Rabu, September 23, 2009

Selesaikan Segera Kemelut Dalam MCA!!

MCA akan mengadakan EGM pada 10 hb. Oktober 2009 dan dikabarkan ramai perwakian, pemimpin dan ahli parti akan keluar parti sekiranya resolusi mereka terhadap Dr. Chua Soi Lek ditolak.
Antara usul yang dicadangkan penyokong Dr. Chua ialah ahli parti itu tidak yakin dengan kepimpinan Ong Tee Keat sebagai presiden, membatalkan keputusan majlis presiden 26 Ogos lepas yang mana menyaksikan Dr. Chua digantung dan dilucutkan jawatan Timbalan Presiden.
Dipihak Ong Tee Keat pula, beliau dikatakan bersedia untuk menerima sebarang keputusan EGM tersebut walaupun beliau sedar ada resolusi EGM tersebut mebabitkan kedudukannya selaku Presiden parti.
Nampak gayanya, MCA sedang melalui satu keadaan yang agak genting pada ketika ini. Ong Tee Keat semakin dicabar dalam mengharungi perjalanan politiknya. Selepas PRU 12 yang lalu, Ong Ka Ting tidak mempertahakan kedudukannya selaku Presiden, MCA semakin terhakis sokongannya. Kaum Cina kini melihat MCA tidak mampu lagi mewakili suara mereka dan PKR dan DAP menjadi alternatif kepada mereka ketika ini.
MCA perlu segera menyelesaikan kemelut mereka secepat mungkin dan perlu memulihkan parti dalam usaha untuk mengembalikan semula sokongan kaum Cina terhadap Barisan Nasional.
Ketika ini, UMNO dilihat berseorangan dalam Barisan Nasional. Dengan MIC yang semakin tenggelam dan kepimpinan Samy Vellu yang sudah terlalu lama, MCA perlu kembali ke landasan sebenar dan bersama- sama dengan UMNO didalam BN untuk mengekalkan penguasaan majoriti di parlimen dan memenangi semula negeri-negeri yang dikuasi pembangkang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan