Rabu, September 16, 2009

Orang Melayu Semakin Stim Dengan DAP!! Tahniah...

Sejarah tercipta lagi...

Dengan penuh rasa bangga dan hebat, pada 9 hb September 2009 yang lalu tertubuhnya DAP Cawangan Kampung Lembah Kinrara, cawangan Melayu DAP yang pertama di Selangor.


Majlis penubuhan cawangan berkenaan dengan upacara menyerahkan borang keahlian DAP kepada Teresa Cock dan turut diadakan Majlis Berbuka Puasa.

Penulis ingin merakamkan setinggi penghargaan dan tahniah kepada orang Melayu yang mendaftar n jadi ahli DAP cawangan Lembah Kinrara. Nampak gayanya DAP semakin berjaya memenangi hati Melayu. Kata - kata Karpal Singh dulu "Langkah Mayat saya" jika tubuhkan negara Islam nampaknya semakin dihayati oleh mereka...

Tahniah sekali lagi.

Sessi bergambar beramai-ramai. 09/09/09 ialah hari yang penuh bersejarah dengan pembentukan cawangan DAP yang terbaru di Kg Lembaga Kinrara, yang merupakan cawangan Melayu pertama di Selangor.



Ketua DAP Cawangan Kampung Lembah Kinrara, Haron Abdul Wahab




Wakil ahli baru, Saiful Alimin Mohd Mokhtar telah berucap, “Penubuhan cawangan ini ialah satu pemulaan yang baik…Memasuki DAP bukanlah keputusan yang mudah bagi orang Melayu, kerana DAP dianggap sebagai parti sosialis, dan orang Melayu beranggapan bahawa sosialis bererti komunis. Tetapi sebenarnya, sosialis adalah sistem politik yang paling hampir dengan Islam. Ia merupakan sistem yang tidak membenarkan ketidakadilan. Di mana semua perubahan adalah untuk kebaikan, bukan untuk ketidakadilan.”

Saudara Azli Idris, ahli Majlis Daerah Kuala Selangor berucap, “Sayalah satu-satunya ahli majlis DAP di Kuala Selangor. Saya berterima kasih kepada DAP Selangor kerana membenarkan Melayu sertai DAP kerana mereka tidak anti-Melayu, tidak anti-Islam tetapi menuntut keadilan. Apabila saya pergi majlis di Kuala Selangor, saya pakai songkok dan orang bertanya, ‘Ini ahli majlis parti mana? PAS? PKR? Tapi saya jawab DAP dengan bangga… Saya berharap lebih ramai orang Melayu akan tampi ke hadapan dan sokong DAP, terutamanya Pakatan Rakyat supaya di dalam pilihanraya akan datang, kita akan rampas balik kerajaan daripada Barisan Nasional”


Majlis Berbuka Puasa sempena meraikan penubuhan cawangan DAP Melayu Lembah Kinrara



Majlis Penyerahan Borang Keahlian

1 ulasan:

  1. Nanti jadi macam Melayu Singapura hinggakan Melayu menjadi dari kaum majoriti ke kaum minoriti 12% bawah dari kaum India. Tanyalah Melayu Singapura bagaimana mereka di pinggirkan hingga hilang identiti kemelayuan. Sifat cina ialah apabila ingin sesuatu daripada Melayu semua boleh lepas itu kacang lupakan kulit. Fikirlah sebelum terlambat. Tanyalah kaum Melayu di Singapura dengan hidup penuh sengsara

    BalasPadam