September (9) tahun 2009. Adakah ini suratan atau kebetulan.
Kerusi Bagan Pinang ini dibawah UMNO Bahagian Teluk Kemang yang diketuai oleh Tan Seri Isa Samad, bekas MB, bekas Menteri Kabinet & bekas Naib Presiden UMNO. Dan mungkin ada yang merasakan beliau merupakan calon yang layak untuk bertanding di kerusi N31 berkenaan. Mungkin atas faktor pengalaman beliau dan ini merupakan halaman beliau sendiri dan bahagian UMNO yang diketuai nya. Kemungkinan juga penyokong kuat beliau sedang melobi pihak atasan supaya mencalonkan Isa Samad sebagai calon BN kali ini tetapi bagaimana pula penerimaan pengundi lain ataupun mereka yang digelar "PENGUNDI ATAS PAGAR"??
Sengaja penulis menimbul persoalan ini untuk direnungkan bersama. Pada PRU yg lalu, Allahyarham Azman telah memenangi kerusi ini dengan majoriti 2000++. Itu pada 2008 yang lalu. Kita andaikan bahawa, setelah bermacam-macam perkara yang berlalu, dan berbagai perkembangan politik yang berlaku di tanahair sejak kebelakangan ini majoriti 2000++ tersebut berkurang kepada 1000++ sahaja. Dan, jika Isa Samad yang mungkin dianggap sebagai calon veteran dan dalam bahasa yang kasarnya "Sudah Tamat Tempoh" dipilih sebagai calon, adakah majoriti 1000++ ini akan memihak kepada BN/UMNO ??
Perlu diingatkan, Isa Samad pernah digantung keahliannya kerana politik pada pemilihan UMNO 2004. Pembangkang akan menggunakan isu ini dan isu yang lain untuk cuba memecahkan majoriti dan menerbalikkan sokongan. Dengan keadaan sekarang ini tidak mustahil Bagan Pinang ini akan jatuh kepada PAS.
Kita mempersoalkan kencenderungan rakyat kini (kononnya) lebih kepada Pakatan Rakyat dan setiap kali kita tewas dan selepas bedah siasat, berbagai-bagai "fatwa" ataupun hasil bedah siasat yang kita dengar. Lihat sahaja di Permatang Pasir. Isunya mudah sahaja, selain itu kubu kuat Kaki Liwat, calon BN - Rohaizad dipertikai kerana tidak 'bersih".. isu isteri no. 2 kemudian kes gelapkan cek syarikatnya menjadi mainan pembangkan dan dimanipulasikan. Harus juga diingat, ramai pengundi mahupun penyokong parti adalah dikalangan mereka yang fanatik dan taksub dan menerima apa sahaja sumber maklumat walaupun diragui kesahihannya.
Jadi, penulis merasakan (pendapat peribadi) perlu dinilai sebaik mungkin siapakah calon BN/UMNO yang benar-benar layak untuk bertempur di gelanggang kelak. Pemikiran pengundi dan kecenderungan sokongan kini berubah, apa saja boleh terjadi. UMNO/BN perlu lebih agreasif dan terkedepan dalam soal ini untuk meraih sokongan. Pencapaian lalu hanyalah satu sejarah dan ukuran, yang penting prestasi semasa.
Bagan Pinang ini juga boleh dikatakan sebagai satu indikator kepada BN/UMNO kerana Bagan merupakan kerusi BN/UMNO sebelum ini. Mempertahankan kejuaraan adalah lebih sukar daripada mencari kejuaraaan.
Kita jangan terlalu banyak beretorik dan bereksperimen dalam hal ini. Perlu ada satu kaedah yg lebih jitu dan mantap serta kerja buat yang sebaik mungkin bagi memastikan N31 Bagan Pinang tidak lucut dari genggaman kita.
Selamat Berjuang.

Ahad, September 06, 2009

Peristiwa Februari Akan Berlaku di Selangor!!

Penulis menerima satu SMS dari seorang sahabat Gelombang PEMUDA Perak pada jam 2.30 pagi tadi dan menerima 1 sms yg serupa dari sahabat forumer jam 12.41 tgh hari ni. Kedua - dua sms ini serupa dan sama...

Smsnya berbunyi begini :

""Untuk Sebaran Segera, Tragedi Perak akan berulang di Selangor. Marilah kita sama-sama berdoa agar kerajaan rakyat pimpinan ts khalid kekal memerintah Selangor. Sumber dari pejabat DSAI mengatakan 11 ADUN PR akan keluar parti dan akan menjadi ADUN Bebas, 5 PAS, 3 PKR dan 3 DAP. Ini semua kerja jahat BN. Jika tiada pilihan, ts khalid akan mengadap Sultan Selasa ini untuk mohon bubarkan DUN. Semua cabang dan ranting diminta bersedia untuk gerakan jentera p/raya. Sama-sama kita pertahankan kerajaan selangor drpd terus menjadi mangsa politik jahat BN"'.

Itulah sms yang penulis terima.

Sejauh mana kebenaran ini? Didalam beberapa blog sahabat juga ada menulis isu ini, serangan waktu subuh di Selangor..adakah Selangor akan bertukar kepimpinan selepas ini??

Penulis sendiri tidak berani untuk mengulas lanjut kerana tiada maklumat yang benar-benar lengkap dan cukup.

Tetapi, jika benar ini satu perkembangan yang baik dan positif. Dan menjadi persoalan pula, kenapa BN/UMNO pulak dituduh jahat?? Aduh..kenapa xkaji apa sebab musabab yg ADUN2 ni keluar parti??

So..nilaikan sendiri.

Jumaat, September 04, 2009

PRK Lagi!!

ASSALAMUALAIKUM & SALAM SEJAHTERA..

Satu lagi pilihanraya kecil akan diadakan, kali ini di Negeri Sembilan di Dewan Undangan Negeri Bagan Pinang N31 yang terletak didalam Parlimen Port Dickson. Penyandangnya dari Barisan Nasional/UMNO Azman Mohd. Noor, 55 tahun telah meninggal dunia pada jam 2.30 ptg tadi.

Allahyarham Azman Mohd. Noor menewaskan Calon dari PAS Ramli Ismail pada PRU yang lalu dengan memperolehi 6430 undi berbanding Ramli 4097 undi.

Perang akan bermula...

Kekejaman Bintang Tiga



Bau hanyir darah, sungai jernih bertukar merah, mayat bergelimpangan


DITANGKAP dan disembelih hidup-hidup, darah menyembur keluar dari leher yang hampir putus, tubuh terangkat ke atas dan menggelepar menahan seksa sakratulmaut. Bunyi geruh menarik nafas akhir amat gerun dan memilukan. Tidak cukup dengan itu, walaupun batang tubuh sudah tidak bergerak dan basah bermandi darah, dagingnya ditakik pula sebelum dibakar dan dihumban ke dalam lubang sedalam paras paha. Perbuatan kejam dan di luar peri kemanusiaan itu adalah gambaran kekejaman komunis yang bermaharajalela ketika era darurat dari 1948 sehingga 1960.


Bagi Presiden Persatuan Bekas Polis Malaysia, Shafie Bakri menyifatkannya sebagai tindakan membalas dendam Parti Komunis Malaya (PKM) yang juga dikenali Bintang Tiga terhadap individu yang disyaki menjadi tali barut tentera Jepun. Tentera Jepun menguasai negara ini untuk tempoh tiga tahun lapan bulan. “Jepun menyerah kalah selepas Hiroshima dan Nagasaki dibom pada 6 Ogos 1945. Sebaik mendapat khabar, komunis keluar daripada tempat persembunyian di hutan dan menunjukkan kekuatan dengan membunuh sesiapa saja yang dipercayai bersekongkol dengan Jepun,” katanya.



Gambaran kekejaman Bintang Tiga dijelaskan beliau pada ceramah program Bicara Tokoh Darurat sempena pameran Darurat-Rentetan Sejarah 1948-1960 anjuran Muzium Negara yang berlangsung dari 30 Jun hingga 30 Ogos lalu.



Shafie berkata, keadaan huru-hara di Malaya ketika itu menyebabkan hubungan antara kaum tegang biarpun keanggotaan PKM bukan di kalangan kaum Cina saja. “Hubungan antara kaum ibarat paku berselirat. Mereka terlalu berhati-hati baik dalam pergaulan mahupun percakapan kerana takutkan musuh dalam selimut. “Si penjual sayur yang berjaja setiap pagi menjadi pembelot pada malam hari apabila membawa PKM mengepung kediaman penduduk yang lancang mengkritik komunis,” katanya.



Disebabkan tidak mahu ditimpa kesusahan, masyarakat ketika itu rela bergelap dan berkurung di rumah biarpun Maghrib belum menjelang. Shafie berkata, ancaman PKM tidak dihadapi orang Melayu saja, bahkan ada kaum Cina terutama suku Tionghua selalu menerima ugutan, diganggu malah harta mereka dirampas menyebabkan mereka memilih mendiami kawasan pinggir hutan.



Perang Vietnam memburukkan keadaan kerana memberi ilham untuk menghasilkan jerangkap samar atau bobby trap kepada pengganas komunis. Pemberontakan komunis ketika ini di seluruh dunia melalui fasa kedua dengan melakukan serangan lebih agresif dan membunuh. “Permatang (laluan) tentera dan polis dipasang jerangkap samar menyebabkan ramai anggota keselamatan terkorban, kudung kaki dan tangan. Pemilik ladang dan lombong dikelar, tanaman getah ditetak, manakala kereta api yang membawa hasil komoditi itu diserang, diterbalikkan dan dibakar. Hakikatnya, ini cara komunis melumpuhkan ekonomi negara,” katanya.


Namun, kata Shafie, kekejaman komunis meragut kesabaran rakyat, terutama orang Melayu apabila balai polis diserang, dibakar dan menagih korban bukan saja di kalangan anggota bertugas, bahkan anak isteri dibunuh tanpa belas kasihan. Balai Polis Bukit Kepong, Kuala Krai, Simpang Pertang dan Pekeliling musnah dihujani peluru dan bom tangan membangkitkan kemarahan masyarakat,” katanya ketika mengenang semula keganasan dicetuskan anak buah Chin Peng itu. Sehubungan itu, katanya, Chin Peng tidak patut diberi peluang kembali ke negara ini biarpun perancang utama dan tulang belakang PKM itu sudah lanjut usianya. “Bagaimana kita boleh memaaf dan melupakan kekejaman Chin Peng ketika itu. Dia bukan saja pencetus huru-hara bahkan menyebabkan ramai pejuang negara kehilangan anggota.



Betapa menyedihkan keadaan tanah air ketika itu hingga tanah berbau hanyir darah, sungai jernih bertukar merah, mayat bergelimpangan dan mereput sendiri. Jelas kelihatan hutang darah dibayar darah, jika masih ada usaha membawa pulang pengkhianat itu, kami anggota keselamatan tidak akan berdiam diri,” katanya penuh semangat. Bekas Panglima Medan Tentera Darat, Lt Jen Datuk Seri Zaini Mohd Saidi walaupun ketika darurat masih kecil dan berusia dua tahun, namun beliau mengerti kesengsaraan dan ketakutan yang ditanggung orang sekelilingnya. “Saya membesar dalam kekalutan, hilang kebebasan bahkan lebih teruk, melabelkan suku kaum tertentu sebagai komunis. Keadaan ketika itu sangat menekan perasaan sehinggakan untuk pulang ke kampung saya di Lenggeng, Negeri Sembilan dari Kuala Lumpur harus melalui tidak kurang 10 sekatan jalan raya, perintah berkurung dikenakan selepas jam 6 petang, manakala permit diperlukan bagi beras dan gula mempunyai berat lebih sekati,” katanya.



Namun, paling dikesali beliau ialah kesan pemberontakan komunis yang mencipta sentimen benci di antara kaum, khususnya Melayu dan cina. “Angka korban darurat dianggarkan mencecah 2,542 orang membabitkan semua kaum terutama Melayu dan Cina. Pantang silap sikit ketika itu, akan tercetus perkelahian kaum yang berakhir dengan kematian,” katanya. PKM di bawah pimpinan Chin Peng membiak ke angka 10,000 anggota pada akhir 60an berbanding 400 anggota asal. Matlamat awal untuk memerangi kuasa Jepun sebaliknya melahirkan gerombolan gerila yang berniat jahat menimbulkan huru-hara. “Generasi kini patut mengenang semula pahit getir perjuangan dan kesediaan anggota keselamatan berkorban nyawa demi negara. Azab dua tiga bulan berkampung di hutan tidak terungkap dengan kata-kata, namun itu sudah menjadi tugas kami untuk melindungi keselamatan rakyat,” katanya.




Fahami sejarah kemerdekaan

KEMERDEKAAN dikecapi hari ini bukan diperoleh secara mudah tetapi dibina dengan keringat, darah dan air mata. Penghayatan kemerdekaan tidak terhad dengan mengibarkan bendera, menganjurkan perarakan warna-warni, konsert dan menyanyikan lagu ‘Negaraku’ semata-mata tetapi sewajarnya rakyat dilatih mengenang semula perjuangan generasi terdahulu membebaskan negara daripada penjajahan, selain memahami proses bagaimana akhirnya kemerdekaan menjadi milik negara. Kependudukan Jepun yang bertunjangkan slogan ‘Asia untuk Asia’ berjaya merubah senario politik Tanah Melayu apabila British tidak lagi dianggap kuasa imperialisme kebal. Bertujuan mengembalikan maruah peribadi, namun diuar-uarkan atas nama membebaskan Tanah Melayu daripada cengkaman Jepun, British menjalinkan kerjasama dengan Parti Komunis Malaya (PKM) pada 8 Disember 1940.


Namun, British silap perhitungan apabila PKM yang sepatutnya menyebelahi mereka, sebaliknya bermaharajalela mengisi kekosongan ditinggalkan Jepun yang kalut dengan kemelut pengeboman Hiroshima dan Nagasaki pada Ogos 1946. Pengaruh fahaman komunis semakin meluas menjelang 1948. Malah, untuk merealisasikan wawasan penubuhan Republik Komunis Malaya, PKM menukarkan namanya kepada Malayan People Anti-British Army (MPABA) sekali gus menjadi platform melancarkan serangan lebih agresif untuk melumpuhkan British. Tiga peringkat strategi dirangka komunis untuk mengambil alih Tanah Melayu bermula dengan menghasut kesatuan sekerja mengadakan mogok. Usaha ini gagal apabila British meluluskan Trespass Law (undang-undang pencerobohan) yang menyekat kesatuan memasuki ladang bagi tujuan berceramah dan menstruktur organisasi pekerja.



Ordinan persatuan yang mewakili pekerja juga dipinda dan dikemaskini pada 12 Jun 1948 iaitu mewajibkan semua kesatuan sekerja mendaftar dengan pihak berkuasa. Strategi kedua PKM ialah menguasai bandar kecil, seterusnya mendirikan markas PKM yang diisytiharkan British sebagai kawasan putih. Bagi memastikan dasar dan rancangan mereka berjalan lancar, Gerakan Rakyat (Min Yuen) berciri serampang dua mata ditubuhkan.



Gerakan Rakyat ini bertanggungjawab membekalkan makanan kepada ahli PKM yang melarikan diri ke dalam hutan selepas pengharaman parti itu, selain mengumpul maklumat berkaitan strategi kerajaan menghapuskan mereka. Pemberontakan bersenjata terkandung dalam strategi terakhir. Melaluinya, anggota dilatih menguasai taktik perang gerila, selain menubuhkan unit kecil berfungsi menakutkan penduduk Tanah Melayu membabitkan pertumpahan darah warga British dan sekutunya.


Kekejaman demi kekejaman yang dilakukan memaksa British mengambil pendekatan drastik mengisytiharkan darurat di seluruh Tanah Melayu pada 18 Jun 1948. Meskipun darurat menyusahkan rakyat kerana mengekang pergerakan, mengorbankan banyak nyawa serta menyebabkan kerosakan harta benda, dari perspektif lain, insiden darurat sebenarnya mempercepatkan lagi proses memerdekakan Tanah Melayu apabila British bersetuju ia ditadbir anak tempatan.


Info Kes keganasan komunis

Serang hendap di Kelian Intan -
10 September 1947 Peristiwa berlaku pada jam 7.30 pagi membabitkan serangan pengganas ke atas sebuah lori dan dua bas yang membawa anggota polis. Tiga anggota polis dan enam orang awam terkorban, manakala dua mata-mata polis serta 12 orang awam cedera parah. Segerombolan pengganas komunis dikatakan melepaskan tembakan bertubi-tubi selama 10 minit, merampas harta penumpang dan mengacukan senapang kepada mereka.




Pembunuhan di Sungai Siput, Perak -
16 Jun 1948 Tragedi ini mengorbankan tiga pengurus ladang berbangsa Eropah iaitu T.G Christian, A.E Walker dan J.M Allison. Pembunuhan ini menggemparkan penduduk tempatan, seterusnya penyebab kepada pengisytiharan Undang-undang Darurat di Perak. Ia adalah pengumuman darurat pertama sebelum ia diperluaskan di seluruh Tanah Melayu pada 18 Jun 1948. Pembunuhan ini disifatkan sebagai kemuncak keganasan komunis yang mula berleluasa sejak tamat Perang Dunia Kedua di negara ini.







Serangan ke atas kampung Jeram Choh, Johor -
18 Jun 1948 Ia dilakukan kira-kira 20 pengganas komunis lengkap bersenjata. Kemuncak kejadian ialah serangan ke atas balai polis yang menyebabkan kerajaan mengalih langkah mengumumkan perintah darurat berkuat-kuasa serta-merta.




Tragedi lombong Batu Arang, Selangor -
12 Julai 1948 Lombong ini ditawan komunis sebagai strategi melumpuhkan ekonomi negara. Ia bukan saja mengakibatkan operasi kilang terhenti, malah seluruh kilang dimusnahkan manakala lima pekerja berbangsa Cina terkorban.




Sabotaj ke atas kuari Sungai Gepai, Tapah, Perak -
19 Januari 1950 Serangan membabitkan kira-kira 20 pengganas itu memusnahkan beberapa kenderaan dan peralatan kuari.



Serang hendap di Seberang Perai -
22 Januari 1950 Serangan ini mengorbankan lapan anggota polis termasuk seorang sarjan Inggeris manakala enam anggota polis Melayu cedera parah.



Serangan di Kampung Simpang Tiga, Setiawan, Perak -
4 Februari 1950 Kira-kira 80 pengganas komunis menyerang dan membakar kampung yang mengakibatkan 1,000 penduduk kehilangan tempat tinggal dan harta benda.




Peristiwa Bukit Kepong -
23 Februari 1950 150 pengganas komunis yang diketuai Mat Indra menyerang balai polis pada jam 4.30 pagi. Tragedi memilukan ini mengorbankan 23 mangsa membabitkan 13 anggota polis, enam pengawal kampung, tiga wanita dan seorang kanak-kanak.


Serang hendap di Sungai Semur, Kelantan -
25 Mac 1950 Pertempuran antara kira-kira 250 pengganas komunis dengan platun Kompeni D Batalion Ketiga Rejimen Askar Melayu Diraja berjumlah 25 orang. Serangan berlaku pada jam 10.30 pagi ketika platun berkenaan menyusuri sungai. Sejumlah 17 orang anggota tentera terbunuh dengan lapan cedera.



Pembunuhan Pesuruhjaya Tinggi British, Sir Henry Gurney di Batu 56 1/2, Jalan Kuala Kubu Bharu, Bukit Fraser -
6 Oktober 1951 Sir Henry, Pesuruhjaya Tinggi British pada 1948 hingga 1951 diberi tanggungjawab membanteras ancaman komunis di Tanah Melayu. Dia dan isteri ditembak mati ketika dalam perjalanan ke Bukit Fraser dari Kuala Lumpur untuk bercuti.



Serang hendap kereta api, Tampin, Negeri Sembilan -
14 November 1951 Serangan ini mengorbankan empat orang awam, termasuk pemandu kereta api, K Vettivelu. Kejadian berlaku pada waktu malam ketika kereta api berkenaan berada kira-kira sebatu dari Tebong berhampiran Tampin. Sabotaj dilakukan dengan mengalihkan landasan mengakibatkan kereta api tersasar, manakala sebahagian gerabak terbabas serta tergelincir kira-kira 10 meter ke bawah landasan. Kereta api itu ditembak bertubi-tubi sekali gus mencederakan 20 penumpang. Antara mangsa terselamat, termasuk Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad dan isteri serta dua putera baginda.




Pokok getah seluruh Tanah Melayu ditetak (1948 - 1951)
Ia adalah tindak balas pengganas komunis terhadap pemilik ladang yang enggan bekerjasama dengan mereka. Perbuatan menetak pokok juga bertujuan melumpuhkan ekonomi yang ketika itu banyak bergantung kepada hasil pengeluaran getah.

Dipetik dari Berita Harian Online